Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label belanjawan 2013. Show all posts
Showing posts with label belanjawan 2013. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Peluang Guru dan Penjawat Awam Sambung Belajar

Sambung belajar ? uhh...belajar lagi..tapi kena ingat...belajar sampai liang lahad ... Para guru dan para pejawat awam boleh laa sambung belajar . Kerajaan dah umumkan dan dah mula menawarkan  penajaan yuran pengajian secara one-off kepada penjawat awam yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah secara separuh masa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun 2012. . Jadi apa lagi...yang masih bersemangat waja . 

Salah satu belanjawan 2013 yang dah mula dilaksanakan.  Tengah dok fikir, bila aku nak mula ...


                         www.sendiri.net

Thursday, September 27, 2012

Bajet 2013 – Bajet Untuk Meringankan Beban Rakyat, Rancakkan Ekonomi . Belanjawan 2013

Bajet 2013 – Bajet Untuk Meringankan BebanRakyat, Rancakkan Ekonomi


Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh & Roslay Raffie
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir percaya pembentangan bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak esok di Dewan Rakyat sekali lagi akan dilabel sebagai ‘Bajet Pilihanraya’ oleh pakatan pembangkang.
“Saya ingat, setiap bajet pun bajet pilihanraya. Kalau didefinasikan bajet pilihanraya itu bermaksud ianya membantu rakyat, dah tentu kita akan buat sesuatu yang akan membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat, dalam suasana sekarang ini di mana kos barangan kita ataupun kos sara hidup kita semakin meningkat.
“Jadi usaha-usaha tersebut (usaha bantu ringankan beban rakyat) akan diteruskan dan dalam waktu yang sama, kita akan pastikan suasana iklim pelaburan akan terus meningkat,” ujarnya mengulas mengenai bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, esok di Dewan Rakyat.
Dalam masa yang sama, beliau yang juga Timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah melihat bajet pakatan pembangkang, juga merupakan bajet pilihanraya.
Cuma bezanya tegas beliau bajet pembangkang itu hanyalah janji kosong kerana mereka tidak akan dapat melaksanakannya kerana mereka bukan kerajaan.
“Tetapi apa yang kita diumumkan biasanya dalam bajet ialah sesuatu yang kita janji, tetapi juga perkara-perkara yang kita buat sebelum ini, yang akan kita teruskan. Jadi maksudnya, bukan janji-janji kosong tetapi kita boleh tengok track record yang begitu cemerlang yang telah ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Harapan saya ialah usaha-usaha yang telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas diteruskan. Maksud saya ialah pengimbangan antara kerja-kerja untuk terus menumbuhkan ekonomi kita iaitu mewujudkan satu persekitaran yang sesuai, contohnya menarik pelaburan asing dan tempatan, untuk meningkatkan perdagangan dari segi pertumbuhan ekonomi tetapi dalam masa yang sama, soal pengagihan pun ada,” ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
Ulasnya, soal pengagihan ini mungkin bukan dalam bentuk subsidi yang berterusan tetapi kita mengambil pendekatan lebih tumpuan kepada kumpulan sasar, iaitu membantu golongan yang betul-betul memerlukan.
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.