Oleh: Mohd Faizal Mohd
Salleh & Roslay Raffie
KUALA LUMPUR, 27 Sept –
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir percaya pembentangan bajet yang
bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak esok di Dewan
Rakyat sekali lagi akan dilabel sebagai ‘Bajet Pilihanraya’ oleh pakatan
pembangkang.
“Saya ingat, setiap
bajet pun bajet pilihanraya. Kalau didefinasikan bajet pilihanraya itu
bermaksud ianya membantu rakyat, dah tentu kita akan buat sesuatu yang akan
membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat, dalam suasana sekarang ini
di mana kos barangan kita ataupun kos sara hidup kita semakin meningkat.
“Jadi usaha-usaha
tersebut (usaha bantu ringankan beban rakyat) akan diteruskan dan dalam waktu
yang sama, kita akan pastikan suasana iklim pelaburan akan terus meningkat,”
ujarnya mengulas mengenai bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, esok di
Dewan Rakyat.
Dalam masa yang sama,
beliau yang juga Timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah melihat bajet pakatan
pembangkang, juga merupakan bajet pilihanraya.
Cuma bezanya tegas
beliau bajet pembangkang itu hanyalah janji kosong kerana mereka tidak akan
dapat melaksanakannya kerana mereka bukan kerajaan.
“Tetapi apa yang kita
diumumkan biasanya dalam bajet ialah sesuatu yang kita janji, tetapi juga
perkara-perkara yang kita buat sebelum ini, yang akan kita teruskan. Jadi
maksudnya, bukan janji-janji kosong tetapi kita boleh tengok track
record yang begitu cemerlang yang telah ditunjukkan oleh kerajaan
Barisan Nasional.
“Harapan saya ialah
usaha-usaha yang telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas diteruskan.
Maksud saya ialah pengimbangan antara kerja-kerja untuk terus menumbuhkan
ekonomi kita iaitu mewujudkan satu persekitaran yang sesuai, contohnya menarik
pelaburan asing dan tempatan, untuk meningkatkan perdagangan dari segi
pertumbuhan ekonomi tetapi dalam masa yang sama, soal pengagihan pun ada,”
ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
Ulasnya, soal pengagihan
ini mungkin bukan dalam bentuk subsidi yang berterusan tetapi kita mengambil
pendekatan lebih tumpuan kepada kumpulan sasar, iaitu membantu golongan yang
betul-betul memerlukan.
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.