Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Thursday, November 29, 2012

KLCC

Kembara Menara Kembar Petronas
Menara Berkembar Petronas



Suria KLCC merupakan kompleks beli-belah yang terletak di tapak Menara Berkembar Petronas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.Kalau nak pergi membeli belah , window shoping  , cuci mata , jalan-jalan , senaman atau seumpamanya lah.Pergi lah kembara ke KLCC. 
Kembara Suria KLCC
Suria KLCC

Wednesday, November 28, 2012

Tahun Baru 2013

Tahun baru 2013 akan muncul tak lama lagi..sebulan ja lagi...cepat betul masa berlalu..sedar tak sedar..umur pun meningkat,usia pun bertambah. Macam-macam dah berlaku dan berlalu. Dah baca doa awal tahun ka..Sama ja la..baca untuk tahun baru...x dosa pun kalau selalu berdoa..heheh.. nak Panduan  ? http://sendiri.net/doa-awal-dan-akhir-tahun/ ..tengok situ.

Apa yang penting , azam anda , tekad anda serta perancangan anda untuk tahun baru 2013 ni. Apa yang ada buat ? Semoga setiap yang dihajati, dimakbulkan.

Bersama kita merancang untuk menjayakan kehidupan anda sendiri. Kehidupan yang dah berlalu, biarkan ia berlalu,jadikan pengalaman yang bermakna untuk mencipta kehidupan yang akan datang.

Betulkan niat sendiri.Gunakan terapi sendiri untuk menciptakan kejayaan. :) Selamat tahun Baru 2013 . Semoga tahun 2013 tahun yang selamat :)

Selamat Tahun Baru 2013
Selamat Tahun Baru 2013

Monday, November 26, 2012

Sabak Bernam


Sabak Bernam  hujung negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan Hilir Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Sabak bernam juga dekat dengan Kuala Selangor. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan Sekinchan.

Rumah sewa di Sabak Bernam boleh didapati di taman-taman , rumah kampung , rumah papan , rumah batu dan sebagainya.Harga tanah di Sabak Bernam jugak boleh dianggap mahal sikit berbanding tempat lain.

Senarai nama sekolah di sabak bernam boleh dirujuk di PPD Sabak Bernam .Hospital Tengku Ampuan Jemaah , terletak di berdekatan Pekan Sabak Bernam.
Peta Sabak Bernam
Sabak Bernam


                         

Bercinta Dengan Pelacur

Cinta itu buta..itu yang selalu disebutkan.Cinta umpama kurap.semakin garu semakin sedap.ha itu la dia....

Baru tadi berborak dengan seorang kawan, pengakuan yang hebat : aku tengah dilamun cinta , tapi taktau nak kawin bila sebab awek aku tu seorang pelacur.Fuh... Bila ditanya itu yang dijawab.Katanya awek nya itu menjadi pelacur bersebab.Dan sebab nya dirahsiakan. Dan awek pelacur itu akan berhenti menjadi pelacur. Adus

Apa2hal pun, pintu taubat sentiasa terbuka.Bertaubat Nasuha lah. Semoga semua kesalahan dan kesilapan kita diampun. Semoga kita semua dimatikan dalam Iman, Beriman kepada Allah

Cinta Dengan Pelacur
Pelacur - Sekadar Hiasan

Keputusan PMR 2013


Keputusan PMR 2013 merupakan peperiksaan PMR yang terakhir . Akan menjadi sejarah PMR ini kerana 2014 nanti tidak akan dilaksanakan lagi. PBS atau Sistem Pengurusan Pentaksiran Berdasarkan Sekolah akan menggantikan PMR.

Tahniah kepada pelajar yang akan menduduki PMR 2013 nanti. Anda adalah pelajar yang terakhir menduduki peperiksaan PMR.

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau PBSmerupakan satu sistem untuk mengantikan Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR . Satu lagi tugas guru untuk melaksanakan sistem ini. Jadi pada tahun 2013 merupakan tahun akhir bagi Peperiksaan Menengah Rendah atau PMR ini.

Semua subjek dan tidak terkecuali untuk dilaksanakan dalam Sistem PBS ini. Masing-masing masih terpinga-pinga untk melaksanakan nya.Keputusan PMR 2012 merupakan peperiksaan sebelum akhir PMR dilaksanakan.PMR 2013 adalah peperiksaan Akhir.Sejarah PMR akan terpahat pada tahun 2013 iaitu peperiksaan PMR yang terakhir.

