Sebelum ni entry tentang guru dan sakit jiwa...semalam baca paper tentang cara menangani masalah mental remaja..Bila renung2 balik,,bahaya sakit mental ni sedang menyerang Malaysia ... Cita-cita untuk mengejar NEgara Maju tetapi kesannya macam ni pulak...ish..mcam2...
MInggu ni adalah Minggu Kesihatan Mental Sedunia..heheh sakit mental pun ada sambutan peringkat dunia..dasat dasat..
Apa2pun.nak mengejar Negara maju ke apa ke..jangan tinggalkan apa yang dibawa oleh Rasulullah..Apa yang digariskan oleh Islam..Pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian.
Di zaman serba maju ni..kita mampu dan berupaya untuk mencari sumber2 yang berkaitan dengan ISlam..Para ulamak pun mengambil peranan di zaman teknologi maju , banyak website2 untuk dikunjungi..Antaranya ialah WEBSITE PARA ULAMAK
Berikut adalah Keratan berita melalui akhbar KOSMO .
Tangani masalah kesihatan mental remaja
07/10/2012 2:55pm
KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memandang serius trend peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak dan remaja berusia 15 tahun ke bawah di negara ini, kata Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, statistik menunjukkan masalah kesihatan mental melibatkan golongan itu meningkat 13 peratus pada 1996, 19.4 peratus pada 2006 dan 20 peratus tahun lalu.
"Kita amat bimbang dengan trend peningkatan masalah kesihatan mental remaja dan kanak-kanak kerana ia dikhuatiri boleh membantutkan proses pembangunan kerana golongan ini merupakan aset negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012 di sini hari ini.
Beliau menarik perhatian bahawa golongan remaja dan kanak-kanak kini dipengaruhi Internet dan teknologi komunikasi sehingga kurang berinteraksi manakala ibu bapa yang sibuk bekerja pula memandang ringan peranan mereka dalam memberi sokongan kepada anak-anak.
Justeru, beliau berkata, kementeriannya akan berusaha menangani masalah itu termasuk dengan penyediaan pelan tindakan strategik kebangsaan bagi kesihatan mental serta langkah menambah bilangan Pusat Komuniti Kesihatan Mental di seluruh negara mulai tahun hadapan.
Beliau berkata, pelan itu antara lain menekankan aspek promosi kesihatan mental dan kerjasama pintar antara pelbagai agensi serta penglibatan badan bukan kerajaan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment