Semoga sukan sepak takraw Malaysia akan bertambah baik serta dapat menguasai Asia. Sudah lama tidak mendengar betapa Gah nya Malaysia dalam Sukan SepakTakraw.
Aksi
lincah Zul Husni curi tumpuan ramai
Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my
![]() |
zul husni basri |
MESKIPUN bertubuh kecil, Muhammad Zul Husni
Basri menunjukkan skil yang tinggi ketika beraksi dalam kategori bawah 12 tahun
pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Antara Zon 2012 di Kompleks Sukan Negara
Panasonic, Shah Alam, semalam. - MINGGUAN/ MOHD. NAIM AZIZ
SHAH ALAM - Melihatkan tubuhnya yang kecil,
pasti ramai tidak menduga adik Muhammad Zul Husni Basri yang hanya memiliki
ketinggian 119 sentimeter merupakan pemain sepak takraw yang mewakili pasukan
sekolah dan juga negeri.
Aksi lincah Zul Husni, 11, yang merupakan pemain apit kiri dapat
disaksikan pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan antara zon bawah 12 tahun
yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic di sini, semalam.
Sekalipun pasukannya, Sekolah Kebangsan (SK) Kampung To' Bedor B
terkandas ketika saingan kumpulan, kelibat Zul Husni berjaya mencuri tumpuan
orang ramai yang menyaksikan perlawanan tersebut.
SK Kampung To' Bedor tunduk kepada wakil Johor, Sekolah Kebangsaan
Segamat Kecil dalam pertarungan sengit tiga set 12-15, 15-12, 11-15.
Zul Husni ketika ditemui berkata, walaupun memiliki tubuh yang
kecil, dia tidak pernah berasa rendah diri dan menganggap sebagai satu
kelebihan untuknya bergerak lincah.
"Saya tak pernah berasa tubuh yang kecil merupakan satu
kekurangan pada diri saya. Malah, saya telah membuktikan kemampuan diri apabila
dapat mewakili pasukan sekolah dan juga negeri Pulau Pinang, saya bangga,"
katanya.
Menurutnya, selepas Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan, dia bersama
rakan sepasukan, Hafiz Aiman Fazli, 11, akan mewakili Pulau Pinang pada Grand
Prix Sepak Takraw Kementerian Pelajaran Malaysia di Perak.
Zul Husni memberitahu, minatnya mula timbul untuk menceburi sukan
sepak takraw setelah menyaksikan abangnya, Zulfadli Adi, 14, aktif bermain
sukan tersebut sehingga berjaya mewakili sekolah.
Sementara itu, rakan Zul Husni, Hafiz Aiman pula berkata, teman
baiknya itu memang selalu menjadi tumpuan ramai kerana saiz tubuhnya yang kecil
dan comel.
"Husni seorang pemain yang lincah, badan dia ringan. Kalau
main kat mana-mana kejohanan dia memang selalu jadi tumpuan sebab dia
comel," katanya jujur memuji sahabat baiknya itu.
© Utusan Melayu (M) Bhd