Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label asyura. Show all posts
Showing posts with label asyura. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Jangan Tiru Seperti Yahudi Berpuasa


Jangan Meniru Seperti Yahudi

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."

Huraian Hadith: 

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.

ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat.

 Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) 

Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.



Puasa Sunat Asyura Hari Sabtu


Puasa Sunat Asyura

Pada tahun ini Hari Asyura, 10 Muharam jatuh pada hari sabtu. Apakah boleh jika kita menggabungkannya bersama puasa 9 Muharam yang jatuh pada hari Jumaat?

Waalaikumusalam,
Jumhur  ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah telah mengambil pendekatan hikmah jika anda berpuasa sunat  pada hari sabtu,seeluk-eluknya puasa tersebut  digandingkan samada awal satu hari atau lewat satu hari.Contoh 9/Muharram kemudian diikuti dengan 10 Muharram,Begitu juga jika anda berpuasa pada 10 Muharram diikuti dengan 11 Muharram.
Perkara ini penting bagi mengelakkan puasa sunat yang anda lakukan sempena dengan hari-hari kebesaran Islam daripada  menyamai puasa yang dilakukan oleh penganut Yahudi.Wallahu a'lam.