Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label mengkafirkan seseorang. Show all posts
Showing posts with label mengkafirkan seseorang. Show all posts

Tuesday, October 2, 2012

Jangan Kafirkan Orang dan Doakan Kebaikan


Kita semua tidak boleh mengkafirkan seseorang pun dari golongan ahli kiblat ( orang yang beragama Islam ) kerana kita melihatnya melakukan dosa seperti berzina , mencuri , atau minum arak. Juga tidak boleh kita menentukan seseorang baik dari golongan ahli tauhid atau yang berpegang teguh kepada keimanan , bahawa ia akan masuk syurga atau masuk neraka. Kecuali jikalau mereka yang telah diberikan berita gembira oleh Rasulullah S.A.W bahawa mereka pasti dimasukkan ke dalam syurga.

Kita hendaklah mendoakan orang- orang yang berdosa itu , semoga mereka dapat memasuki syurga, kita takut dan kasihan sekiranya mereka itu diseksa di dalam neraka. Kita boleh mengatakan bahawasanya Allah S.W.T nanti akan mengeluarkan beberapa orang dari neraka sesudah mereka itu hangus dibakar, dengan syafaat Rasulullah S.A.W . Perkara ini untuk membenarkan berbagai riwayat yang dijelaskan sendiri oleh Rasulullah S.A.W.

Kita beriman kepada seksa kubur dan bahawasanya Allah akan menghimpunkan hambaNya di suatu tempat perhimpunan (mahsyar) lalu dihitung segala amalan orang-orang mukmin dan lain-lain. Kita hendaklah mencintai kaum Salaf sebab mereka telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi sahabat Nabi S.A.W . Kita hendaklah memuji mereka sebagaimana Allah memujinya dan kita hendaklah mencintai mereka itu semuanya.

Buku terjemahan Intipati Ihya` Ulumuddin .Diterjemah oleh : Panel Penterjemah dan Disemak oleh Dato` Abu Hasan Din Al-Hafiz

shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.
doa orang dizalimi tadak hijab,insyaAllah makbul..Apa salahnya org dizalimi mendoakan kebaikan kepada Penzalim.mAcam nabi Buat.. Kezaliman dihapuskan, Hidayah diberikan kepada Penzalim.Semua nak masuk Syurga