Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Sunday, April 11, 2010

Sabda

Sekolah menengah sains bagan datoh baru selesai hari sukan sekolah pada hari sabtu yang lepas..Agak menarik kerana inilah hari sukan yang pertama diadakan di sekolah ini.Persediaan yang agak rapi dan hasil yang agak memberangsangkan...Mungkin ada banyak lagi kelemahan,itu sudah pasti kerana ini adalah yang pertama kali diadakan...Banyak lagi yang masih perlu dibaiki dan dipelajari.
Pada hari Rabu yang akan datang, Majlis Pelantikan Pengawas buat kali kedua akan diadakan.Persediaan yang memerlukan komitmen sepenuhnya.Guru-guru sekali lagi terpaksa mengorbankan masa yang lebih utk persediaan.
Kini ku mengerti,betapa beratnya menjadi seorang guru.Bukan sahaja sekadar seorang murabi dan pendidik..Tapi juga perlukan semangat yang kuat untuk memastikan tugas selesai dgn jayanya.Baru je selesai sukan,majlis pelantikan pengawas menjelma.Kemudian persediaan untuk perasmian sekolah pulak..Dan tugas untuk menyampaikan ilmu juga tidak boleh ditinggalkan.Inilah kerjaya seorang guru.Bukan senang untuk mendidik anak bangsa.Amanah yang perlu dipikul oleh seorang guru..

Thursday, April 1, 2010

KINi

Kini dalam sedar tak sedar ku bergelar guru.Sungguh cepat masa berlalu.Baru terasa aku meninggalkan Egypt..Baru terasa aku bekerja di Kementerian Pengajian Tinggi..Baru terasa aku belajar di Uni Malaya..Sungguh cepat masa berlalu..Sepantas masa berlalu.Betul kata pepatah,jika kamu tidak menjaga masa,masa akan memotong kamu.Masa akan membunuh kamu.Masa akan memancung kepala kamu.