Mungkin satu sistem yang baru untuk membandingkan atau persaingan antara sekolah akan diwujudkan.Jika tidak , bagaimana untuk menilai sesebuah sekolah itu hebat akademik nya.Ranking atau kedudukan sekolah sukar dinilai kerana PBS dilaksanakan berdasarkan sekolah.SUdah tentu semua sekolah berhajat untuk menjadi yang Terbaik. Wallahualam

Kisah Pecinta Kucing


Abu Hurairah..siapakah dia? Agaknya mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini bukan begitu? Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu. Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis,
tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing. Apa istimewanya kucing? 

Kucing dikurniakan oleh Allah, deria bau yang tajam, kadar penglihatan yang jelas meskipun didalam gelap, dan ketangkasan yang menakjubkan. Sikap kucing kadangkala seperti manusia.Sesungguhnya, setiap makhluk Allah, mempunyai perasaan. Kucing mempunyai sifat dendam dan juga sikap menghormati. Katakan sesorang itu membela kucing,tapi sentiasa disepak terajang. Agak-agak jinak tak kucing itu? tidak bukan?
pasti ada ikan-ikan yang hilang selepas selesai operasi menyepak terajang itu. Katakan pula seseorang itu memberi makan kepada seekor kucing yang terbiar. Jika dirumah, pasti kucing tersebut akan tunggu didepan rumah tersebut.Dengan harapan dapat makan lagi pun iye jugak. Tapi sebenarnya kucing itu begitu menghormati manusia yang memberinya makan dan menganggapnya sebagai tuan. Kadangkala kucing juga 
bisa merajuk, sombong dan sebagainya.Mungkin ada yang tidak percaya, tapi itulah hakikatnya.

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempunyai perasaan. Janganlah menyeksa kucing. Masih ingat saudara tentang kisah wanita yang dimasukkan ke dalam neraka kerana menyeksa kucing? 

Sumber : http://durfiqalbi.blogspot.com/2011/03/abu-hurairahdan-kucing.html


Sunday, November 25, 2012

Jangan Tiru Seperti Yahudi Berpuasa


Jangan Meniru Seperti Yahudi

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah saw. bersabda, maksudnya: "Berpuasalah kamu pada hari `Asyura' dan buatlah perbezaan padanya (dari) orang Yahudi (dengan) berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya."

Huraian Hadith: 

Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu`a' (sembilan Muharram) itu adalah untuk :

i. Menyalahi atau membezakan amalan orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari `Asyura' (sepuluh Muharram) sahaja.

ii. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari `Asyura' kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.

iii. Bagi maksud menyambung puasa hari `Asyura' dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa satu hari satu-satunya sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat.

 Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja pada hari `Asyura'. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301) 

Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari `Asyura' tanpa berpuasa pada hari Tasu`a', supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram.



Puasa Sunat Asyura Hari Sabtu


Puasa Sunat Asyura

Pada tahun ini Hari Asyura, 10 Muharam jatuh pada hari sabtu. Apakah boleh jika kita menggabungkannya bersama puasa 9 Muharam yang jatuh pada hari Jumaat?

Waalaikumusalam,
Jumhur  ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah telah mengambil pendekatan hikmah jika anda berpuasa sunat  pada hari sabtu,seeluk-eluknya puasa tersebut  digandingkan samada awal satu hari atau lewat satu hari.Contoh 9/Muharram kemudian diikuti dengan 10 Muharram,Begitu juga jika anda berpuasa pada 10 Muharram diikuti dengan 11 Muharram.
Perkara ini penting bagi mengelakkan puasa sunat yang anda lakukan sempena dengan hari-hari kebesaran Islam daripada  menyamai puasa yang dilakukan oleh penganut Yahudi.Wallahu a'lam.

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2013

Hari
Januari
21.01.2013
Khamis
Februari
25.02.2013
Isnin
(Tahun Baru Cina 10&11.02.2013)
Mac
25.03.2013
Isnin
-
April
25.04.2013
Khamis
-
Mei
23.05.2013
Khamis
Pesta Menuai 30 & 31.05.2013
Jun
25.06.2013
Selasa
Hari Gawai 1 & 2.06.2013
Julai
25.07.2013
Khamis
-
Ogos
22.08.2013
Khamis
Hari Raya Aidilfitri 08&09.08.2013
September
25.09.2013
Rabu
-
Oktober
08.10.2013
Selasa
Hari Raya Haji 15.10.2013
November
25.11.2013
Isnin
Deepavali 02.11.2013
Disember
18.12.2013
Selasa
Hari Krismas 25.12.2013

Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina , Hari Gawai , Hari Raya Puasa dan Deepavvali tidak dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada bulan berkenaan

