Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Tuesday, November 13, 2012

Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir


Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir

Tarikh Keputusan: 
 14 Mar, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 
 
 
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Kali Ke-162 yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.


Keterangan/Hujah: 
 
1. LATAR BELAKANG DAN ISU
 
1.1 Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama, bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi
 
1.2 Dalam perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.
 
1.3 Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesama warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain.
 
1.4 Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya .
 
2. KONSEP ASAL WALA' DAN BARA'
 
Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala' kepada Islam dan barra' dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut.

2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam

ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و عمل صالحا و قال اننى من المسلمين
(فصلت 33)

Bermaksud : Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.

2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:-

اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
(الفاتحة 7 6)

Bermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.

2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون
(الجاثية 18)

Bermaksud : Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.
 
ولئن اتبعت اهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق
(الرعد 37)

Bermaksud : Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah.
 
و لاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات
(ال عمران 105)

Bermaksud : Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.
 
2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah

يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
(المائدة 51)

Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka.
 
لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الاخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم
(المجادلة 22 )

Bermaksud : Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya , sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.

2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata

المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن , كما أن المحبة فى الباطن تورث المشابهة فى الظاهر
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 198 )

Mafhumnya : Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran.
 
Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadilah di atas beliau mengatakan:-

فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا فمن واد الكفار فليس بمؤمن والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 199 )

Mafhumnya : Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram.
 
Hadith Rasulullah S.A.W.

من تشبه بقوم فهو منهم

Mafhumnya : barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan .
 
Takhrij hadith

أخرجه أبو داود فى اللباس و احمد , وجود اسناده شيخ الاسلام فى الاقتضاء وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد و حسنه السيوطى و صححه الألبانى

 
Komentar terhadap hadith di atas, Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat

وهذا الحديث أقل احواله أن يقتضى تحريم التشبه بهم وان كان ظاهره كفر المتشبه بهم كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم)
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 75 )

Mafhumnya : Pada hadith ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hukum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadith ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka.

Beliau juga menyebut

ان من اصل دروس دين الله وشرائعه و ظهور الكفر والمعاصى التشبه بالكافرين كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 103 )

Mafhumnya : Sesungguhnya antara faktor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbia" dan syariat mereka.

San"ani pula berkata
 
فاذا تشبه بالكافرين فى زى و اعتقد ان يكون بذلك مثله كفر فان لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء : منهم من قال يكفر وهو ظاهر الحديث ومنهم من قال لا يكفر ؛ ولكن يؤدب
(سبل السلام)

Mafumnya : Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri"tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri"tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha" : ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir l hadith dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum .
 
3. Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan mereka
 
Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-
 
3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.
 
3.2 Ijma" yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir. Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha" selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 109 و110 )
 
3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a.

وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم و التشبه بهم يوم نيروزهم و مهرجانهم : عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر : لا تتعلموا رطانة الأعاجم و لاتدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم عيدهم فان السخطة تنزل عليهم
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 )

Bermaksud : Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A'jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.
 
Catatan : Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut :-
 
i)Larangan menuturkan perkataan-perkataan A"jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.
 
ii)Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam.
 
(Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 180 185 )


3.4 Kata-kata Abdullah b. Umar r.a.

وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو قال : من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم و تشبه بهم حتى يموت وهو كذالك حشر معهم يوم القيامة
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 185 )

Mafhumnya : Barangsiapa yang menetap di Negara A"Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.
 
3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata:

هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم , او فعل ما هو من مقتضيات دينهم ؟
اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة ؟ اوليس عمل بعض اعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم ؟ واذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )

Mafhumnya : Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas ) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka , adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.

3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan

(وحشر معهم ) فقال : وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار وان كان الأول ظاهر لفظه
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )

Bermaksud : (dihimpunkan bersama mereka ) Ungkapan ini menuntut hukum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.
 
