Sesekali makan ulam sedap juga..boleh menambah bilangan
pinggan nasi....memang kenyang la kalau pekena ulam..elok juga untuk kesihatan
.jpg) |
Ulam King |
Tahukah anda yang Ulam Raja berasal dari Amerika Latin? UlamRaja adalah salah satu dari lebih 120 jenis tumbuhan yang dikenalpasti sebagai
ulam di Malaysia. Sesungguhnya ulam-ulaman sentiasa mendapat tempat di kalangan
rakyat Malaysia khususnya yang meminati masakan kampung. Walau bagaimanapun
tidak ramai pengusaha yang menanam dan mengedarkannya di pasaran berbanding
sayur-sayuran komersial lain. Keadaan ini adalah kerana secara amnya ulam hanya
ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik
daripada yang tumbuh melia
Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang
berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang
berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan
sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal
belacan atau tempoyakserta cincalok.