Siapa Wali kepada Anak Luar Nikah


Soalan
Assalammualaikum,,
Saya lahir 5bln selepas ayah & ibu saya berkahwin.Dalam sijil nikah, mereka di ijab-kabul kan pada 29 Oktober 1983,,manakala saya lahir pada 1 Mac 1984.Saya dah cuba bertanya pada nenek dan ibu saudara tentang hal ini,,dan mereka mengatakan saya ini tergolong dalam status Anak Tak Sah Taraf.Saya ingin mencari kesahihan sebelum bertanya terus pada ibu saya kerana bimbang akan melukakan hati nya.Saya juga ingin tahu,apa yang perlu saya lakukan jika benar saya adalah Anak Tak Sah Taraf,memandangkan nama 
saya di binti kan dengan nama suami ibu saya.Saya juga merancang untuk berkahwin,jadi apa yang perlu saya lakukan agar saya tidak melanggar syarat-syarat sah untuk menghalalkan hubungan.Juga hubungan saya dengan adik-beradik.Saya mohon panduan & nasihat,agar kekeliruan ini dapat saya usai kan. Terima kasih.


Jawapan
Panel menasihatkan anda supaya banyak bersabar dan jadilah anak yang baik serta mentaati perintah Allah SWT.Jika benarlah kedudukan anda seperti yang anda perolehi jawapan daripada nenek dan ibu saudara maka anda tetap sama dengan lain-lain manusia, tetap menjadi orang yang mulia jika anda bertaqwa sebagaimana maksud Firman Allah SWT:"Sesungguhnya semulia-mulia orang di sisi Allah SWT ialah yang paling
takwa di kalangan kamu".(Al-Hujurat: 13 )
Wali bagi perkahwinan anda ialah Wali Hakim dan pertalian anda dengan anak-anak ibu anda ialah sebagai adik beradik seibu manakala suami bagi ibu anda adalah sebagai bapa tiri


Bacaan Al-Fatihah Dan Surah Dalam Berjemaah



Bacaan Al-Fatihah Dan Surah Dalam Berjemaah
Soalan
Assalamualaikum

1. Saya ingin bertanya ketika bila makmum boleh membaca Al-Fatihah, adakah kita boleh membaca Al-Fatihah dengan melambatkan sedikit dari imam sejurus imam membaca Al-Fatihah @ adakah selepas imam selesai membaca Al-Fatihah.?

2. Ketika solat berjemaah, adakah kita perlu membaca surah-surah lain selepas surah Al-Fatihah, atau cukup sekadar membaca Al-Fatihah?

Terima Kasih

Jawapan
Waalaikumusalam,
1.Sekiranya anda sebagai makmum tetapi mengalami kesukaran untuk sebut /baca ayat  Fatihah dalam cepat, mengikut pandangan  ulamak anda diharuskan baca fatihah selepas satu ayat dibaca oleh imam kemudian anda ikut baca satu ayat juga selepas itu.Tetapi yang seeluk-eluknya anda dengar imam baca sampai habis baharulah anda baca surah fatihah.Bacaan fatihah itu merupakan salah satu rukun dalam solat,jika tertinggal batal /tidak sah solat.
2.Bacaan surah selepas fatihah itu hukumnya sunat,jika anda  tidak baca surahpun solat yang anda dirikan tetap dikira sah.Wallahu a'lam.

Thursday, November 22, 2012

Senarai nama MRSM atau Maktab rendah Sains Mara seluruh Malaysia

Senarai nama MRSM atau Maktab rendah Sains Mara seluruh Malaysia.
www.sendiri.net
www.sendiri.net

Kalau nak tau senarai nama mrsm dan alamatnya sekali, boleh KLIK SINI atau http://sendiri.net/senarai-mrsm-maktab-rendah-sains-mara/

Wednesday, November 21, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2013

Tahniah bagi yang berjaya dalam peperiksaan UPSR . Debaran yang dinanti sudah pasti jawapannya. Ibubapa dan pelajar-pelajar , jika berminat untuk menghantar anak ke MRSM atau Maktab rendah Sains Mara boleh bertindak segera.Daftarkan pelajar-pelajar yang berjaya ke tempat yang sepatutnya.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2013 telah pun dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman sesawang MARA: Permohonan Online.Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut di www.mara.gov.my atau http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Mrsm 2013
MRSM 2013
Tarikh Tutup Permohonan : 4 Disember 2012

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 34541, 34542, 34543. 

