‘Ulat Arab’ caj hingga
RM5,000
Oleh Mohd Helmi Irwadi
Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
mohdhelmi@hmetro.com.my
![]() |
Ulat Teksi |
KUALA LUMPUR: Kemasukan
pelancong dari Timur Tengah sepatutnya membawa rezeki melimpah kepada pemandu
teksi Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila rezeki mereka dicuri
dengan kehadiran ratusan ‘ulat teksi Arab’ yang bergiat aktif di kawasan
tumpuan pelancongan negara ini tanpa kawalan pihak berkuasa.
Kegiatan dipercayai
dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan dan Mesir itu hanya disediakan
khas untuk pelancong dari negara asal mereka kerana faktor bahasa dan
komunikasi.
Difahamkan, pendapatan
tahunan diperoleh semua ulat teksi terbabit dianggarkan mencecah RM100 juta
setahun dan ia merugikan pendapatan negara yang sepatutnya dikutip daripada
sektor pelancongan.
Perkembangan ini didedahkan Presiden Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur
(Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin yang kesal apabila wujud 300 ulat teksi
Arab di kawasan itu dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif untuk
pelancong Timur Tengah.
Menurutnya, pendapatan diraih pemandu teksi tempatan hanya RM4,000 sebulan,
tetapi hasil dikaut setiap ulat teksi Arab yang beroperasi secara haram di
Bukit Bintang, di sini, melebihi RM30,000 sebulan dengan menawarkan pakej
perjalanan eksklusif kepada pelancong Timur Tengah dan mereka difahamkan sudah
bertapak di ibu kota sejak 10 tahun lalu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12