4. Larangan menyerupai perbuatan mereka

Umat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-
 
4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah
 
لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الك
Status Penwartaan: 
 Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
 MNPk.A351.IST/05/9 Jld2

Maksud Tersirat Depavali


Maksud tersirat di sebalik perayaan Deepavali
Masyarakat Hindu yang menyalakan pelita di hadapan patung dewa Krishna. -Foto THE STAR oleh M.CHARLES
DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
Perayaan itu jatuh pada 17 Oktober pada tahun ini.
Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.
Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.
Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya)
Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.
Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
Masyarakat Hindu biasanya menyalakan pelita dihadapan rumah pada hari Deepavali.
Ada dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Deepavali iaitu:
PEMBUNUHAN NARAGASURA
Perayaan Deepavali disambut pada hari yang dimana salah seorang dewa Hindu, Krishna membunuh makluk jahat Naragasura sehari sebelum perayaan Deepavali.
Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.- Foto THE STAR oleh RAYMOND OOI
Untuk meraikan kejayaan kebaikan mengatasi kuasa kejahatan perayaan Deepavali diraikan.
KISAH RAMA BALIK KE AYODHYA
Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun.
Rama pulang ke negaranya dengan isterinya Sita dan Lakshamana selepas membunuh Ravana, seorang yang jahat.
Sepanjang perjalanan, apabila Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari selatan, orang yang tinggal disitu menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian Ravana.
Mereka menyalakan lampu pelita di sepanjang perjalanan Rama kembali ke tanah jajahannya.
SAMBUTAN DEEPAVALI OLEH KAUM SIKH
Masyarakat Sikh menyambut hari Deepavali atau dikenali sebagai Diwali di kalangan mereka di atas sebab yang berbeza.
Guru Nanak, yang juga merupakan pengasas agama Sikh pada suatu masa dahulu telah dipenjarakan oleh seorang Raja.
Raja itu memaksanya makan tetapi beliau enggan dan berpuasa.
Sejurus itu , barulah Guru Nanak sedar yang ramai orang telah berkumpul di luar penjara dengan memegang lampu sebagai tanda protes untuk membebaskan Guru Nanak.
Akhirnya, Raja itu sedar akan kesilapannya.
Oleh kerana sikap tamaknya, dia telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang raja dan sebagai balasannya, dia membebaskan Guru Nanak.
Kaum Sikh menyambut pembebasan Guru Nanak sebagai hari Deepavali.
PERSIAPAN UNTUK HARI DEEPAVALI
Masyarakat India membuat persiapan yang lebih awal seperti membuat kuih-muih, membersihkan rumah dan membeli pakai baru untuk dipakai pada hari tersebut.
Muruku, Neiurundai dan Atherasam merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Tetapi pada masa kini, mereka juga membuat biskut dan kek selain makanan tradisional mereka.
Ronggoli Kolam adalah lukisan diatas lantai yang diperbuat daripada beras berwarna.
Kolam yang dihasilkan daripada beras berwarna. Adalah tradisi masyarakarat India yang beragama Hindu untuk membuat Kolam dihadapan rumah mereka untuk sambutan hari Deepavali. - Foto THE STAR oleh AHMAD AZMAIL AWANG
Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut.
Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat Kolam tersebut.
Lampu-lampu pelita dinyalakan pada malam Deepavali.
PAGI DEEPAVALI
Pada pagi Deepavali, masyarakat India akan menggunakan minyak bijian sebelum mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri.
Selepas itu, mereka sekeluarga akan berpakaian serba baru dan sembayang.
Sejurus itu, anak-anak muda digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.
Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak mestilah “vegetarian” hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak galakkan).
Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.
SEHARI SEBELUM DEEPAVALI
Sehari sebelum perayaan Deepavali, orang yang beragama Hindu akan membuat upacara sembayang untuk memanjangkan doa untuk yang telah 'pergi' buat selam-lamanya.
Makananan kegemaran yang telah meninggal dunia selalunya disediakan untuk santapan mereka.
Makanan tersebut akan dibiarkan seketika dihadapan gambar si mati yang kemudiannya akan di makan oleh anak-anak si mati atau diberi kepada haiwan.

Sumber :  http://mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/10/10/mstar_manusia_peristiwa/20091010155551&sec=mstar_manusia_peristiwa

Sponsor : www.sendiri.net

Monday, November 12, 2012

Doa Awal Dan Akhir Tahun



Maksudnya :
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: "Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

VIP di www.sendiri.net


Untuk Menjadi VIP www.sendiri.net
anda perlu tinggalkan

KOMEN dan LIKE FACEBOOK 

di mana-mana post atau entry
di laman www.sendiri.net

Sunday, November 11, 2012

Nasib Seorang Guru


Gan (1998) telah membuat kajian tentang sebab-sebab berlakunya stres di kalangan guru sekolah menengah dan mendapati punca utamanya ialah berkaitan dengan pelajar. Kyriacou (1995) merumuskan 7 kategori punca stres guru yang utama ialah pelajar yang tiada motivasi dan mempunyai sikap negatif terhadap pelajaran, pelajar yang engkar dan masalah disiplin, perubahan mendadak akibat desakan kurikulum dan organisasi, suasanan kerja yang tidak memberangsangkan termasuk prospek kerjaya, kekurangan masa, konflik dengan rakan sejawat dan perasaan kurang dihargai oleh masyarakat.

Kuehn (1993) dalam kajiannya mendapati faktor-faktor penyebab stres di kalangan guru ialah kekurangan masa untuk merubah pelajar yang bermasalah dan tidak dapat membuat keputusan yang berkaitan dengan mereka. Jarnagin (1997) dalam kajiannya pula mendapati para guru sering menghadapi masalah dengan kertas kerja yang banyak, red tape, kecewa dengan ibu bapa dan masyarakat, mereka merasakan diri mereka tidak dihargai, faktor gaji yang rendah daan tertekan apabila dinilai ke atas perkara-perkara yang tidak dapat dikawal. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan ( mungkin tidak berlaku dalam kegawatan sekarang).

Menurut Muhammad (1995), kajian yang dibuat oleh Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan bahawa guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti menyedikan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Datuk Abang Johari Abang Haji Openg, Menteri Pembangunan Industri di Sarawak juga selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan telah menjelaskan sebab-sebab 75 orang guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan ( semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasan mereka ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat ( Borneo Post, 1996).

Seterusnya, Junainah (1995) melalui kajiannya terhadap tekanan kerja guru beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran adalah menjadi faktor utama wujudnya tekanan kerja di kalangan guru sekolah. Miller ( 1976 ) menyatakan bahawa tekanan kerja guru wujud disebabkan oleh kegagalan penyelarasan di antara profesion mengajar, hubungan keluarga, rasa rendah diri, sikap, personaliti, masalah persekitaran, kesihatan fizikal, masalah kakitangan dan pentadbiran sekolah. Selain itu tuntutan menjalankan tugas dengan berkesan dan cemerlang juga merupakan suatu keadaan yang boleh mewujudkan stres di kalangan guru. Oleh itu, dapatan kajian-kajian ini telah membuktikan sememangnya masalah stres wujud dalam profesion perguruan dan masalah ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya kerana tanggungjawab dan peranan guru penting dalam pendidikan kerana mereka menjadi tenaga penggerak utama dalam organisasi sekolah.




SEMAKAN STATUS TAWARAN PENGAJIAN KE POLITEKNIK KPT SESI DISEMBER 2012

SEMAKAN STATUS TAWARAN PENGAJIAN KE POLITEKNIK KPT SESI DISEMBER 2012 boleh di semak di laman : http://www.politeknik.edu.my/semakandis2012/index.asp

atau KLIK DI SINI


Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP )


Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) PTPTN


Wang Pendahuluan Pembiayaan ( WPP ) telah dilaksanakan mulai tahun 1999 bagi membantu pelajar-pelajar yang pertama kali ditawarkan ke IPTA dan kurang berkemampuan. Pemberian WPP berjumlah RM1,500.00 adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :
  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM4,000
  • Belum pernah menerima WPP atau pembiayaan PTPTN


Nama mu Terindah

Asma al Husna

Saturday, November 10, 2012

Koleksi Duit Malaysia Lama


Koleksi Duit Duit Lama Malaysia -Malaya..
Inilah rupanya orang panggil duit daun pisang






RM1000 1989

RM500 1989


RM50 1998
RM20 1989
RM10 1976
RM5 1986 & 1989 (Ada cross flag kat belakang duit ini)

RM1 1981-1983
RM1 1976-83
Yang bawah ni pulak duit zaman malaysia sebelum mardeka
Wang berkenaan dikeluarkan pada 1940
10cents 1941malaya
20cents1941

50cents1941

wang kertas bernilai 1 dolar dikeluarkan kerajaan British, sekitar 1960-an

25 cents 1940 malaya
duit lama cap kerbau tahun 1953
Yang ni pulak duit zaman penjajahan jepun kat tanah melayu,duit ni di kenali dengan duit cap pokok pisang
Malaya & British Borneo 1957 1 cent MS63RD
Duit-Syiling-Lama-1-Cent-serawak 1930
This is the money a dollar North Borneo (now Sabah) in 1927
British North Borneo tahun 1903 dan 1920

Sumber : http://mnidotcom.blogspot.com/2011/09/anda-ada-koleksi-gambar-gambar-duit.html

Kebersihan diri kesucian hati


Kebersihan diri kesucian hati

ISLAM adalah agama yang sangat mementingkan kebersihan dan kecantikan. Bahkan di sisi Islam orang yang menjaga kebersihan itu adalah mereka yang mempunyai iman yang tinggi. Umat Islam perlu menjaga ketrampilan dan penampilan diri agar sentiasa kelihatan anggun dan hebat selari dengan garis panduan yang telah ditetapkan dalam al-Quran, as-Sunnah dan ijtihad para ulama yang muktabar. Nabi Muhammad SAW adalah contoh yang terbaik untuk kita jadikan ikutan dalam menekankan aspek kebersihan dan kesucian, khususnya berkaitan penampilan diri dan berpakaian.
Sekiranya kita meneliti hadis-hadis berkaitan dengan pakaian Rasulullah SAW, kita akan mendapati bahawa baginda amat suka memakai pakaian yang berwarna putih. Warna putih menampakkan kebersihan dan kesucian, walaupun baginda tidak melarang untuk memakai pakaian berwarna lain.
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian mengenakan pakaian yang berwarna putih. Orang-orang yang masih hidup antara kalian hendaklah mengenakan pakaian berwarna putih. Dan orang-orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dikafankan dengan kain yang berwarna putih. Sesungguhnya, pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik." (riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)
Pakaian baginda bukan sahaja amat bersih malah sangat kemas dan wangi. Walaupun mempunyai pakaian yang terhad dan sederhana harganya, ia tidak langsung menjadi alasan untuk baginda memakai pakaian yang kotor dan tidak kemas.
Baginda amat menjaga tubuh badan Baginda agar sentiasa dalam keadaan sihat dan bertenaga. Paling penting, orang-orang yang berada di sekeliling merasa selesa bersama baginda.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Jika tidak menyusahkan ke atas umatku, aku ingin menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak melakukan solat. (riwayat Muslim)
Anas ra pula meriwayatkan: Aku tidak pernah menghidu wangian anbar, kasturi dan apa jua wangian yang lebih wangi daripada bau Rasulullah SAW. (riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikianlah beberapa kaedah menjaga penampilan diri yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Di samping kebersihan pakaian dan imej luaran ini, Islam juga amat mementingkan kebersihan dan kesucian hati. Hal ini kerana individu Muslim yang berjaya menyucikan hatinya, pasti akan memelihara zahir dan batinnya daripada melanggar perintah Allah SWT.
Peranan hati sangat penting dalam kehidupan manusia, khususnya dalam menentukan sikap dan perilaku. Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Individu yang bersih hatinya, akan menjaga tutur katanya agar tidak mengguris perasaan orang lain. Apa sahaja yang diungkapkan melalui lidahnya akan menggembirakan hati orang lain dan menambahkan manfaat dalam kehidupan dunia dan akhirat. Orang yang bersih hatinya akan berfikir sebelum berkata-kata. Dia juga akan menjaga hatinya daripada perasaan-perasaan keji seperti bongkak, iri hati, dendam dan sebagainya.
Dia juga akan merasa senang dengan kejayaan orang lain di samping meningkatkan prestasi diri agar beroleh kejayaan yang sama.
Di samping itu, dia akan merasa susah dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain dan berusaha untuk membantu menyelesaikan masalahnya, bukan memberatkan lagi bebanan tersebut.
l WAN JEMIZAN W. DERAMAN dan AHMAD TERMIZI MOHAMED DIN adalah daripada Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Sdn. Bhd



