Jangan berlebihan ketika kenduri kawin..Duit pun habis , agama pun tak galakkan..Nak share sila lah baca ..:)
Firman Allah SWT dalam
Al-Hadid, ayat 20
“Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah permainan dan hiburan yang
melalaikan serta perhiasan, juga bermegahmegah
antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda
dan anak pinak; seumpama hujan
yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan
tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas
itu engkau melihatnya kekuningan;
akhirnya hancur bersepai. Sedangkan di akhirat
ada azab yang berat dan ada pula
keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia
ini tidak lain hanyalah keseronokan bagi
orang-orang yang terpedaya”.
Justeru, kita sentiasa diingatkan
supaya menjadikan akhirat sebagai matlamat
kehidupan. Dunia pula kita jadikan
sebagai ladang untuk mencari
bekalan sebanyak-banyaknya. Namun, keindahan dunia itu tetap memukau manusia
termasuk diri kita sendiri. Kadang-kadang, tanpa kemampuan yang cukup pun,
manusia masih berusaha untuk merasakan
keseronokan dunia walaupun dalam tempoh yang sementara, seperti pada hari
mereka menjadi raja sehari.
Hari ini, sudah menjadi fenomena
bagi kebanyakan pasangan pengantin baru
untuk meraikan hari yang istimewa dalam hidup mereka itu dengan pelbagai
persiapan dan perbelanjaan. Seringkali, pengantin dihiasi dengan pakaian yang
indah dan mahal, duduk di atas pelamin yang penuh dengan hiasan serta
dilengkapkan dengan hidangan jamuan yang pelbagai menunya. Itu belum lagi mengambil
kira hantaran yang berlebihan, hadiah
cenderahati untuk para tetamu,
kos menyewa dewan atau hotel, kos penyediaan makanan yang tinggi, persalinan
pengantin dan kos penggambaran yang tinggi.
Sebenarnya, mengadakan walimah
adalah sebahagian dari tuntutan agama. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan
mematuhi kehendak agama. Sekiranya kita mahu mencapai keredhaan Allah, maka
beberapa perkara perlu dielakkan dan diperhatikan:
Pertama : Perlumbaan memeriahkan majlis
perkahwinan sering mendedahkan
masyarakat kepada budaya bermewahmewah yang boleh melupakan manusia kepada matlamat
hidup di akhirat. Marilah kita melihat bagaimana Allah SWT menggambarkan sikap
Qarun, seorang dari kaum Nabi Musa yang kemudian menjadi pembesar dalam
kerajaan Firaun. Beliau telah mempamerkan kekayaannya kepada kaumnya sehingga menimbulkan fitnah dalam hati-hati mereka.
Firman Allah SWT dalam surah
al-Qasas, ayat 79:
“Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai
perhiasannya. Pada saat itu, berkatalah orangorang yang semata-mata inginkan
kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada
kekayaan seperti yang didapati
oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".
Dan berkata pula orang-orang yang
diberi ilmu (di kalangan mereka): "Celakalah kamu (Janganlah kamu
berkata demikian), pahala dari
Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan
dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orangorang yang sabar”.Jelaslah,
penampilan Qarun dengan gaya mewahnya telah menyebabkan sebahagian dari Bani Isra’il
terpesona dan membina angan-angan keduniaan.
Samalah seperti majlis
perkahwinan yang diadakan secara gilang-gemilang sehingga digelar “perkahwinan abad
ini” (atau “wedding of the year”).
Acara yang dipamerkan di televisyen dan
majalah-majalah tertentu itu tentu mempesonakan ramai manusia. Mereka menatap wajah-wajah
pengantin yang disolek serta rekabentuk perhiasan majlis yang dipamerkan.
Lalu memasang angan-angan untuk melalui
pengalaman yang sama. Apa yang lebih dibimbangi adalah timbulnya perasaan
megah,menunjuk-nunjuk serta sifat takbur dalam hati.
Kedua : Perbuatan bermewah-mewah dalam majlis
perkahwinan juga boleh menimbulkan irihati manusia lain. Sedangkan Rasulullah
SAW mengajar kita agar berwaspada dalam menguruskan nikmat yang diberi oleh
Allah SWT.
Sabda baginda SAW:
“Usahakanlah untuk menjayakan
keperluan kamu dengan merahsiakannya, kerana sesungguhnya setiap orang yang
memiliki nikmat itu didengki”.
(Riwayat
al-Baihaqi dan al-Tabarani)
Oleh itu, kita sepatutnya
menggunakan nikmat yang Allah SWT kurniakan dengan cara yang sederhana.
Bukan mempamerkannya untuk
tatapan orang ramai.
Ketiga : Perbelanjaan besar bagi meraikan
perkahwinan merupakan suatu pembaziran, jika ia melampaui uruf dan kebiasaan
masyarakat. Apatah lagi, sampai keluarga pengantin terpaksa
meminjam wang untuk menjayakan
majlis itu. Kadang-kadang,
walaupun anakdaripada perkahwinan
itu sudah berderet, namun hutang belanja perkahwinan belum habis-habis dibayar.
Oleh itu Janganlah pula kita membazir
dalam soal perbelanjaan perkahwinan. Bukankah orang-orang yang membazir itu
saudara syaitan. Syaitanlah yang membisikkan kita supaya berbelanja berlebihan
dalam menghebahkan perkahwinan. Sedangkan kos perbelanjaan yang besar itu
lebih baik digunakan
untuk kehidupan pasangan selepas
perkahwinan, bukan dihabiskan dalam masa sehari dua sahaja. Semoga penjimatan itu akan mendatangkan keberkatan
kepada keluarga yang baru dibina itu. Ini bersesuaian dengan
hadis Rasulullah SAW:
“Perempuan (calon isteri) yang
lebih besar keberkatannya adalah yang lebih ringan maskahwinnya”.
(Hadis riwayat Ahmad, al-Bayhaqi dan
al-Nasa’i)
Kaum lelaki yang menjadi suami
dan ketua keluarga perlu bertanggungjawab dalam mengawal dan menasihati ahli
keluarga, khususnya isteri-isteri supaya tidak bermewah-mewah dalam menganjurkan
majlis perkahwinan anak kesayangan mereka. Tahukah kita, ketika Sayyidina Ali
KRW berkahwin dengan Sayyidatina Fatimah RA, maskahwin yang disediakan hanyalah
sebentuk cincin besi. Siapakah
anak kita berbanding Sayyidina
Ali, dan siapakah pula calon isterinya berbanding Sayyidatina Fatimah, puteri
rasulullah yang agung.
![]() |
SekadarHiasan |
Jika kita tetap mahu berbelanja, adalah lebih baik
perbelanjaan itudigunakan sebagai sumbangan untuk
orang-orang miskin dan anak yatim sempena perkahwinan itu. Atau, kita
mengundang mereka makan bersama dalam majlis keraian kita secara percuma.
Semoga sikap berhemat dalam
hidup ini akan menghindarkan kita dari penyakit cintakan dunia, menimbulkan
kedengkian mahupun sifat riak dan bermegah dalam hati.
Sumber : http://e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahJumaat(Rumi)02112012.pdf