Gugurkan Anak dalam Kandungan

Boleh ke tak kita gugurkan kandungan kita sendiri... Bukan hukum mengandungkan orang,,.hehehe. ..terdapat ada kalanya hukum menjadi wajib , adakalanya hukum menjadi makruh , adakalanya haram dan adakalanya hukum adalah harus. Jom baca perbahasan nya http://sendiri.net/gugur-anak-sendiri/


Tuesday, November 20, 2012

Peluang Guru dan Penjawat Awam Sambung Belajar

Sambung belajar ? uhh...belajar lagi..tapi kena ingat...belajar sampai liang lahad ... Para guru dan para pejawat awam boleh laa sambung belajar . Kerajaan dah umumkan dan dah mula menawarkan  penajaan yuran pengajian secara one-off kepada penjawat awam yang layak bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah secara separuh masa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada tahun 2012. . Jadi apa lagi...yang masih bersemangat waja . 

Salah satu belanjawan 2013 yang dah mula dilaksanakan.  Tengah dok fikir, bila aku nak mula ...


                         www.sendiri.net

Keputusan PMR 2012


Keputusan Upsr sudah diumumkan..Giliran menanti adalah keputusan PMR . Masing-masing berdebar2 menanti keputusan PMR . Sama ada calon sendiri mahupun ibubapa dan juga tidak henti2 debaran adalah guru-guru subjek PMR, Dan para Pengetua pulak masing-masing berdebar-debar untuk mengetahui ranking sekolah.. Mungkin keputusan PMR akan diumumkan pada 20 Disember 2012 . Tunggu je lah... Mungkin akan berubah tarikhnya..Disini disertakan cara-cara mudah untuk menyemak keputusan PMR 2012


Cara Semakan Keputusan PMR 2012 melalui Online


Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:


1)Klik sini Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3)Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4)klik butang Semak Laporan.
PMR , Peperiksaan Menengah Rendah , Keputusan PMR 2012
Semakan PMR 2012 Online


Cara Semakan Keputusan PMR melalui sms


Mulai tahun ini juga Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888


1-Type PMR [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] dan send to 15888


contoh atas : PMR 701010101010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

www.sendiri.net
Semak PMR 2012 Melalui SMS

Semoga berjaya kepada semua calon-calon PMR 2012 , usaha sudah diusahakan, doa sudah berdoa , dan kini hanyalah tawakkal.Terima segala ketentuan Nya   www.sendiri.net

Monday, November 19, 2012

Jom Makan Ulam Raja



Sesekali makan ulam sedap juga..boleh menambah bilangan pinggan nasi....memang kenyang la kalau pekena ulam..elok juga untuk kesihatan
http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/ulam-di-malaysia.html
Ulam King
Tahukah anda yang Ulam Raja berasal dari Amerika Latin? UlamRaja adalah salah satu dari lebih 120 jenis tumbuhan yang dikenalpasti sebagai ulam di Malaysia. Sesungguhnya ulam-ulaman sentiasa mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia khususnya yang meminati masakan kampung. Walau bagaimanapun tidak ramai pengusaha yang menanam dan mengedarkannya di pasaran berbanding sayur-sayuran komersial lain. Keadaan ini adalah kerana secara amnya ulam hanya ditanam secara kecil-kecilan disekitar rumah untuk dimakan sendiri atau dipetik daripada yang tumbuh melia

Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budusambal belacan atau tempoyakserta cincalok.


http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/ulam-di-malaysia.htmlUlamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagaidimer, melalui heksamerkuersetin glikosidaasid klorogenikasid neoklorogenikasid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.






Thursday, November 15, 2012

Aksi Ganas Pemain Bolasepak

Lepas tengok gambar-gambar aksi ganas di laman sendiriDOTnet rasa plak nak tengok lagi gambar-gambar ganas dalam arena sukan bolasepak.Search punya search ni hasilnya, jom isi masa tengok lagi aksi ganas pemain bola sepak di dunia ni





Wednesday, November 14, 2012

Kambing Naik Basikal

Kambing Naik Basikal

Baru2 ni tengok gambar Lembu Naik Motor di website www.sendiri.net..Malam ni pusing punya pusing, jumpa pulak gambar Kambing naik Basikal..macam-macam dunia sekarang...Begitu lah hakikat kehidupan.. X semuanya berlangsung seperti normal. Apa2pun..yang pasti , Akhirat tempat Perhitungan.. Mahsyar pasti akan tiba



WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH


1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
www.sendiri.net
Salam Maal Hijrah
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.

Sejarah Kalendar Islam - Awal Muharram


MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sejarah Kalendar Islam
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Tuesday, November 13, 2012

Aksi Ganas Kucing



Aksi-aksi ganas kucing-kucing....jangan terkejut tetiba ada atas bumbung atau katil anda


Koleksi gambar kucing .gif ... Kucing - kucing memang menghiburkan

Kucing .GIF
Kucing .GIF

Kucing .GIF
Kucing .GIF

Kucing .GIF
Kucing .GIF

Kucing .GIF
Kucing .GIF

Kucing .GIF

Kucing .GIF

Kucing .GIF