Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label surah fatihah. Show all posts
Showing posts with label surah fatihah. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Bacaan Al-Fatihah Dan Surah Dalam Berjemaah



Bacaan Al-Fatihah Dan Surah Dalam Berjemaah
Soalan
Assalamualaikum

1. Saya ingin bertanya ketika bila makmum boleh membaca Al-Fatihah, adakah kita boleh membaca Al-Fatihah dengan melambatkan sedikit dari imam sejurus imam membaca Al-Fatihah @ adakah selepas imam selesai membaca Al-Fatihah.?

2. Ketika solat berjemaah, adakah kita perlu membaca surah-surah lain selepas surah Al-Fatihah, atau cukup sekadar membaca Al-Fatihah?

Terima Kasih

Jawapan
Waalaikumusalam,
1.Sekiranya anda sebagai makmum tetapi mengalami kesukaran untuk sebut /baca ayat  Fatihah dalam cepat, mengikut pandangan  ulamak anda diharuskan baca fatihah selepas satu ayat dibaca oleh imam kemudian anda ikut baca satu ayat juga selepas itu.Tetapi yang seeluk-eluknya anda dengar imam baca sampai habis baharulah anda baca surah fatihah.Bacaan fatihah itu merupakan salah satu rukun dalam solat,jika tertinggal batal /tidak sah solat.
2.Bacaan surah selepas fatihah itu hukumnya sunat,jika anda  tidak baca surahpun solat yang anda dirikan tetap dikira sah.Wallahu a'lam.