Laman Web Dalam Pendidikan
Laman web ialah
rangkaian jaringan sedunia dalam bentuk laman-laman yang mengandungi dokumen
yang berbentuk hiperteks. Ia juga dikenali sebagai World Wide Web (WWW). Jenis
sumber yang diperolehi adalah berbentuk teks, imej, bunyi dan video adalah
dianggarkan lebih 10000 laman web disediakan setiap hari,(Khan,1997). Laman web
merupakan saru subset kepada internet yang telah membawa kepada sistem
pendidikan berteknologi. Ia menyediakan satu alam pembelajaran yang baru kepada
manusia pada akhir abad ke-20. Laman web boleh bertindak sebagai media
penyampaian dan pembekal maklumat. Internet merupakan satu rangkaian komputer
yang tidak dimiliki khusus oleh sesiapa, (Abtar Kaur,2000). Maklumat pada laman
web disusun dalam satu rangkaian, jaringan dan sambungan (link) yang sentiasa
berkembang dapat menyampaikan ilmu pengetahuan tradisional.
Laman web dapat
menyampaikan sesuatu yang kompleks yang tidak dapat diperolehi daripada media
tradisional. Kemudahan menggunakan web telah menggalakkan perkembangan laman
web sebagai media pengetahuan dan maklumat. Kajian yang dijalankan oleh
(Shutte,1997) ke atas pelajar kursus sosial statistik di California State
University, membandingkan kesan pembelajaran menggunakan laman web secara
dapatan kajian menunjukkan skor peperiksaan yang diperolehi pelajar yang
menggunakan laman web dalam pembelajaran lebih tinggi sebanyak 20% berbanding
pelajar terlibat dalam pembelajaran tradisional.
Laman web juga
dapat dijadikan sebagai media forum elektronik atau lebih dikenali sebagai
e-forum. Pelajar dapat membentuk kumpulan forum mereka sendiri atau news group
yang membolehkan mereka berbincang secara dalam talian. Perbincangan yang
dijalankan dapat membuka minda dan menambahkan pengetahuan pelajar terutamanya
yang menyentuh aspek pembelajaran. (Rokiah,2002).
Pendidikan berasaskan laman web semakin
berkembang dengan meluas dan mendapat perhatian disebabkan keupayaan
interaktifnya dan multimedia yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian
maklumat dengan cepat, mesra pengguna dan boleh diakses dari mana jua. Fenomena
ini juga dapat mewujudkan dan membentuk masyarakat yang terus belajar sepanjang
hayat