Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Sunday, December 2, 2012

RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PENYEBARAN AGAMA ISLAM


RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI TAPAK PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Sebelun kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah Rasulullah dan Semenanjung Arab di mana baginda hidup dan dipiih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpiihnya Rasulullah dan bumi ini dan bangsa Arab pula sebagai pembawa obor dakwah Islamiyyah.


Untuk mengetahui segala-segalanya , kita mesti mengetahui keistimewaan bangsa Arab
dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan muka bumi (geografi) dan
persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Rome, Greek dan India termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun mereka.

Pertamanya, marilah kita imbas bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah Arab sebelum Islam.
Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan diketuai oleh dua negara yang gagah iaitu
Parsi dan Rome dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang beraneka corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.

Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dan garis-garis yang bersifat kemanusiaan.

Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani dalam kitabnya yang berjudul Al-
Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat dan karangan mereka yang memang
berhaluan demikian.

Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan semangat penjajahan dan
bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan memodenisasikan agama Kristian untuk di sesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita dan kemahuannya. Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir .

Dan negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi satu lumrah.

Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang tidak memberi sebarang
faedah dan natijah yang berguna sama sekali.

Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara mengatakan yang India dipermulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah kemerosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam rnemerosotkan akhlak dan kemasyarakatan.

Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa ini kelembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamadun yang berasaskan kepada mata benda (material) semata—mata. Tamaddun ini telah tidak mengambil contoh-contoh ma’nawi dan akhlak yang sempurna sebagai landasan dan asas kemajuan.

Semenanjung Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang, jauh dan terpencil dan
gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pernah merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagungagungkan kekuatan tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitarnya. Mereka juga tidak menganut falsafah dan ideologi yang beraneka ragam seperti Greek Tua yang menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.

Tabi’at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu “bahan yang mentah” yang belum pernah
dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan seolah-olah terbayang di layar kehidupan mereka seorang manusia semulajadi yang bersih mempunyai kemahuan yang kuat ke arah pembentukan manusia yang terpuji yang mempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman. Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat. Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya.

Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah, membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama sendiri dengan tujuan memper tahankan kehormatan.
Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala di dalam Al—Qur’an:
وَإِن آُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini adalah dari golongan orang-orang yang telah sesat”.
(Surah A1-Baqarah Ayat 198)

Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka daripada penghinaan ke atas
mereka.Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka ini sedar malah merancang sedemikian.

Di samping semuanya ini, Semenanjung Arab di segi ke dudukan muka buminya pula terletak di pertengahan bangsa bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang bergolak di sekelilingnya. Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan pendapat dengan katanya:
“Orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba menciptakan gambaran dan imej manusia dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas dengan hakikat keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya.”

Setelah kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa Arab dan semenanjungnya sebelum Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul utusan di Semenanjung Arab itu dan bangsa Arab pula merupakan golongan pertama buat merintis jalan—jalan ke arah penyebaran obor seruan dakwah Islamiyyah yang kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruh pelusuk alam.

Bukanlah sepertimana yang disangka oleh setengah-setengah golongan yang mengatakan bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini taksub (fanatik) dan membanggakan keburukan, kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik.

Sedangkan mengubati dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan basil tamadun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamadun. Golongan ini paling mudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka.

Wallahualam.

Rujukan : Kitab Fiqh Sirah 1: Penulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti


2 comments: