Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Wednesday, September 12, 2012

AKIDAH TERAS KEHIDUPAN

tilawah tingkatan 4

AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
(SURAH AL-AN’AM AYAT 161 – 165)




1. Matlamat Hidup Mukmin
a. Cara memelihara nikmat Iman dan Islam:
i. Berdoa supaya ditetapkan iman
ii. Melakukan ibadah dengan taat
iii. Menjauhi perkara yang merosakkan iman
iv. Meninggalkan larangan Allah

b. Matlamat hidup mukmin :
i. Menyembah Allah yang Esa
ii. Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha
iii. Melaksanakan tanggung jawab dengan berlandaskan keimanan kepada Allah
iv. Sentiasa mengingati Allah dan menyakini bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang dilakukan.
v. Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

2. Islam Agama Yang Lurus
a. Buktinya:
i. Syariat Islam dapat memandu manusia pada jalan kebenaran
ii. Ajarannya sesuai dengan naluri/fitrah manusia - melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
iii. Semua nabi dan rasul membawa ajaran yang sama iaitu Islam
iv. Islam agama universal yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa, tempat dan masa
v. Islam mengajar umatnya supaya berkasih sayang

3. Tugas dan Tanggung Jawab Manusia

a. Bidang tanggung jawab manusia :
Bidang
Keterangan
Al-Ibadah
- mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah umum dan ibadah khusus
Al-Khilafah
- membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah
- mentadbir dengan berteraskan prinsip mengabdikan diri kepada Allah
Al-Imarah
- membina prasarana dalam pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara yang makmur dan aman.

b. Tugas dan tanggung jawab manusia :
i. Beribadah kepada Allah
ii. Menyeru manusia melakukan kebaikan
iii. Memelihara dan memakmurkan alam ini
iv. Melaksanakan syariat Allah
c. Kenapa manusia perlu beribadah kepada Allah:
i. Menunjukkan tanda kesyukuran manusia kepada Allah
ii. Untuk menunjukkan kepatuhan dan ketaatan sebagai hamba
iii. Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
iv. Kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. Manusia Bertanggung Jawab Atas Perbuatannya.
a. Bukti manusia perlu bertanggung jawab:
i. Semua manusia mempunyai tanggung jawab yang sama iaitu melakukan perintah Allah dan menjauhi kemaksiatan.
ii. Semua manusia dianugerahkan akal fikiran untuk memilih yang terbaik
iii. Semua manusia dipimpin oleh al-Qur’an/wahyu, jadi terserahlah sama ada untuk menggunakannya atau tidak.

b. Sebab manusia perlu bertanggung jawab atas perbuatan mereka :
i. Telah diutuskan kepada mereka rasul-rasul untuk membimbing ke jalan kebenaran.
ii. Manusia diberikan akal fikiran untuk membezakan perbuatan baik atau jahat.
iii. Untuk membuktikan keadilan Allah swt.

5. Implikasi Mengingkari Perintah Allah SWT
a. Mendapat kemurkaan Allah / azab
b. Berlaku perpecahan dalam masyarakat
c. Alam ini akan binasa.
d. Umat Islam tidak akan maju
e. Umat islam sentiasa ditindas

6. Pengajaran Ayat
a. Islam sahaja agama yang benar dan diredhai Allah
b. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
c. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
d. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambaNya
e. Allah bersifat Maha Adil kepada semua hamba dan makhlukNya.

7. Soalan-soalan Yang Berkaitan :
a. SPM 2004
i. Jelaskan tiga tanggung jawab manusia sebagai khalifah Allah
ii. Terangkan dua hikmah Allah menguji manusia dengan penderitaan
b. SPM 2007
i. Senaraikan empat tugas manusia sebagai hamba Allah swt di muka bumi
ii. Nyatakan hikmah Allah swt menjadikan manusia berbeza taraf dan kedudukan.
iii. Ayat bergaris di atas bermaksud ” Setiap manusia tidak boleh menanggung dosa orang lain”. Apakah yang anda faham tentang maksud ayat tersebut.
c. SPM 2009
i. Nyatakan maksud ................... (jalan yang lurus)dalam ayat di atas(2m)
ii. Jelaskan hikmah berada pada jalan yang lurus(2m)
iii. Jelaskan dua usaha anda untuk mewujudkan penghayatan Islam (4m)

d. Jelaskan cara orang beriman diuji oleh Allah swt.
e. Terangkan sifat orang beriman apabila menerima ujian Allah swt
f. Nyatakan tanggung jawab manusia terhadap diri sendiri, alam sekitar dan negara.


No comments:

Post a Comment