Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label WASATIYYAH. Show all posts
Showing posts with label WASATIYYAH. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH


1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
www.sendiri.net
Salam Maal Hijrah
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.