Kosong
Tuesday, October 30, 2012
Monday, October 29, 2012
Dera Pelajar oleh Guru Gila
Seorang guru di negara China ditangkap kerana membuli atau mendera pelajarnya.Macam2 dunia sekarang ni..Guru tersebut Yan Yanhong yang berusia sekitar 20 tahun dikatakan telah mendera pelajarnya .Berikut gambar2 aksi penderaan tersebut
Gila...Sesiapa yg puji tindakan guru ini juga adalah gila..hahahaha
Sumber : http://www.inquisitr.com/375476/teacher-fired-after-posting-photos-of-child-abuse-photos/
Sebelum ni entry bertajuk http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/guru-dan-sakit-mental.html
Sponsor By : www.sendiri.net
Gila...Sesiapa yg puji tindakan guru ini juga adalah gila..hahahaha
Sumber : http://www.inquisitr.com/375476/teacher-fired-after-posting-photos-of-child-abuse-photos/
Sebelum ni entry bertajuk http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/guru-dan-sakit-mental.html
Sponsor By : www.sendiri.net
Biasiswa Sukan menanti pemenang emas SUKIPT
Biasiswa Sukan menanti pemenang emas SUKIPT
BERITA baik buat barisan atlet yang bertanding pada Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SukIPT) 2012.Bagi pemenang pingat emas dalam setiap acara yang dipertandingkan pada temasya SukIPT 2012, atlet terbabit secara automatik layak menerima Biasiswa Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, terdapat 22 acara yang dipertandingkan dalam temasya SukIPT 2012 yang bermula 28 Oktober hingga 11 November depan.
"Biasiswa Sukan KPT ini kita hanya tawarkan kepada pelajar Malaysia yang menjadi johan dalam setiap acara yang disertai memandangkan kejohanan SukIPT 2012 ini turut disertai oleh pelajar antarabangsa.
"Kejohanan ini merupakan kali pertama kita anjurkan dan bagi memberi semangat kepada setiap pelajar yang menyertainya, jadi kita tawarkan kepada mereka biasiswa itu," katanya.
Saifuddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Bola Keranjang 3on3 institusi pengajian tinggi (IPT) 2012 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan semalam.
Pada karnival tersebut, sebanyak 31 pasukan membabitkan IPT dan tujuh buah sekolah mengambil bahagian bagi merebut Piala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pemenang karnival tersebut juga tidak terkecuali daripada menerima biasiswa yang sama dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelajar menyertai sukan tersebut.
Ujar beliau, pemberian biasiswa tersebut membuktikan kerajaan serius untuk mencapai matlamat 30 peratus atlet negara adalah terdiri daripada pelajar IPT.
"Saya yakin matlamat ini akan berjaya dicapai kerana kita dapat lihat pada Sukan Olimpik lalu, sembilan daripada 30 atlet yang pergi ke sana (London) adalah daripada pelajar universiti," katanya.
Beliau memberitahu, selain mencapai hasrat tersebut, pihaknya turut menyasarkan untuk meraih pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Laos, Disember depan.
"Matlamat jangka sederhana kita pula adalah untuk layak ke Sukan Universiti Dunia (WUG) yang begitu mencabar dan jika kita boleh menjadi juara pada AUG, kita ada peluang besar untuk menyertainya (WUG)," katanya.
SUmber : http://sukipt.com.my
Samsung Galaxy Note
Samsung Galaxy Note percuma . Sila hubungi SAMSUNG sekarang . Hari ini atau esok atau lusa.
Untuk keterangan lanjut layari DiGi @ Samsung galaxy note
![]() |
Add caption |
Saturday, October 27, 2012
Israiliyat
Israiliyat
Pernahkah kita mendengar tentang kisah Israiliyat ? Tahukah
apa yang dikatakan israiliyat ? Pasti soalan ini agak sukar untuk dijawab.
Masakan tidak, istilah sangat janggal didengar dan digunakan terutama bagi
masyarakat Malaysia.
Mungkin yang pertama kali mendengar atau mengatakan , ia
kisah atau riwayat yang berkisar tentang bangsa atau bani Israel. Signifikannya
kerana sebutan perkataan itu seakan merujuk kepada Israel yang hanya ditambah
dengan perkataan `liat`.
