Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Sunday, November 25, 2012

Siapa Wali kepada Anak Luar Nikah


Soalan
Assalammualaikum,,
Saya lahir 5bln selepas ayah & ibu saya berkahwin.Dalam sijil nikah, mereka di ijab-kabul kan pada 29 Oktober 1983,,manakala saya lahir pada 1 Mac 1984.Saya dah cuba bertanya pada nenek dan ibu saudara tentang hal ini,,dan mereka mengatakan saya ini tergolong dalam status Anak Tak Sah Taraf.Saya ingin mencari kesahihan sebelum bertanya terus pada ibu saya kerana bimbang akan melukakan hati nya.Saya juga ingin tahu,apa yang perlu saya lakukan jika benar saya adalah Anak Tak Sah Taraf,memandangkan nama 
saya di binti kan dengan nama suami ibu saya.Saya juga merancang untuk berkahwin,jadi apa yang perlu saya lakukan agar saya tidak melanggar syarat-syarat sah untuk menghalalkan hubungan.Juga hubungan saya dengan adik-beradik.Saya mohon panduan & nasihat,agar kekeliruan ini dapat saya usai kan. Terima kasih.


Jawapan
Panel menasihatkan anda supaya banyak bersabar dan jadilah anak yang baik serta mentaati perintah Allah SWT.Jika benarlah kedudukan anda seperti yang anda perolehi jawapan daripada nenek dan ibu saudara maka anda tetap sama dengan lain-lain manusia, tetap menjadi orang yang mulia jika anda bertaqwa sebagaimana maksud Firman Allah SWT:"Sesungguhnya semulia-mulia orang di sisi Allah SWT ialah yang paling
takwa di kalangan kamu".(Al-Hujurat: 13 )
Wali bagi perkahwinan anda ialah Wali Hakim dan pertalian anda dengan anak-anak ibu anda ialah sebagai adik beradik seibu manakala suami bagi ibu anda adalah sebagai bapa tiri


No comments:

Post a Comment