Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Sunday, December 9, 2012

SAKI BAKI AGAMA HANIF DALAM JAHILIYAH ARAB


SAKI BAKI AGAMA HANIF DALAM JAHILIYAH ARAB ( Fiqh Sirah )
Perkara penting yang mesti dipelajari sebelum memasuki pembahasan Sirah mengenai kefahaman mengenai pengajaran Sirah itu sendiri, muqaddimah ini membawa kita menoleh kebelakang kepada satu kenyataan yang dulunya sering menjadi pertikaian mengenai agama ini kepada mereka yang melihat dan jauh yang semestinya kabur, lalu mereka tuduh dengan berbagai tuduhan palsu melalui agak dan sangka yang palsu.


Kesimpulan kepada hakikat ini, ialah bahawa Islam itu tidak lain dan lanjutan kepada agama Hanif yang mudah dan lapang ruangnya, Allah telah mengutuskan bapa juga datuk kepada para nabi, iaitu Ibrahim alaihi Sallam membawa agama ini, telahpun dijelaskan oleh Allah mengenai ini melalui banyak ayat-ayatNya dalam Al-Quran antaranya:
وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ أَبِيكُمْ إِبْرَاهِيمَ هُوَ
 سَمَّاكمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا لِيَكُونَ الرَّسُولُ شَهِيدًا عَلَيْكُمْ وَتَكُونُوا شُهَدَاء عَلَى النَّاسِ
 فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّآَاةَ وَاعْتَصِمُوا بِاللَّهِ هُوَ مَوْلَاكمْ فَنِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ ( 78
(Dan berjihadlah kamu pada [ agama] Allah dengan jihad yang sebenarnya, Dia [telah pilih
kamu [ berjihad], dan Dia tidakjadikan atas kamu sebarang kesukaran dalam agama ini, iaitu
agama bapa kamu Ibrahim, dan Dia juga yang menamakan kamu “Muslimin” sejak dahulu dan
di [Quran) ini… ) (Surah Al-Hajj: Ayat 78)


(Katakanlah: “Benar [kata] Allah itu” maka ikutlah Millah [agama] Ibrahim yang hanif [yang
lurus]; dan bukan lah dia [Ibrahim] itu dan kalangan orang-orang musyrikin.)
(Surah Ali-Imran: Ayat 95)
Memang sudah ada di pengetahuan anda bahawa orang orang Arab itu adalah anak-cucu Nabi Ismail alaihissalam, maka semestinya mereka mewarisi agama bersama selok-beloknya, ia itu agama yang telah Allah utuskan datuk mereka membawa Tauhid dan perintah benbadat kepada Allah, tidak mencerobohi batas laranganNya, mentaqdis dan menghormati semua yang disuruh menghormatinya, yang utama sekali ialah menghormati dan mentaqdiskan Baitul-Haram, menghormati segala syiarnya, mempertahankannya, dan melaksanakan perkhidmatan terhadapnya.

Tetapi dengan berlalunya zaman, kurun demi kurun, mulalah orang Arab itu mencampuradukkan
yang batil dengan yang haq, haq yang mereka pusakai dan datuk nenek mereka diadukkan dengan batil yang datang dengan tidak disedari, lalu cacat dan tercelalah seluruh bangsa Arab bila diselubungi kejahilan, hanyut dan sesatlah mereka bersama mereka orang-orang yang terpukau dan terpedaya oleh kepalsuan, dengan itu menyusup masuk ke dalam mereka, dan akhirnya menyembah berhala sudah menjadi kebiasaan kepada mereka, keruntuhan akhlaq dan perkara—perkara batil yang mereka tiru juga ikut sama menyusup masuk. Dengan kerana itu maka jauhlah mereka dan suluhan Tauhid dan ciri-ciri agama Hanif, akhirnya setelah jangka masa yang panjang menyeluruhlah jahiliyyah yang ketat, yang sukar hendak dilekangkan, dan berikut itulah mereka berhadapan dengan kebangkitan Rasulullah SAW.

Orang yang mula pertama memasukkan syirik dan mengajak bangsa Arab menyembah berhala, ialah Amru Bin Luhay Bin Qam’ah; nenek moyang kepada suku Khuza’ah. Ibnu Ishaq meriwayatkannya dan Muhammad Bin Ibrahim Bin Al-Harits Al Taimey, bahawa Abu Salih Al-Saman menceritakan kepada nya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Saya dengar Rasulullah SAW berkata kepada Aktsam Bin Jaun Al—Kuza’i, mathumnya:

 “Saya lihat ‘Amru Bin Luhay Bin Qam’ah Bin Khandaf menarik berhala kayunya ke dalam
neraka, saya lihat dia itu benar—benar menyerupai engkau”; lalu kata Aktsam:
“Apakah penyerupaan itu membahayakan saya Wahai Rasulullah?”
“Tidak, kerana engkau adalah orang mukmin dan Amru itu kafir, sesungguhnya dialah orang
yang mula mengubah agama Ismail dengan memasang berhala, mencipta Bahira, Saibah, Wasilah dan Hami [tiga yang tersebut itu adalah unta betina yang dihadiahkan kepada berhala, unta-unta itu dihormati, tidak boleh ditunggang, tidak boleh diminum susunya, ia bebas memakan rumput di mana-mana]. (Sirah Ibnu Hisham.)