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, November 9, 2012

Dahaga Air Ais


Boleh ke saya minum air ais?’
‘Elok ke minum air sejuk? Ada orang kata boleh tangkap sendi’
Buat masa ini, tiada kajian saintifik menunjukkan bahaya minum air ais. Cuma terdapat teori yang mengatakan bahawa minum air ais secara berterusan boleh membahayakan anda. Ada yang mengatakan bahawa, meminum ais untuk satu jangka masa panjang boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti penambahan berat badan, batuk, sakit kepala, sakit lutut, masalah perut, imuniti badan yang lemah, kemandulan dan lain-lain.

Artikel lanjut : air sejuk atau air ais

Syahid Kerana Taun


Syahid dari segi bahasanya bermaksud penyaksian. Manakalah dari segi perbahasan, syahid dirujuk sebagai seseorang yang mati terbunuh di medan perang kerana menegakkan kalimah Allah. Ini berdasarkan hadis baginda S.A.W , Dari Abu Musa Al-Asyari menyatakan, telah datang dua orang lelaki menemui baginda S.A.W lantas bertanya untuk memahami sesuatu , "Seorang perajurit berperang kerana harta , seorang lagi kerana Allah dan seorang lagi berperang kerana ingin dilihat kedudukannya. Maka yang mana satukah berperang di Jalan Allah?" Rasulullah S.A.W pun menjawab, ' Orang yang berperang untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi, itu adalah berperang pada jalan ." ( HR Bukhari )


Wednesday, November 7, 2012

Koleksi Gambar Kaabah , Kaabah Banjir , Gambar Lama Kaabah

Koleksi gambar kaabah dari zaman dulu hingga sekarang...Tengah mengumpul gambar-gambar kaabah untuk koleksi peribadi. Semoga satu masa kita semua sempat melaksanakan rukun Islam ( Haji ) dengan mendapat penerimaan daripada Allah .

Kaabah

Kaabah Banjir

Sejarah Kaabah

Gambar Lama Kaabah

Kaabah tahun 1371H

Kaabah

Kaabah

http://shafw4n.blogspot.com/2012/11/perhimpunan-arafah-gambaran-mahsyar.html

Kaabah Banjir

Air sekeliling Kaabah

Mekah Banjir

Gambar Kaabah

Gambar Lama Kaabah

tawaf kaabah

Mekah

Banjir Mekah

Kelambu Kaabah

Mekah

Petunjuk sekeliling kaabah

Mekah 

Haji

Perhimpunan terbesar di dunia

Kesatuan UMmah

Mekah 1325

Lukisan kaabah

Sponsor By : www.sendiri.net