Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label kantoi. Show all posts
Showing posts with label kantoi. Show all posts

Sunday, September 23, 2012

Pelacur Kantoi


DBKL roboh 418 bilik jadi sarang pelacuran

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan hari ini.
Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Muhamad Irwan Abdullah berkata kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12 tengah hari tadi.
"Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini.
Katanya DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - BERNAMA


shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.