Ibnu Hisham meriwayatkan bagaimana cara Amru Bin Luhay menerapkan penyembahan berhala
ke dalam bangsa Arab; ia mengembara ke negara Syam atas urusan perniagaan, bila ia tiba di Maab dalam daerah Baiqa’ yang ketika itu didiami oleh suku Amaliq — ‘Amaliq ertinya anak cucu ‘Amliq Bin Lawaz Bin Sam Bin Nuh ‘alaihi Sallam — Amnu melihat mereka menyembah berhala, lalu ia bertanya: “Apa bendanya yang kalian sembah ini?”
“Inilah patung-patung berhala, kami sembahnya meminta hujan maka ia menurunkan hujan, kami minta pertolongan ia memberi pertolongan.”
“Mahukah kalian beri kepada saya salah satu berhala itu, saya akan bawa pulang ke bumi orangorang Arab untuk mereka sembahnya?”
Lalu diberikan kepada Amru satu berhala yang dinamakan “Hubal”, berhala itu dibawa pulang ke Makkah dan di suruh orang menyembahnya. (Sirah Ibnu Hisham.J. 1.H.77. juga Kitabul-Asnam Ibnul- Kalabi. H. 8-9.)

Begitulah cara berkembangnya penyembahan berhala di tanah Arab, dan tersebarnya syirik dalam bangsa Arab, dengan itu bertukarlah keadaan asal mereka yang dulunya berada di atas Aqidah Tauhid pusaka dan Ibrahim dan Isma’il alaihimas salam kepada kepercayaan syirik, dan akhirnya sampai ke peringkat sesat dan ber’aqidah buruk seperti bangsa bangsa lain yang sesat.

Pendorong utama mereka kepada yang demikian itu semua, ialah ketandusan pengetahuan dan
buta huruf yang mereka miliki, dan pengaruh persekitaran mereka dan berbagai qabilah dan berbagai bangsa. Namun demikian ada juga di kalangan mereka orang orang yang masih kekal berpegang dengan aqidah tauhid, walaupun hanya sedikit tetapi tetap berada di atas manhaj agama hanifnya, tetap mempércayai kebangkitan nabi, tetap mempercayai hidup semula sesudah mati dan tetáp yakin bahawa Allah pasti beri ganjaran pahala kepada orang yang taat, balasan siksa kepada orang yang derhaka.

Golongan ini memang benci kepada segala apa yang diada-adakan oleh orang orang ‘Arab, seperti penyembahan berhala dan cara pemikiran yang sesat, mereka yang terkenal dengan pegangan ini memang banyak, di antara mereka seperti Qais Bin Saidah A1-Ayadi, Ri’ab Ash-Shamii, dan Buhaira Al-Rahib.

Walaupun begitu keadaannya orang-orang Arab, namun prinsip-prinsip dan syiar-syiarnya sejak
Nabi Ibrahim, masih kekal saki bakinya dalam adat dan budaya mereka, walaupun dalam keadaan paling lemah setelah sekian lama merentasi zaman, namun kejahiliyyahan mereka masih bersadurkan sedikit sebanyak peninggalan yang berupa syiar dan prinsip agama Hanif, walaupun syiar dan prinsip itu biasanya muncul dalam bentuk rupa yang buruk dan jahat, seperti menghormati Ka’bah, bertawaf, menunaikan haji, umrah, wuquf di ‘Arafah dan sebagainya, adalah berasal dan syariat yang mereka warisi sejak zaman Nabi Ibrahim ‘alaihissalam, tetapi mereka adukkan dengan beberapa perkara yang bukan asal, seperti Talbiyah mereka di masa melakukan Haji dan Umrah berbunyi:
Mereka tambahkan “
“... melainkan dia yang menjadi sekutu bagi Engkau, Engkau miliki apa yang dia miliki”, mereka
tauhidkan Allah kemudian mereka sekutukan dengan berhala-berhala mereka, dan mereka jadikan berhala itu milik Allah, mengikut riwayat Ibnu Hisham.

Ringkasnya: Perkembangan sejarah Arab dan mula hingga akhirnya adalah dalam pangkuan
agama Hanif yang lapang dan muda, agama yang diutuskan bapa para Nabi, iaitu Ibrahim alaihissalam. Bangsa Arab ini sudah pernah dilimpahi aqidah tauhid, pernah disuluhi cahaya hidayah dan iman, tetapi kemudiannya mereka menjauhi agama yang benar itu sedikit demi sedikit, dengan berlalunya zaman berkurun-kurun lamanya, maka keadaan bertukar, di mana kegelapan syirik dan pemikiran sesat serta kejahilan yang laksana banjir telah menenggelamkan mereka, di samping itu mereka tetap juga mengekalkan saki baki petunjuk yang benar dan prinsip-prinsip yang tulen yang lama tersembunyi dalam perjalanan yang lambat bersama sejarah mereka, semakin lemah bersama zaman, semakin kurang para pendokongnya dan tahun ke tahun.

No comments:

Post a Comment