www.ghazali.org :
Laman web Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad
Al-Ghazali. Dicipta oleh pencinta ilmu Al-Ghazali.
www.alhabibali.com: Laman web pendakwah terkenal, Al-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jifri. Seorang ulama berketurunan Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam yg giat berdakwah ke serata dunia.
www.alhabibali.com: Laman web pendakwah terkenal, Al-Habib Ali Zainal Abidin bin Abdul Rahman Al-Jifri. Seorang ulama berketurunan Nabi Muhammad Sollallahu'alaihiwasallam yg giat berdakwah ke serata dunia.
www.bouti.com : Laman web Doktor Muhammad
Sa'id Ramadhan Al-Bouti. Kelas pengajiannya di Syria sentiasa dihadiri oleh
ribuan muslim di sana.
www.alhabibomar.com : Laman web
Ad-Daie Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafiz. Ulama tersohor dari negeri
Hadramaut di Yaman.
www.amrkhaled.net :
Laman web pendakwah popular, Amru Khaled. Beliau berasal daripada Negara Mesir.
www.saidnur.com : Laman web Badiuzzaman
Sa'id Nursi. Seorang Mujaddid kelahiran Turki. Pengarang kitab Rasail Nur.
www.qaradawi.net :
Laman web Doktor Yusuf Al-Qaradawi. Ulama tersohor dunia. Presiden Al-Ittihad
Al-'Alami li Ulama Al-Muslimin. (Persatuan Ulama Sedunia)
www.zuhayli.net : Laman web Doktor Wahbah
Az-Zuhaili. Ulama kelahiran Syria. Pengarang kitab Tafsir Al-Munir dan Fiqh
Al-Islami yg tersohor.
www.aboghodda.com : Laman web Syeikh Abdul
Fattah Abu Ghuddah. Kelahiran Syria. Alim besar dalam bidang hadith dan banyak
mentahkik kitab-kitab yg bermutu. Belajar dengan guru-guru yg terkenal. Sezaman
dengan Imam Hasan Al-Banna. Aktif dalam gerakan Ikhwan di Syria.
www.suhaibwebb.com : Laman web
seorang rakan dan pendakwah yg saya geruni, Syeikh Suhaib Webb. Pendakwah
kelahiran Amerika ini berkahwin dengan seorang wanita warga Malaysia. Pertama
kali bertemu beliau di Mesir, kami berbual tentang Malaysia. Ketika itu saya
tak tahu beliau ialah 'Suhaib Webb'!
www.harunyahya.com : Laman web Adnan Oktar
atau nama penanya, Harun Yahya. Kelahiran Turki. Musuh ketat ideologi
Materialisme dan Darwinisme.
www.al-razi.net : Laman web Imam
Fakhruddin Ar-Razi. Dikelolakan oleh Syeikh Sa'id Fudah, ulama hebat di
Jordan.
www.alghazaly.org : Laman web Syeikh
Muhammad Al-Ghazali. Bapanya menamakannya sedemikian untuk bertabarruk dengan
nama Imam Muhammad Al-Ghazali. Ulama Mesir yg sezaman dan rapat dengan Imam
Hasan Al-Banna. Imam Hasan Al-Banna menggelarnya sebagai 'Adib Dakwah' yg bermaksud
Ahli Sastera Dakwah.
www.abdelkafy.com : Laman web Doktor
Umar Abdul Kafi. Ulama kelahiran Mesir. Beliau menghafaz Sohih Bukhari dan
Muslim beserta dengan sanadnya.
http://el-wasat.com/assawy : Laman
web Doktor Solah Sowi. Ulama kelahiran Mesir. Beliau merupakan Setiausaha Agung
Assembly of Muslim Jurist Of America (AMJA)
www.okamel.com : Laman web Doktor Umar
Abdullah Kamil. Ulama kelahiran Mekkah Al-Mukarramah. Menjawab banyak
persoalan-persoalan kontroversi sekitar Bidaah dan yg seumpamanya melalui
kitab-kitab karangannya. Mempunyai karya dalam pelbagai bidang ilmu.
