Kita hendaklah mendoakan orang- orang yang berdosa itu , semoga mereka dapat memasuki syurga, kita takut dan kasihan sekiranya mereka itu diseksa di dalam neraka. Kita boleh mengatakan bahawasanya Allah S.W.T nanti akan mengeluarkan beberapa orang dari neraka sesudah mereka itu hangus dibakar, dengan syafaat Rasulullah S.A.W . Perkara ini untuk membenarkan berbagai riwayat yang dijelaskan sendiri oleh Rasulullah S.A.W.
Kita beriman kepada seksa kubur dan bahawasanya Allah akan menghimpunkan hambaNya di suatu tempat perhimpunan (mahsyar) lalu dihitung segala amalan orang-orang mukmin dan lain-lain. Kita hendaklah mencintai kaum Salaf sebab mereka telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi sahabat Nabi S.A.W . Kita hendaklah memuji mereka sebagaimana Allah memujinya dan kita hendaklah mencintai mereka itu semuanya.
Buku terjemahan Intipati Ihya` Ulumuddin .Diterjemah oleh : Panel Penterjemah dan Disemak oleh Dato` Abu Hasan Din Al-Hafiz
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.
doa orang dizalimi tadak hijab,insyaAllah makbul..Apa salahnya org dizalimi mendoakan kebaikan kepada Penzalim.mAcam nabi Buat.. Kezaliman dihapuskan, Hidayah diberikan kepada Penzalim.Semua nak masuk Syurga