RAHSIA PEMILIHAN SEMENANJUNG ARAB SEBAGAI
TAPAK PENYEBARAN AGAMA ISLAM
Sebelun kita memperkatakan sesuatu tentang sejarah Rasulullah dan Semenanjung
Arab di mana baginda hidup dan dipiih sebagai Rasul, ada baiknya kalau kita
cuba menyingkap hikmat-hikmat Allah, mengapa terpiihnya Rasulullah dan bumi ini
dan bangsa Arab pula sebagai pembawa obor dakwah Islamiyyah.
Untuk mengetahui segala-segalanya , kita mesti mengetahui
keistimewaan bangsa Arab
dan perangai serta tata penghidupannya sebelum Islam dan keadaan
muka bumi (geografi) dan
persekitarannya. Kemudian barulah kita membuat perbandingan dengan
bangsa-bangsa yang hidup sezaman dengannya seperti Rome, Greek dan India
termasuk adat resam, tatasusila dan keistimewaan tamadun mereka.
Pertamanya, marilah kita imbas bangsa-bangsa yang hidup di sekitar
tanah Arab sebelum Islam.
Dunia di kala itu boleh dikatakan telah dikuasai dan diketuai oleh
dua negara yang gagah iaitu
Parsi dan Rome dan disenarai yang kedua pula ialah Greek dan
India. Parsi di kala itu merupakan arena pertarungan agama dan falsafah yang
beraneka corak. Pembesar dan pemerintah pada keseluruhannya menganut agama
Majusi (Zuradisy) yang mana antara ajarannya menggalakkan lelaki berkahwin
dengan ibunya, anak perempuannya atau adik dan saudara perempuannya.
Empera Yazdajrid kedua yang memerintah di pertengahan abad kelima
Masihi telah berkahwin dengan anak perempuannya. Bukan setakat itu sahaja malah
tatasusila dan sopan-santun telahpun terpesong dan garis-garis yang bersifat
kemanusiaan.
Mengikut apa yang ditegaskan oleh Al Imam Al Shahrastani dalam
kitabnya yang berjudul Al-
Milal Wa Al-Nihal, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang
menyebut bahawa kebebasan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan
kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta
benda ini kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan
rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan. Seruan ini telah
mendapat sambutan yang begitu hangat dan karangan mereka yang memang
berhaluan demikian.
Kerajaan Romawi (Rome) pula begitu meluap-luap dengan jiwa dan
semangat penjajahan dan
bergelut dalam persengketaan agama dengan pihak Kristian negeri
Syam (Syria) dan Mesir. Ia bergantung penuh kepada kekuatan angkatan tenteranya
dan cita-cita penjajahannya yang berkobar-kobar dalam rangka percubaan
memodenisasikan agama Kristian untuk di sesuaikan dengan matlamat mencapai cita-cita
dan kemahuannya. Negara ini juga berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir
.
Dan negara Parsi, yang hidup dengan segala kemewahan iaitu
kemewahan dalam kemerosotan ekonomi dan pemerasan terhadap rakyat jelata. Kenaikan
cukai yang begitu melambung tinggi merupakan suatu gejala yang biasa dan telah menjadi
satu lumrah.
Greek tua pula tenggelam ke dasar lautan khurafat dan dongeng yang
tidak memberi sebarang
faedah dan natijah yang berguna sama sekali.
Negara India pula di kala itu menurut Professor Abul Hassan Al
Nadwi telah menegaskan bahawa ahli sejarah dan pengarang sebulat suara
mengatakan yang India dipermulaan abad keenam Masihi telah terlantar ke lembah
kemerosotan agama, akhlak dan kemasyarakatan. India bersama jiran tetangga dan
saudaranya turut serta mengambil bahagian dalam rnemerosotkan akhlak dan
kemasyarakatan.
Perlu kita ketahui bahawa anasir-anasir yang menyeret bangsa-bangsa
ini kelembah kerosakan dan perpecahan ialah kemajuan dan tamadun yang
berasaskan kepada mata benda (material) semata—mata. Tamaddun ini telah tidak
mengambil contoh-contoh ma’nawi dan akhlak yang sempurna sebagai landasan dan
asas kemajuan.
Semenanjung Arab di masa itu merupakan suatu kawasan yang tenang,
jauh dan terpencil dan
gejala-gejala huru-hara tadi. Bangsanya langsung tidak pernah
merasai kemewahan dan kemajuan seperti Parsi; yang boleh membawa mereka ke arah
kerosakan dan keruntuhan akhlak dan tidak pula mengagungagungkan kekuatan
tentera yang membolehkan mereka menjajah negara-negara di sekitarnya. Mereka juga
tidak menganut falsafah dan ideologi yang beraneka ragam seperti Greek Tua yang
menyebabkan mereka menjadi mangsa kepada dongengan dan khurafat.
