Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label Doa Awal Tahun. Show all posts
Showing posts with label Doa Awal Tahun. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Tahun Baru 2013

Tahun baru 2013 akan muncul tak lama lagi..sebulan ja lagi...cepat betul masa berlalu..sedar tak sedar..umur pun meningkat,usia pun bertambah. Macam-macam dah berlaku dan berlalu. Dah baca doa awal tahun ka..Sama ja la..baca untuk tahun baru...x dosa pun kalau selalu berdoa..heheh.. nak Panduan  ? http://sendiri.net/doa-awal-dan-akhir-tahun/ ..tengok situ.

Apa yang penting , azam anda , tekad anda serta perancangan anda untuk tahun baru 2013 ni. Apa yang ada buat ? Semoga setiap yang dihajati, dimakbulkan.

Bersama kita merancang untuk menjayakan kehidupan anda sendiri. Kehidupan yang dah berlalu, biarkan ia berlalu,jadikan pengalaman yang bermakna untuk mencipta kehidupan yang akan datang.

Betulkan niat sendiri.Gunakan terapi sendiri untuk menciptakan kejayaan. :) Selamat tahun Baru 2013 . Semoga tahun 2013 tahun yang selamat :)

Selamat Tahun Baru 2013
Selamat Tahun Baru 2013

Monday, November 12, 2012

Doa Awal Dan Akhir Tahun



Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.