www.drsano.net : Laman web Profesor
Dato' Doktor Sano Koutoub Moustapha. Menerima 'The Quality Research Award for
Best Research Year 2000/02 (University Level) IIUM', 'The Excellent Researcher
Award for the Faculty of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, IIUM 'dan
'Candidate for King Faisal International Award for Islamic Studies (Usul Fiqh)
year 2005'. Pada tahun 2008, beliau menerima 'Certificate of Appreciation from
ISESCO in recognition of oustanding contribution to the promotion of higher
education in the Muslim world.'
www.binbayyah.net : Laman web Syeikh
Abdullah bin Bayyah. Ulama terkenal kelahiran Mauritania. Pernah menjawat
jawatan Menteri Pendidikan, Menteri Keadilan dan Timbalan Presiden Mauritania.
Kemudian berpindah ke Arab Saudi dan menjadi Profesor Usul Fiqh di sebuah
universiti di sana.
www.naiem.com : Laman web Syeikh Muhammad
Naiem 'Aroqsusi. Ulama kelahiran Syria. Memperoleh ijazah Qiraat Sepuluh
melalui Syeikh Muhyiddin Al-Kurdi. Terlibat aktif dalam kerja mentahqiq
kitab-kitab Turath seperti Siyar 'Alam An-Nubala' dan Musnad Imam Ahmad.
http://elsharawy.com : Laman web yg
menyediakan audio kelas pengajian Tafsir Syeikh Muhammad Mutawali As-Sya'rawi
untuk didownload. Juga menyediakan karya penulisan Syeikh dalam bentuk fail
PDF.
www.adnanibrahim.net :
Laman web Syeikh Adnan Ibrahim. Ulama kelahiran Gaza, Palestin. Menetap di
Vienna, Austria. Al-Bouti memujinya dengan berkata, "Orang Islam yg hidup
di negara Barat ini akan berada dalam kebaikan selagimana wujudnya individu
seumpama Syeikh Adnan."
www.abdullahelwan.net : Laman web Syeikh Murabbi Abdullah Nasih 'Ulwan . Aktif dalam Ikhwan sejak remaja. Terkenal dengan penulisannya yg bermutu. Ketika peperiksaan Master di Mesir, beliau menjawabnya dalam keadaan tangan yg digari. Selesai peperiksaan, terus diterbangkan ke tanah air, Syria. Ketika di hospital, beliau meletakkan bantal di hadapan, lalu menulis kitab Silsilah Madrasah Du'at yg belum disiapkannya.
www.abdullahelwan.net : Laman web Syeikh Murabbi Abdullah Nasih 'Ulwan . Aktif dalam Ikhwan sejak remaja. Terkenal dengan penulisannya yg bermutu. Ketika peperiksaan Master di Mesir, beliau menjawabnya dalam keadaan tangan yg digari. Selesai peperiksaan, terus diterbangkan ke tanah air, Syria. Ketika di hospital, beliau meletakkan bantal di hadapan, lalu menulis kitab Silsilah Madrasah Du'at yg belum disiapkannya.
www.ahmed-deedat.net : Laman web
pendakwah tersohor, Syeikh Ahmad Deedat. Titik permulaannya dalam bidang dakwah
ialah apabila pendakyah Kristian melontarkan banyak soalan tentang Islam lalu
gagal menjawabnya. Maka, beliau mula mempelajari Injil dengan mendalam lantas meninggalkan
perniagaannya, terjun ke medan dakwah dan berdebat dengan ramai paderi dunia.
http://alimamalallama.com : Laman web
Syeikh Ali Jum'ah, Mufti Kerajaan Mesir. Mempunyai sanad keempat-empat mazhab.
Antara gurunya yg masyhur ialah Syeikh Abdullah bin As-Siddiq Al-Ghumari dan
Syeikh Abd Fattah Abu Ghuddah.
Sumber : Terima Kasih

No comments:
Post a Comment