Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Showing posts with label Ciri tamadun. Show all posts
Showing posts with label Ciri tamadun. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

Tamadun..Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun

Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.

Untuk maklumat lanjut mengenai tamadun..Boleh la rujuk kepada  blog di bawah . atau KLIK SINI
http://melayu2008.blogspot.com/2008/06/takrif-dan-ciri-ciri-tamadun.html