Sedar atau tidak, sebenarnya cerita-cerita yang terkandung
dalam kisah Israiliyat ini telah lama berdendang dalam minda masyarakat,sedari kita di usia kanak-kanak
lagi . Cerita-cerita ini biasanya disampaikan melalui mulut ke mulut atau
melalui paparan visual di sekolah-sekolah rendah. Dan kini cerita-cerita
tersebut telah banyak pula dibukukan serta boleh didapati dengan mudah di
pasaran.
Kebanyakan cerita yang ditulis ini, mempunyai perincian dari
pelbagai sudut, sama ada nama individu , tempat , masa dan lain-lain.
Persoalannya, bagaimana sebahagian besar maklumat ini diketahui
ketepatannya,sedangkan ia telah berlaku lama dahulu. Telah beribu tahun berlalu
sebelum wujudnya system penulisan atau pendokumentasian peristiwa.
Hal ini kerana kebanyakan kisah-kisah Israiliyat yang tersebar
di pasaran, tidak diketahui sumbernya yang sahih. Bahkan lebih teruk dari itu,
terdapat kisah yang dipaparkan ini, bertentangan dengan Al-Quran dan sunnah
Baginda S.A.W. Contohnya dalam kisah pemindahan istana puteri Saba` ke sebelah
Istana nabi Sulaiman A.S.
Pada asalnya, kisah-kisah Israiliyat ini hanya tertumpu pada
kisah-kisah yang diambil daripada Bani Israel, merangkumi kisah umat terdahulu,
kisah para nabi dan rasul serta kisah-kisah berkaitan awal kejadian dan
penciptaan. Kemudian ia telah diperluaskan konteks pembahasannya oleh para
ulama,pada unsur-unsur yang tidak mempunyai dalil yang sahih, yang terserap
dalam sesbuah tafsiran kisah dalam al-Quran.
Diminta untuk menjelaskan apakah yang dikatakan kisah
Israiliyat , menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan
Alumnai Kolej Universiti Shahputra, Asmadi Abdul Rahman menyatakan istilah
Israiliyat dinisbahkan kepada Bani Israel. Maka Bani Israel atau keturunan
Israel ialah keturunan nabi Yaakub
A.S yang berkembang hingga kepada nabi
Musa A.S dan seterusnya nabi-nabi yang dating silih berganti, sehinggalah
keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa A.S.
Adapun keturunan Nabi Yaakub A.S atau Bani Israel sejak
beberapa zaman yang lalu, dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman
kepada nabi Isa pula dikenali dengan nama Nasara atau Nasrani. Manakala yang
beriman dengan nabi Muhammad S.A.W pula dikenali dengan Muslimin ahl- al-kitab.
Dari sudut istilahnya pula, kisah Israiliyat merujuk kepada
maklumat, cerita atau riwayat yang diambil dari kisah Bani Israel ( Yahudi dan
Nasrani ) merangkumi umat terdahulu, kejadian-kejadian permulaan, bagaimana
kisah-kisah kehidupan nabi, pencintaan malaikat dan lain-lain.
Tuntasnya, tujuan kisah Israiliyat berpersanan untuk
memperincikan dan menerangkan tentang sesuatu kisah, yang diceritakan secara
umum di dalam Al-Quran . Maka dalam membahaskan kisah Israiliyat ini , ia
mengandungi tiga bentuk pecahan. Pertama kisah Israiliyat ini boleh dikongsi
dan diceritakan kepada masyarakat, tetapi ia mestilah didukung oleh hadis-hadis
sahih, atau nas-nas al-Quran yang terbukti kebenarannya.
Kedua, kisah Israiliyat ini haram untuk diceritakan jika ia
secara jelas kepalsuaannya melalui keterangan yang ada pada kita, sehingga
boleh merosakkan akidah, atau bertentangan dengan maklumat yang kita ketahui
seperti cerita yang bercanggah dengan al-Quran atau hadis. Manakala ketiga
adalah cerita yang didiamkan iaitu berita yang tidak ada kepastian benar atau
salahnya.
TIPS MENGENALPASTI KISAH ISRAILIYAT
1. Melihat kepada rijal hadis atau perawi hadis. Sebelum
sesuatu kisah itu dijadikan hujah, lihat siapa yang meriwayatkan hadis atau
kisah tersebut.Dalam karangan az-Zahabii, beliau menyenaraikan nama-nama perawi
yang jelas berkait rapat dengan Israiliyat , sama ada mereka ini boleh diterima
riwayatnya atau tidak.
2. Lihat kandungan kisah tersebut, sama ada ia bertentangan
dengan al-Quran atau as-Sunnah.
3. Kisah tersebut disepakati oleh ulama terdahulu dan
sekarang. Antara ulama yang boleh dirujuk karangannya berkaitan Israiliyat
ialan dari Dr. Solah al-Khalidi, ulama tafsir dan Dr Muhammad bin Muhammad Abu
Syahbah.
4. Tidak bertentangan dengan logic akal contohnya dalam kisah
nabi Sulaiman a.s dan semut. Ada yang mengatakan semut itu sebesar serigala
kerana itu nabi Sulaiman dapat mendengar suara semut. Tetapi secara logiknya,
jika ia sebesar serigala mana mungkin nabi Sulaiman dan para tentera dapat
memijaknya.
Kesimpulan : Propaganda musuh Islam
Golongan yang ingin menjahanamkan Islam dengan sikap munafik
inilah yang akan mereka-reka kisah-kisah dan menokok tambah secara berlebihan
supaya dapat memburukkan para nabi atau melebih-lebihkan nabi mereka. Hal ini
kerana Baginda S.A.W bukanlah dari kalangan bani Israel tetapi Arab Quraisy.
Mereka juga mengada-adakan kisah-kisah yang boleh menghina
dan memperlekeh Baginda S.A.W dan melebih-lebihkan nabi dari golongan mereka
sendiri. Antaranya , nabi Sulaiman dikatakan menguasai seluruh dunia dan semua
makhluk tunduk kepadanya. Sedangkan jika semua makhluk tunduk kepadanya,
masakan Baginda S.A.W tidak mengetahui tentang kewujudan kerajaan yang
diperintah oleh Puteri Saba` yang tidak menyembah Allah tetapi menyembah
matahari.
Sebagai masyarakat Islam hendaklah kita tegas dalam menangani
permasalahan ini supaya umat Islam tidak berterusan tertipu dengan
agenda-agenda musuh Islam yang nyata ingin melihat umat Islam hancur dan
terpesong akidahnya. Seharusnya sebarang bentuk penulisan yang ingin
diterbitkan perlu ada tapisan dan penilaian daripada cendiakawan agama atau
mereka yang pakar, agar maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat
menepati kehendak syarak. Jika tidak jelas sumber dan kesahihan maklumat
tersebut, janganlah dikeluarkan sama sekali bagi mengelakkan masyarakat
terpedaya dengan maklumat yang salah.
Sumber : Majalah Al-Islam Keluaran November 2012
Thursday, October 25, 2012
Air Suam dan Kelebihannya
Semua orang tahu, air suam memang banyak khasiatnya, air panas juga..tapi yang kosong ok, ada orang panggil air mati, air masak, macam-macam lagi, tapi nak share sesuatu hari ini air suam sangat bagus dan....semua nak cantikkan..? nak sihatkan...? tapi susah sangat ke nak minum air suam..? memangla takde rasa, tapi kira ok la bukan tahap tak sedap lagi..ok jom tengok ni kenapa kita mesti minum air suam -->
![]() |
Air Suam |
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
aha...itu kalau kita rajin minum, kalau kita kurang rajin a.k.a MALAS..? ini akibatnya tau..
Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.
![]() |
Air Suam |
Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.
aha...dengar tu ye kengkawan, ini ada fakta best lagi..dengar citer ni..
Masyarakat Cina dan Jepun minum tea panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
SYIAH dan Malaysia
SYIAH
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 May 1996 telah membincangkan Syiah Di Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Bersetuju supaya keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa yang telah diadakan pada 24 dan 25 September 1984 [Kertas Bil. 2/8/84, Perkara 4.2. (2)] mengenai aliran Syiah yang menetapkan seperti berikut :” Setelah berbincang dan menimbang kertas kerja ini Jawatankuasa telah mengambil keputusan bahawa hanya Mazhab Syiah dari golongan Al – Zaidiyah dan Jaafariah sahaja yang diterima untuk diamalkan di Malaysia.” Dimansuhkan.
- Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
- Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri – Negeri bagi memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri – Negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
- Memperuntukkan pindaan kepada semua Undang – Undang Negeri dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum Syarak atas Undang- Undang Islam seperti berikut :” Hukum Syarak atau Undang – Undang Islam ertinya Undang – Undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlaq. ”
- Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan Undang – Undang Islam dan demikian penyebaran apa –apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.
- Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang – undang Islam Hukum Syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.
- Menetapkan bahawa penerbitan , penyiaran dan penyebaran apa- apa buku, risalah , filem , video dan lain – lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
Sumber : JAKIM
Fahaman Wahabi , syiah atau apa2pun fahaman yang ada , hormat menghormati perlu ada di setiap individu.. Belajarlah sepertimana tokoh2 Islam menghormati pandangan orang lain.Contohi Para2 Ulamak yang menghormati pandangan orang lain meskipun berbeza pendapat. Seperti mana mazhab2 yang ada , masing2 menghujahkan pendapat dan masing2 mempunyai pegangan masing2.Selagi tidak bercanggah daripada soal akidah, peganglah pendapat masing2. Jika kita bercanggah , kembalilah rujuk kepada Allah dan Rasul. Itu pegangan kita.
Jangan terlalu taasub sampai menidakkan yang benar. Jangan terkeluar daripada aqidah ahli sunnah waljamaah. Wallahualam
Fahaman Wahabi
Fahaman Wahabi tidak sesuai diamalkan di Malaysia
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Kerajaan menegaskan fahaman Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi), tidak sesuai diamalkan di negara ini walaupun ia tidak dikaitkan sebagai ajaran sesat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pendirian itu selaras dengan hasil perbincangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1985, 1986, 1996, 1997 dan 1998.
''Ia tidak sesuai diamalkan kerana dikhuatiri boleh membawa kepada perpecahan umat Islam. Namun setakat ini penularan fahaman Wahabi adalah terkawal. Kerajaan berpandangan bahawa hal berkenaan merupakan isu khilaf di kalangan ulama," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanyakan sejauh mana fahaman Wahabi telah meresap ke dalam masyarakat Malaysia dan langkah-langkah diambil untuk mencegahnya.
Jamil Khir dalam pada itu berkata, mesyuarat Panel Kajian Akidah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) juga memutuskan bahawa kumpulan yang mendokong fahaman Wahabi tidak terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
Namun jelas beliau, apa yang mesti diatasi dan ditangani adalah isu-isu kontroversi yang berkait dengan cabang-cabang yang cuba dibangkitkan oleh mereka.
''Kesemua keputusan adalah menyekat penularan isu tersebut atas alasan isu-isu khilafiyyah fiqhiyyah (perbezaan pendapat mengenai isu fiqh) yang dibangkitkan boleh menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.
''Bagaimanapun keputusan tersebut tidak mengaitkan fahaman Wahabi sebagai ajaran mahupun fahaman sesat," katanya.
Menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (Pas-Bachok) mengenai ancaman yang boleh diwujudkan fahaman Wahabi, Jamil Khir berkata, beliau bersetuju bahawa ajaran itu mampu menimbulkan pandangan berbeza kepada masyarakat.
Namun katanya, demi menjaga kesejahteraan rakyat, kerajaan memberi pendekatan bahawa Ahli Sunnah Wal-Jamaah merupakan pegangan akidah dalam konteks negara Malaysia dan mazhab Shafie sebagai pegangannya.
Sumber : UTUSAN MALAYSIA
KESIMPULAN
Fahaman Wahabi atau apa2pun fahaman yang ada , hormat menghormati perlu ada di setiap individu.. Belajarlah sepertimana tokoh2 Islam menghormati pandangan orang lain.Contohi Para2 Ulamak yang menghormati pandangan orang lain meskipun berbeza pendapat. Seperti mana mazhab2 yang ada , masing2 menghujahkan pendapat dan masing2 mempunyai pegangan masing2.Selagi tidak bercanggah daripada soal akidah, peganglah pendapat masing2. Jika kita bercanggah , kembalilah rujuk kepada Allah dan Rasul. Itu pegangan kita.
Bersatulah atau bekerjasama lah diantara satu sama lain. Jangan lah memusuhi sesama Islam sehinggakan musuh Islam mengambil peluang.
Janganlah kita kafir mengkafiri orang lain keranan semua orang hanya perlukan syurga di akhirat kelak.Sama2 kita doakan semuanya masuk syurga..Jangan kita pandai mengkafirkan orang sedangkan kita tidak tahu apakah jaminan kita untuk masuk syurga.
Labels:
aqidah,
fahaman wahabi,
pendapat,
wahabbi,
wahabi
Wednesday, October 24, 2012
Satey dan Oblong
Menu malam ni..Satey 15 cucuk, oblong 2 biji.. Kenyangg...Tiga beranak makan.dan minuman yang disediakan adalah air Sarsi. tapi tu la..air sarsi sejuk..dah tau air sejuk tak elok untuk kesihatan .Tapi apa2pun yang pentingnya adalah kenyang. Dinner set ini amat simple dan mengenyangkan..
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan.Semoga rezeki yang dikurniakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.Semoga kembara kehidupan ini menjadi landasan yang betul untuk menghadapi Akhirat.
Satay Ayam |
![]() |
Burger Oblong |
ULAM DI MALAYSIA
Ulam merupakan suatu juadah penting dalam hidangan harian di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Kini kegemaran memakan ulam telah merebak ke kawasan kota dan merangkumi masyarakat bukan Melayu. Misalnya ulam petai sekarang ini amat digemari oleh masyarakat keturunan Cina.
Sebagai takrifan umum, ulam ialah sayur-sayuran yang dimakan mentah, dicelur atau direbus sebelum dimakan. Biasanya ulam-ulam dicicah dengan sambal, budu atau cencaluk dan dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Ulam diambil dari berbagai-bagai bahagian sesuatu pokok yang boleh dimakan. Ini termasuklah pucuk, daun, umbut, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunga.
Mengikut takrif tersebut, sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terung boleh dijadikan ulam. Satu lagi kumpulan ulam ialah ulam tradisional. Selain dicicah dengan sambal, ulam-ulam tradisional ini juga boleh dijadikan sebagai bahan dalam penyediaan nasi ulam atau nasi kerabu dan masakan sayur lemak. Sayur-sayuran ini dianggap tradisional kerana mudah didapati di kawasan-kawasan kampung, kadang-kadang tumbuh dengan sendiri atau ditanam tanpa penjagaan rapi, serta telah dimakan sejak zaman dahulu lagi.
Lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia sehingga kini (Muharyani 1987). Ulam-ulam ini dari berbagai famili tumbuh-tumbuhan.
Ulam boleh didapati dari tumbuhan kecil dan melata seperti pegaga, hingga pokok-pokok renek dan pokok- pokok besar seperti petai dan kerdas. Sebilangan pokok ulam ini jenis semusim manakala yang lain jenis saka.
Pokok petai misalnya, tergolong dalam pokok yang besar dan tinggi. Biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara. Pokoknya boleh meninggi atau menjulang antara 20 ? 30 m seperti pokok binjai. Ukuran lilit batangnya boleh menjangkau antara 2 ? 5 m. Manakala pegaga pula sejenis herba yang tumbuh menjalar dengan daun berbentuk cordate berukuran selebar 1.3 ? 5.1 cm dan mempunyai tangkai daun yang panjangnya 2.5 ? 7.6 cm.
Berdasarkan kedapatan dan kebiasaan, ulam-ulam tradisional secara amnya boleh dibahagi kepada dua kumpulan (Jadual 1). Kumpulan ulam yang popular dan mudah didapati di pasaran, contohnya rebung buluh, cekur manis, jering, kacang kelisa, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara beluntas, pucuk betik, cekur, pucuk gajus dan beberapa jenis ulam lagi termasuk dalam kumpulan kedua iaitu ulam yang kurang terkenal dan jarang didapati di pasaran.
JENIS YANG POPULAR
Nama biasa
Nama saintifik
Buluh (rebung)
Bambusa sp.
Cekur manis
Sauropus androgynus
Jering
Pithecellobium jiringa
Kacang kelisa
Psophocarpus tetragonolobus
Kaduk
Piper sarmentosum
Kerdas
Pithecellobium bubalinum
Kesum
Polygonum minus
Nangka (buah muda)
Artocarpus integra
Paku (pucuk)
Athyrium esculentum
Pegaga
Hydrocotyle asiatica
Petai
Parkia speciosa
Pisang (jantung)
Musa sapientum
Selom
Oenanthe javanica
Terung pipit
Solanum torvum
Ubi kayu (pucuk)
Manihot esculenta
Ulam raja
Cosmos caudatus
JENIS YANG KURANG TERKENAL
Beluntas
Pluchea indica
Betik (pucuk)
Carica papaya
Cekur
Kaempferia galanga
Gajus (pucuk)
Annacardium occidentale
Geli-geli
Lasia spinosa
Kelor (daun)
Moringa oleifera
Kemahang
Colocasia esculenta
Keman
Neptunia prostrata
Keremak
Alternanthera triandra
Mengkudu (pucuk)
Morinda citrifolia
Pina-pina
Pterococcus corniculatus
Putat (pucuk)
Barringtonia racemosa
Paku rawan
Limnocharis flava
Salang
Claoxylon longifolium
Setang
Melia excelsa
Tapak itik
Marsilis minuta
PENGELUARAN
Cuma beberapa jenis ulam tradisional sahaja yang ditanam. Itu pun secara kecil-kecilan untuk keperluan sendiri atau dipasarkan. Antara ulam-ulam tersebut termasuklah ulam raja, selom dan kacang kelisa. Kebanyakan jenis ulam seperti jering, pucuk putat dan rebung dikutip dari tumbuh-tumbuhan yang tumbuh dalam keadaan semulajadi seperti hutan atau dusun. Sebilangan besarnya pula merupakan hasil sampingan sesuatu tanaman yang ditanam untuk tujuan lain. Golongan ini termasuklah jantung pisang, pucuk ubi, nangka muda dan pucuk gajus.
Memandangkan perkara-perkara tersebut, tahap pengeluaran dan keluasan kawasan tanaman ulam adalah amat sukar untuk ditentukan. Walau bagaimanapun, oleh sebab permintaan yang meningkat untuk beberapa jenis ulam terutama petai, terdapat petani-petani yang telah mula menanam ulam-ulam secara meluas atau komersial.
KHASIAT- KHASIAT ULAM KHASIAT PEMAKANAN
Sebagaimana sayur-sayuran biasa, ulam-ulam juga mengandungi nilai pemakanan yang penting seperti karbohidrat, lemak, protein, mineral-mineral dan vitamin-vitamin untuk kesihatan manusia. Khasiat pemakanan beberapa jenis ulam utama yang dibandingkan dengan kubis dan sawi disenaraikan dalam .
Secara amnya ulam-ulam jenis biji, seperti petai dan jering, mempunyai nilai kalori atau tenaga yang tinggi (102 ? 124 kcal/100g). Kandungan kalori ulam-ulam jenis buah pula sederhana, misalnya 78 kcal/100g bagi terung pipit. Kandungan kalori ulam-ulam jenis daun atau pucuk agak rendah iaitu 17 ? 74 kcal/100g. Biasanya kandungan kalori ini berkait rapat dengan kandungan karbohidrat dan lemak. Bagaimanapun kandungan lemak ulam-ulam utama yang dikaji kurang daripada 1.8g/100g ulam.
Kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Petai yang kecut atau bijinya tidak membulat merupakan petai yang tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Petai yang segar mengandungi kandungan protein yang tinggi (10g/100g petai) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kajian oleh MARDI menunjukkan bahawa protein di dalam petai dan jering adalah bermutu tinggi kerana mengandungi profil asid amino yang baik terutama asid-asid amino perlu. Kandungan protein bagi jering, pucuk ubi dan cekur manis pula di antara 5.8 dan 7.6 g/100g ulam. Ulam-ulam lain yang dikaji mempunyai kandungan protein yang kurang daripada 3.8 g/100g ulam.
Kebanyakan ulam mengandungi mineral-mineral utama seperti kalsium (Ca), fosforus (P), besi (Fe), natrium (Na) dan kalium (K). Daun kaduk didapati mempunyai Ca, P dan Fe yang paling tinggi iaitu sebanyak 446, 50 dan 13.1 mg masing-masing bagi setiap 100g, dibandingkan dengan ulam-ulam lain.
Kebanyakan ulam juga mengandungi vitamin-vitamin utama seperti karotena, vitamin A, B dan C. Antara ulam-ulam yang dikaji, cekur manis didapati amat kaya dengan karotena iaitu sebanyak 17 870 mg/100g ulam, dibandingkan dengan ulam-ulam lain yang karotenanya kurang daripada 5 700 mg/100g. Cekur manis dan pucuk ubi kayu didapati kaya dengan vitamin C (136 ? 192 mg vitamin C/100g) dibandingkan dengan ulam-ulam lain. Kedua-dua jenis ulam ini sangat mudah didapati kerana tumbuh meliar di kawasan dusun atau belukar. Ia juga mudah tumbuh jika ditanam dan tahan terhadap penyakit.
Kebanyakan vitamin yang terkandung di dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Ini kerana biasanya ulam-ulam dimakan mentah iaitu tidak dimasak atau jika perlu direbus seketika sebelum dimakan. Vitamin yang mudah larut di dalam air dan mudah dimusnahkan oleh haba ialah vitamin B dan vitamin C.
Serabut adalah satu lagi komponen yang penting di dalam ulam-ulam. Sungguhpun serabut tidak dihadamkan, kita memerlukan sejumlah serabut untuk menjaga kesihatan badan. Serabut berguna untuk memberikan pukal (bulk) pada bahan buangan dan untuk pergerakan bahan buangan di dalam saluran penghadaman. Kekurangan serabut dalam sajian akan menyebabkan sembelit dan buasir. Sebilangan besar ulam, terutama jenis daun, mempunyai kandungan serabut yang melebihi 1.5 g/100g ulam. Kandungan serabut daun kaduk ialah antara yang tertinggi, iaitu sebanyak 2.7 g/100g daun.
Kembara 1001 makna disebaliknya
Kehidupan adalah sebuah kembara untuk menuju mardhotillah(keredhaan Ilahi). Kembara boleh diistilahkan banyak maksud iaitu kembara dalam mencari ilmu, kembara ke suatu tempat, kembara menuju redha Allah dan sebagainya. Namun, ianya bergantung pada individu.. Sebagai manusia, kadang-kadang kita keliru dan tak tahu apa yang kita cari dan kita lupa siapa diri kita. Mungkin kita juga kurang jelas kerana kita terlalu lalai dan leka dengan kehidupan dunia.
Sebagaimana dalam firman Allah yang bermaksud : Kehidupan dunia ini adalah ibarat hiburan dan permainan semata-mata. Kehidupan akhiratlah yang sejati (sebenar-benarnya) kalaulah mereka mengetahui. Surah Al-Ankabut: 64
Oleh itu, kita kena ingat hidup ini adalah persinggahan sementara yang mana merupakan satu perjuangan dan mati itu satu kemestian. Jadi, kita harus bijak dalam memanfaatkan kehidupan ini. Kita juga kena ingat, kadangkala kita takkan dapat apa yang kita suka. Cuba kita fikir, bila kita ditimpa kesusahan dan kesulitan kita sering menyalahkan takdir, namun kita kena tahu di sebalik lumpur yang hitam itu ada mutiara yang sangat bernilai. Alangkah bahagianya hidup ini andai kita jadi seorang yang bersyukur dalam apa jua keadaan. Manusia seringkali merancang apa yang mereka mahu, tapi ingat.. Allah merancang terlebih dulu dari kita dan perancangan Allah itu lebih baik
Allah berfirman : Boleh jadi yang kamu benci itu ada kebaikan bagimu. Boleh jadi (juga) yang kamu sukai itu (akibatnya adalah) buruk bagimu. Allah jua yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah : 216
Maksud yang terlalu indah untuk direnungkan….
Bila kita mengembara mencari sesuatu, boleh jadi ia amat manis untuk kita dan sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Yang baik kita boleh kongsikan bersama dan yang buruk kita jadikan pengajaran. Yang pasti, tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini, namun kita kena cuba untuk jadi yang terbaik. Saya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata namun saya nak kongsi kembara ni bersama sahabat-sahabat seperjuangan sekalian tak kira di mana anda berada.
Badal haji, korban untuk arwah
Jawapan
Sebelum menjawab soalan ini, kita harus membincangkan satu perkara penting terlebih dahulu. Iaitu apakah orang yang telah meninggal dunia boleh mendapatkan pahala amalan ibadah yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup?
Mengikut kesepakatan (ijmak) ulama daripada kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah, orang yang sudah meninggal dunia masih boleh menerima pahala ibadat yang dilakukan oleh ahli keluarganya yang masih hidup. Demikian dinukilkan oleh al-Hafiz Ibn al-Qayyim (w. 751H) dalam kitab al-Ruh.
Dalilnya sangat banyak, salah satunya hadis Nabi SAW yang bermaksud: Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka amalannya telah terputus melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang selalu berdoa untuknya. (riwayat Muslim)
Setelah mengumpulkan pelbagai dalil dalam perkara ini, Imam al-Syafii merumuskan: "Akan sampai kepada mayat daripada amalan orang lain tiga perkara, haji yang dilakukan untuknya, harta yang disedekahkan atau dibayarkan (hutang) untuknya dan doa. Aku mengatakan ini kerana berdalil dengan sunnah dalam perkara haji. Dan umrah serupa dengannya secara qiyas."
Daripada ucapan Imam Al-Syafii di atas, badal haji yang dilakukan untuk arwah, insya-Allah pahalanya akan sampai kepada arwah. Namun, apa hukum membuatkan badal haji itu?
Menurut ulama mazhab Syafii, hukum membuat badal haji terbahagi dua. Wajib jika arwah memang telah wajib melaksanakan ibadah haji semasa hidupnya, namun meninggal dunia sebelum sempat melakukannya. Dalam kes seperti ini, ahli waris wajib mengeluarkan sebahagian daripada harta pusaka peninggalan si mati untuk digunakan membiayai badal haji untuknya.
Berkata Imam al-Nawawi dalam kitab Al-Idah fi al-Manasik: "Wajib menggantikan (badal) haji bagi si mati jika ia (si mati) berkemampuan untuk haji ketika hidupnya namun tidak sempat melakukannya. Itu pun jika ia meninggalkan harta warisan. Jika tidak, maka bukan kewajipan waris untuk melakukan haji badal baginya."
Tuesday, October 23, 2012
Minum Ais ? Sedap Tapi ......
Minum ais selepas makan memang menyedapkan,seolah2 macam ketagih..tapi perlu dielakkan ....Nikmat yang besar lah kan kalau lepas makan minum ais..
![]() |
Milo Ais |
Kita test tengok kenyataan ni.fakta atau auta,.hehe
Keburukan Minum Ais Untuk Manusia :
Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih ceapt berbanding dengan makanan pejal yg lain.
Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.
Sumber : http://www.silampuneon.com/2010/08/minuman-berais-boleh-membunuh-keburukan.html
ha...pastu pk2 la.fakta atau auta..aku pun taktau..heheh
tapi aku rasa elok kot elakkan ais..xda ais lagi elok..rasanya lah.tapi ais tu sedap.hahah..tambah2 teh ais ka milo ais ka..nescafe ais ka..perghh
tapi org dulu2 x minum ais..umur panjang..betui ka?kenyataan atau pandangan ? uhh
![]() |
Terliur ? |
Sponsor By : www.sendiri.net
Labels:
ais,
ais batu,
ketul ais,
kopi ais,
minuman ais,
nescafe ais,
teh ais
Monday, October 22, 2012
MENARI SAMPAI TERKENCING
Sebelum ni entry bertajuk MENARI PAKAI BAJU KURUNG .Kali ni entry bertajuk Menari Sampai Terkencing plak..kesian betul diorang ni...Apa lah nasib diorang yer..dah hilang dah moral..Camna kehidupan di alam yang kekal abadi plak nanti ( Hari Akhirat ).
![]() |
Kesian Hidup Tanpa Arah |
E-Gaji atau e-Penyatagaji atau semak gaji
e-PenyataGaji & Laporan
Tahniah..Gaji dah Masuk..Selamat berbelanja yer :)
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013
Pemberitahuan
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Januari 2013 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 01 hingga 30 September 2012.
Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab teknikal keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian Sesi Januari 2013 akan diumumkan pada 03 November 2012 .
Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)
Sekian dimaklumkan.
![]() |
EgTukar |
Sila layari pada 3 November 2012 : http://apps.moe.gov.my/epgo/
atau KLIK SINI
Semakan PLKN 10/2013
Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 30 Oktober 2002 telah bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Khidmat Negara yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan untuk mengkaji perkara-perkara berkaitan perundangan, kurikulum, kemudahan-kemudahan dan peruntukan kewangan yang diperlukan bagi perlaksanaan Program Latihan Khidmat Negara.
Kumpulan sasaran yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini adalah terdiri daripada remaja yang lahir pada tahun 1986 atau lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berumur 18 tahun pada tahun 2004.
Adalah dianggarkan terdapat seramai 450,000 orang golongan remaja dalam lingkungan usia ini untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Walau bagaimanapun, oleh kerana kemudahan-kemudahan infrastruktur yang diperlukan tidak mencukupi, maka buat permulaan dianggarkan hanya seramai 84,000 orang peserta sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.
Semakan Pelatih Terpilih untuk 2013 atau Siri 10/2013 boleh dirujuk di laman http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih atau KLIK DISINI
Untuk Semakan Penempatan 2013 ni boleh rujuk http://apps1.khidmatnegara.gov.my/penempatan atau KLIK DISINI
Sunday, October 21, 2012
Qasidah Terbaik
Qasidah yang diminati oleh Adam AlMutawalli. Seronok sangat dia dengar..asyik dok suruh ulang2 ja.. Aku try upload kat sini kot di sini pun ramai juga yang minat..heheh
Subscribe to:
Posts (Atom)