 |
| Menara Berkembar Petronas |
Suria KLCC merupakan kompleks beli-belah yang terletak di tapak Menara Berkembar Petronas di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.Kalau nak pergi membeli belah , window shoping , cuci mata , jalan-jalan , senaman atau seumpamanya lah.Pergi lah kembara ke KLCC.
 |
| Suria KLCC |
 |
| Suria KLCC |
Lepas buat aktiviti di Suria KLCC , bolehlah kembara pulak ke Taman KLCC. Taman KLCC ialah taman awam yang terletak di kawasan KLCC, Kuala Lumpur,Malaysia. Taman ini direka untuk menyediakan suasana kehijauan kepada Menara Berkembar Petronas dan kawasan-kawasan sekelilingnya.Taman ini direka untuk memperagakan warisan kehijauan tropika dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam. Taman ini sendirinya menyediakan persekitaran tenang yang berbeza sekali dengan kesibukan sebuah bandaraya utama. Taman ini bercirikan gabungan rekaan buatan manusia seperti simen, perairan dan sifat semula jadi seperti pokok hijau, batu-batan dan kayu-kayan. Unsur-unsur bentuk dan topografi direka untuk menimbulkan ilusi ruang legar. Gabungan pokok, pokok renek dan arca disusun untuk menyerlahkan warna dan bentuk dalam taman.
 |
| Masjid Syakirin KLCC |
Nak sembahyang,dirikan solat,rehat atau beribadat.Kita kembara pulak ke Masjid As-Syakirin. Masjid As Syakirin ialah sebuah masjid yang terletak di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur ( KLCC ). Masjid ini terletak di hujung utara Taman KLCC, berdekatan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar Petronas. Masjid ini mampu menampung kemasukan seramai 12,000 orang, semenjak diubah suai pada tahun 2009.Ramai boleh masuk , jangan risau.:) Mulanya masjid didaftarkan sebagai sebuah surau pada 12 Julai, 1999 untuk kegunaan petugas Petronas, dan sebelum dinaikkan taraf sebagai masjid yang ditadbir oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).Nama lain masjid ni, Masjid KLCC.
Masjid dua tingkat ini berkeluasan 21 hektar .Ia dianggap sebagai permata dalam taman kerana kedudukannya yang strategik dan berhadapan dengan Taman KLCC itu turut menyediakan sebuah dewan yang mampu menampung seramai 500 orang dengan dilengkapi sistem audio, bilik mesyuarat dan bilik jenazah.
 |
| Taman Air KLCC |
 |
| Taman Air Kanak-Kanak KLCC |
 |
| Taman KLCC |
Pastu Kembara ke Taman Air KLCC . Taman air ini adalah percuma kepada semua pengunjung. Terletak berhadapan dengan KLCC Suria.Best atau tidak , terpaksalah kembara sendiri. Hasil kembara itulah jawapannya.
 |
| KLCC Malam |
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (Kuala Lumpur City Centre) atau Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre)
sumber : http://ms.wikipedia.org
klcc...cantik & best...
ReplyDeletesekarang sesak ke tak ye?cuti sekolah ni
ReplyDeletelama dah x gi KLCC..masa sekolah dulu rajin lepas cni
ReplyDeletesalam kenal :)
wah.... dulu2 time duk kL slalu g sinie... dah pindah perak dah tak g dah :D
ReplyDeletezaman berdating dulu yer..heheh
ReplyDeleteehehe ponteng kelas ke>?
ReplyDeletehaha no no :D zaman bebudak :)
ReplyDeletehehehe...so skrg lepak kat menara teluk intan la ye di perak..:)
ReplyDelete