Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label rukun islam. Show all posts
Showing posts with label rukun islam. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

ZAKAT PENDAPATAN

Ada perbahasan dalam kalangan para ulama tentang kewajipan kepada zakat pendapatan memandangkan kitab-kitab fikah ( fiqah ) tidak menyentuh tentang zakat pendapatan melainkan hanya zakat binatang ternakan,emas,pertanian,hasil perniagaan dan zakat fitrah.

Wahai orang-orang yang beriman nafkahkanlah ( di jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. ( Al-Baqarah 2:267 )

Para imam tiga mazhab , yakni mazhab Syafi`i,Maliki dan Hambali berpendapat tidak wajib zakat pada selain lima perkara yang disentuh dalam perenggan yang terdahulu. Ayat daripada surah al-Baqarah ini pula diterjemahkan sebagai nafkah umum yang termasuk dalam sedekah sunat.

Manakala Imam Abu Hanifah pula mentafsirkan ayat di atas menurut zahir keumuman ayat. Beliau mengatakan wajib zakat pada setiap apa yang tumbuh di bumi sehingga hijau tanpa mengaitkan dengan jenis tanaman yang disebutkan di dalam hadis. Begitu juga , beliau mewajibkan zakat pada setiap apa yang diusahakan oleh manusia daripada pekerjaan-pekerjaan yang halal.

Oleh itu ( menurut imam Abu Hanifah ) , wajib zakat pada pemilikan yang memberi pulangan sama ada bangunan, kereta, gaji dan sewa.

Daripada dalil inilah setiap penghasilan yang diterima seseorang wajib dizakatkan dan ia termasuk upah , gaji, sewa, royalti dan sebagainya.

Cara Mengira Zakat Pendapatan

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan kalkulator untuk individu membuat pengiraan jumlah zakat yang perlu dikeluarkan. Ada tiga cara untuk mengira zakat pendapatan :


1. Jumlah dikira atas pendapatan tahunan kasar didarabkan dengan 2.5% untuk mendapatkan zakat tahunan anda.

2. Cara pengiraan mengikut perbelanjaan yang dibenarkan adalah :

Pendapatan kasar ( setahun )
TOLAK
Perbelanjaan yang dibenarkan ( setahun ) :
- Diri ( RM 9000 )
- Isteri ( RM 3000 )
- Anak ( RM 1000 ) seorang.
- Pembiayaan ibu bapa ( RM 4000 ) setahun.
- Caruman KWSP ( 11% setahun )
- Caruman kepada organisasi yang membayar zakat.
JUMLAH TOLAKAN 
NISAB ADALAH RM 10300

Setelah ditolak perbelanjaan daripada pendapatan kasar dan jika jumlahnya melebihi jumlah nisab, zakat dikenakan dengan kadar 2.5% atas hasil jumlah itu. Jika ingin membuat gaji bulanan , jumlah ini dibahagikan dengan 12.


3. Jumlah pendapatan tahunan ditolak perbelanjaan sebenar ke atas tanggungan yang ada dan didarabkan dengan 2.5% untuk mendapatkan zakat pendapatan tahunan.

Pilihlah cara mana untuk anda aplikasikan ke atas pendapatan anda demi untuk menunaikan rukun Islam ke empat ini. Semoga pembersihan harta ini mendapat keredhaan Allah S.W.T

Rukun Islam - Zakat

Contoh yang cuba dikongsi : ( selebihnya rujuk pejabat zakat masing-masing yer )

Katakan gaji tahunan anda RM 36 000 dan perbelanjaan tahunan anda adalah :

- Diri RM 9000
- Isteri RM 3000
- Anak ( 4 orang ) RM 4000
- KWSP RM 4000
Jumlah perbelanjaan : RM 23000

Hasil pendapatan tahunan ditolak perbelanjaan yang dibenarkan adalah :

RM 36000 - RM 23000 = RM 13000
Zakat tahunan : RM 13000 x 2.5% = RM 325

Cubalah ikhtiar untuk menunaikannya. Mungkin anda sudah ada pengeluaran daripada tabungan KWSP , gunalah sebahagian daripada tabungan itu untuk melangsaikan hutang kita kepada Allah S.W.T

Bagi yang muda dan baru memulai alam pekerjaan , pastikan anda membuat potongan gaji untuk menunaikan zakat pendapatan supaya tidak ada ruang untuk anda lupa menunaikannya. Zakat adalah rukun Islam.

Wednesday, September 12, 2012

Jom bayar Zakat

Semua mukmin wajib mengeluarkan zakat..Zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan..Berdosalah kita jika mengabaikan tanggungjawab zakat.:) terdiri nya islam atas lima perkara..Zakat salah satu daripada lima tersebut. Marilah membayar zakat
http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=20&Itemid=46&lang=bm

"... Dan mereka yang membelanjakan rezeki yang Allah kurniakan pada jalan-jalan baik (berkebajikan) iaitu untuk kegunaan diri,keluarga berzakat, bersedekah, menderma dan seumpamanya. "

(Surah Al-Baqarah : 3)