Piala AFF 2012
Piala AFF 2012 ditaja oleh Suzuki dan secara rasminya piala ini bernama Piala Suzuki AFF 2012 . Piala AFF ini adalah edisi kesembilan dari Persekutuan Bolasepak ASEAN, iaitu kejuaraan bolasepak terbesar di Asia Tenggara. Kejohanan ini diselenggarakan oleh Malaysia dan Thailand dimulai pada 24 November 2012 dan berakhir pada 22 Desember 2012.
Terdapat dua stadium utama, iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur( Malaysia ) dan Stadium Rajamangala di Bangkok ( Thailand ). Tempat pertandingan kedua, iaitu Stadium Shah Alam di Shah Alam, Selangor ( Malaysia ) dan Stadium Nasional Thailand di Bangkok ( Thailand ) digunakan untuk perlawanan akhir peringkat kumpulan pada 30 November 2012 dan 1 Disember 2012.
Pada 27 November 2012, Stadium Nasional menggantikan Stadium Muang Thong sebagai stadium alternatif untuk pertandingan hari terakhir babak penyisihan grup A, setelah Stadium Nasional digantikan oleh Stadium Muang Thong pada 17 Oktober 2012. Jika Thailand mencapai semifinal dan final, perlawanan mereka dilaksanakan di Stadium Nasional, ini kerana Stadium Rajamangala terpaksa digunakan untuk Kejohanan Lain.
Malam ini menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Indonesia.Siapa yang akan dapat melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir.Untuk mengetahui rekod pencapaian pasukan Malaysia dan Indonesia boleh rujuk di laman http://melayu2008.blogspot.com/2012/11/rekod-pencapaian-malaysia-indonesia.html
p/s : apa-apapun , diharap Malaysia dapat menjuarai Piala AFF 2012 . Good Luck Malaysia. Ayuh Rakyat Malaysia, bersama memberi sokongan kepada Team Malaysia