Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Monday, November 19, 2012

Jom Makan Ulam Raja



Sesekali makan ulam sedap juga..boleh menambah bilangan pinggan nasi....memang kenyang la kalau pekena ulam..elok juga untuk kesihatan
http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/ulam-di-malaysia.html
Ulam King
Tahukah anda yang Ulam Raja berasal dari Amerika Latin? UlamRaja adalah salah satu dari lebih 120 jenis tumbuhan yang dikenalpasti sebagai ulam di Malaysia. Sesungguhnya ulam-ulaman sentiasa mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya yang meminati masakan kampung. Walau bagaimanapun tidak ramai pengusaha yang menanam dan mengedarkannya di pasaran berbanding sayur-sayuran komersial lain. Keadaan ini adalah kerana secara amnya ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh melia

Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budusambal belacan atau tempoyakserta cincalok.


http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/ulam-di-malaysia.htmlUlamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagaidimer, melalui heksamerkuersetin glikosidaasid klorogenikasid neoklorogenikasid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.







Kesimpulan

Orang Melayu daripada dahulu telahpun mengetahui khasiat dan telah menafaatkan pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh merata sebagai makanan harian atau sebagai ubatan. 

Pada masa kini, pengetahuan yang memakan masa bergenerasi untuk dikumpulkan kini terancam untuk pupus begitu sahaja. Oleh itu, marilah bersama-sama menghargai setiap tumbuhan yang terdapat disekitar serta berganding bahu untuk memelihara, memulihkannya dan merakamkan kegunaannya. 

Semoga apa yang kita ada akan terus berkekalan untuk tinggalan generasi yang akan datang agar mereka juga merasai nikmat yang masih kita rasai pada masa kini.

Bagi yang ada tanah lebih tu....tanam je pokok ulam raja, bohsan nanti boleh pergi petik je kat tepi rumah. Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.Semai biji benih dalam kotak/tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan. Tanam denagn jarak lebih
kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.
Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.
Bubuh baja tahi ayam/tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15
boleh digunakan jika perlu.

No comments:

Post a Comment