Tabi’at semulajadi mereka ini tidak ubah seperti suatu “bahan yang
mentah” yang belum pernah
dilebur di mana-mana dapur dan dicorak di mana-mana acuan
seolah-olah terbayang di layar kehidupan mereka seorang manusia semulajadi yang
bersih mempunyai kemahuan yang kuat ke arah pembentukan manusia yang terpuji
yang mempunyai sifat-sifat amanah, pemurah, suka menolong dan bencikan kezaliman.
Apa yang mereka perlu hanyalah pengetahuan yang dapat menyinari jalan-jalan ke
arah tersebut kerana mereka ini hidup dalam kejahilan yang gelap memekat.
Kebanyakan mereka telah sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenamya.
Mereka membunuh anak perempuan kerana mahu menjaga maruah,
membelanjakan wang yang banyak dengan harapan mahukan kemuliaan dan berperang sama
sendiri dengan tujuan memper tahankan kehormatan.
Segala-galanya ini telah diterangkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala
di dalam Al—Qur’an:
وَإِن آُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّآلِّينَ
Yang bermaksud;
“Dan sesungguhnya kamu sebelum hari ini
adalah dari golongan orang-orang yang telah sesat”.
(Surah A1-Baqarah Ayat 198)
Penegasan ini lebih merupakan keuzuran dan kemaafan bagi mereka
daripada penghinaan ke atas
mereka.Ini adalah memandangkan bangsa-bangsa lain telah menggunakan
tamaddun dan kemajuan mereka sebagai alat ke arah kerosakan sedangkan mereka
ini sedar malah merancang sedemikian.
Di samping semuanya ini, Semenanjung Arab di segi ke dudukan muka
buminya pula terletak di pertengahan bangsa bangsa tersebut (iaitu Parsi dan Rome) yang
bergolak di sekelilingnya. Muhammad Al Mubarak seorang professor Mesir telah mengutarakan
pendapat dengan katanya:
“Orang yang memerhati dan memandang kepada
bangsa Arab akan dapat melihat bagaimanakah bangsa Arab boleh berdiri di
masa silam di tengah-tengah dua tamaddun yang melebar di kiri kanan. Di sebelah kirinya
tamaddun barat yang keterlaluan telah cuba menciptakan gambaran dan imej manusia
dengan alirannya yang kering pucat tak berhias dan tidak berjejas dengan hakikat
keinsanannya. Di sebelah kanannya pula tamaddun kerohanian dan kejiwaan yang
melambung ke alam khayalan seperti yang terdapat di India, China dan sebagainya.”
Setelah
kita dapat menggambarkan hal keadaan bangsa Arab dan semenanjungnya sebelum
Islam juga hal keadaan bangsa-bangsa lain yang mengelilinginya maka mudahlah
bagi kita menyingkap di sebaliknya apakah hikmat-hikmat Allah mengutuskan Rasul
utusan di Semenanjung Arab itu dan bangsa Arab pula merupakan golongan pertama
buat merintis jalan—jalan ke arah penyebaran obor seruan dakwah Islamiyyah yang
kini telah dianuti oleh umat manusia di seluruh pelusuk alam.
Bukanlah
sepertimana yang disangka oleh setengah-setengah golongan yang mengatakan
bahawa pengikut-pengikut agama yang sesat adalah sukar untuk mengubati jiwa
mereka dan sukar memberi tunjuk ajar kerana mereka ini taksub (fanatik) dan membanggakan
keburukan, kehancuran dan kemusnahan yang pada sangkaan mereka semuanya baik.
Sedangkan
mengubati dan memberi tunjuk ajar kepada mereka yang sedang mencari-cari
kebenaran lebih mudah kerana mereka ini sama sekali tidak menafikan kejahilan
mereka sendiri dan tidak pula membanggakan atau bermegah-megah dengan basil
tamadun kerana mereka langsung tidak mempunyai tamadun. Golongan ini paling
mudah sekali untuk diperbaiki dan diberi dorongan kepada mereka.
Wallahualam.
Rujukan
: Kitab Fiqh Sirah 1: Penulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti

Alhamdulillah...dapat belajar sejarah kat sini
ReplyDeletealhamdulillah.kita kongsi bersama....
ReplyDelete