Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label Jihad. Show all posts
Showing posts with label Jihad. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Jihad Ekonomi , Hapuskan Kemiskinan

Di era pembangunan yang kian pesat , semua masyarakat bersusah payah untuk mencari sumber rezeki untuk menyara kehidupan yang mencabar. Dalam keadaan ini kita wajib mencari jalan untuk berusaha memantapkan ekonomi umat manusia terutamanya umat Islam.

Islam akan menjadi GAH sekiranya berada di hadapan dari sudut akhlak , rohani , dan ekonomi . Kita wajib membuktikan bahwa Islam bukan lah agama yang mundur. Kita harus sedar bahawa musuh2 Islam sedang berusaha menjatuhkan Islam. Mereka menyerang tidak kira dari segi politik , mahupun ekonomi. Justeru itu , pembangunan ekonomi Islam juga penting untuk Islam mendapat tempat di mata masyarakat dunia.


Islam telah lama menggariskan panduan untuk pembangunan ekonomi Ummah . Jika kita hayati dan berusaha mempraktikkan apa yang digariskan , nescaya tiada kemiskinan bagi umat Islam. Apa yang disebut tentang kepentingan ZAKAT , sedekah , bantu membantu , adab kejiranan dan seumpamanya sudah pasti kemiskinan dapat dibenteras.


Sikap pentingkan diri sendiri haruslah disingkirkan . Kasih sayang adalah pegangan kerana Islam adalah agama yang mengutamakan cinta. Tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia menyintai saudaranya sepertimana dia cintakan diri sendiri. Tengok entry CINTA DAN ISLAM


Didiklah diri kita dengan sikap bantu membantu. Kerapkan diri bersedekah kepada yang memerlukan . Ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan. Jauhkan diri daripada sifat bakhil , kedekut . Bisikan didalam hati bahawa rezeki yang kita perolehi adalah Rahmat Allah. Sewajarnya kita berkongsi rahmat tersebut. Sekiranya kita bersyukur, Allah akan tambah lagi rezeki yang sedia ada. Yakinlah bahawa syurga adalah tempat untuk orang yang beriman Kepada Allah iaitu pengatur segala rezeki. Yakinlah dengan keimanan kepada Malaikat yang ditugaskan memberi rezeki , keimanan kepada Rasul yang menjadi panduan kita , yang mengahar kita tentang sedekah , zakat , kasih sayang , adab-adab masyarakat. Berimanlah kepada Al-Quran yang menggariskan panduan hidup. Kita beriman kepada Qada dan Qadar bahawa rezeki  yang diberi akan bertambah atau kurang atas kekuasaan Allah. Kita hulurkan tangan selagi kita berkemampuan dan kita beriman kepada hari Akhirat, destinasi yang akan kita hadapi kekal abadi .


Sedekah dan zakat merupakan asas penting untuk pembangunan ekonomi Islam. Bersedekah lah jika kita mampu dan berzakat lah kerana zakat adalah rukun Islam. Kita tidak akan miskin jika hulurkan tangan untuk membantu . Yakinlah bahawa sedekah dan zakat adalah satu JIHAD untuk perjuangan ekonomi umat Islam.



* Jika kita tidak ada tanaman , emas, harta simpanan, kita masih ada pendapatan. Jika semua orang yang ada pendapatan menghulurkan sumbangan , maka orang Islam tidak ada yang  miskin, semua orang akan mampu berusaha mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan.