Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Wednesday, October 3, 2012

Melayu Bergaduh , Bukan Melayu dapat Untung

Bagi seorang pendakwah, antara kelemahan yang paling menonjol dan paling mengkhuatirkan ialah persengketaan yang diakibatkan oleh kepelbagaian aliran pemikiran. Natijahnya ia menimbulkan pula pertentangan yang meruncing sehingga tenggelamkan hakikat persamaaan risalah dan juga matlamat.

Hal ini berlaku disebabkan sikap fanatik terhadap pemikiran kelompok sendiri juga disertai sikap tiada kesediaan untuk menghormati pendapat orang lain, gagal untuk membezakan antara persoalan hak dan batil dengan persoalan betul atau salah.

Penyakit menggagumi pendapat sendiri ini sedang menyerang sebahagian pendakwah sehingga mereka tidak dapat lagi mewarisi sikap dan adab para imam fuqaha yang berselisih pendapat dalam persoalan-persoalan yang demikian banyak. Namun mereka tidak pernah mendabik dada sebaliknya beranggapan pendapat sendiri betul tapi berkemungkinan salah dan pendapat orang lain salah, tapi berkemungkinan betu.

Sikap fanatik kepada sesuatu kumpulan terlalu tertumpu dalam polemik , politik dan perlumbaan menambahkan bilangan penyokong masing-masing. Sanggup memutuskan talian agama dan bangsa semata--mata mengejar cita-cita dan membalas dendam sehingga memberi keuntungan kepada pihak lain.Ini lah bahaya yang patut disedari oleh semua Umat Islam dan Bangsa Melayu di Malaysia.

Formula untuk menangani masalah perbezaan pemikiran ini sudah sejak lama lagi Jamaluddin al-Afghani memberikan jalan keluar daripada belitan konflik seperti itu.Jalan keluar itu dirakam dalam ungkapan : Bekerjasama dalam hal-hal yang disepekati dan berkompromi dalam hal-hal yang diperselisihkan.

Sekiranya berlaku perselisihan pendapat,kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan jangan lah berpecah belah. Jangan hanya berbeza pendapat kita sanggup memutuskan tali persaudaraan yang diikat dengan kalimah syahadah. Sekiranya kita menghadapinya dengan sikap keanak-anakan, menganggap mereka yang tidak bersependapat sebagai musuh , maka perbezaan pendapat akan menjadi bahan bakar penyemarak api permusuhan.

Jadikanlah diri kita pendakwah yang sentiasa :

DUDUK MUAFAKAT MENJUNJUNG ADAT
DUDUK BERSAMA BERLAPANG DADA
DUDUK BERKAWAN BERTENGGANG RASA
DUDUK DI KAMPUNG RASA MERASA
DUDUK DI NEGERI PADA PATUTNYA
DUDUK DI MAJLIS BERMANIS MUKA


Sekadar renungan



No comments:

Post a Comment