Gambar -gambar kucing cantik , pelik dan lawa...Pilihan Owner Blog
Friday, September 28, 2012
Thursday, September 27, 2012
Bajet 2013 – Bajet Untuk Meringankan Beban Rakyat, Rancakkan Ekonomi . Belanjawan 2013
Bajet 2013 – Bajet Untuk Meringankan BebanRakyat, Rancakkan Ekonomi
Oleh: Mohd Faizal Mohd
Salleh & Roslay Raffie
KUALA LUMPUR, 27 Sept –
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir percaya pembentangan bajet yang
bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak esok di Dewan
Rakyat sekali lagi akan dilabel sebagai ‘Bajet Pilihanraya’ oleh pakatan
pembangkang.
“Saya ingat, setiap
bajet pun bajet pilihanraya. Kalau didefinasikan bajet pilihanraya itu
bermaksud ianya membantu rakyat, dah tentu kita akan buat sesuatu yang akan
membantu meringankan beban yang dipikul oleh rakyat, dalam suasana sekarang ini
di mana kos barangan kita ataupun kos sara hidup kita semakin meningkat.
“Jadi usaha-usaha
tersebut (usaha bantu ringankan beban rakyat) akan diteruskan dan dalam waktu
yang sama, kita akan pastikan suasana iklim pelaburan akan terus meningkat,”
ujarnya mengulas mengenai bajet yang bakal diumumkan Perdana Menteri, esok di
Dewan Rakyat.
Dalam masa yang sama,
beliau yang juga Timbalan Badan Perhubungan UMNO Kedah melihat bajet pakatan
pembangkang, juga merupakan bajet pilihanraya.
Cuma bezanya tegas
beliau bajet pembangkang itu hanyalah janji kosong kerana mereka tidak akan
dapat melaksanakannya kerana mereka bukan kerajaan.
“Tetapi apa yang kita
diumumkan biasanya dalam bajet ialah sesuatu yang kita janji, tetapi juga
perkara-perkara yang kita buat sebelum ini, yang akan kita teruskan. Jadi
maksudnya, bukan janji-janji kosong tetapi kita boleh tengok track
record yang begitu cemerlang yang telah ditunjukkan oleh kerajaan
Barisan Nasional.
“Harapan saya ialah
usaha-usaha yang telah dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas diteruskan.
Maksud saya ialah pengimbangan antara kerja-kerja untuk terus menumbuhkan
ekonomi kita iaitu mewujudkan satu persekitaran yang sesuai, contohnya menarik
pelaburan asing dan tempatan, untuk meningkatkan perdagangan dari segi
pertumbuhan ekonomi tetapi dalam masa yang sama, soal pengagihan pun ada,”
ujarnya yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
Wednesday, September 26, 2012
Bantahan Serentak Seluruh Negara
Sebagai seorang Islam yang mengaku Nabi adalah Rasulullah, kita wajib mempertahankanagama kita daripada segala aspek. Cuma cara kita menunjuk rasa atau kemarahan itu mungkin berbeza-beza. Bagi rakan-rakan dan sahabat kita yang dapat turut serta dalam demo membuat bantahan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara kita ucapkan tahniah dan syabas atas kehadiran anda.. Bagi yang tidak dapat hadir tunjukkan rasa marah anda dengan cara anda sendiri sekurang-kurangnya hati menolak dan membantah penghinaan tersebut.
Bagi pendapat saya, alangkah baik nya jika diaturkan bantahan tersebut serentak seluruh Negara tanpa mengira parti, bangsa dan kulit, sekalipun berbeza agama. Saya pasti agama lain juga mempunyai prinsip untuk menghormati agama lain. Bantahan yang dimaksudkan adalah bantahan yang diaturkan oleh pihak kerajaan dan dikawal oleh polis dan tentera . Bantahan secara aman untuk membuktikan Negara Malaysia sebuah Negara yang diketuai pentadbirannya oleh Islam dan Melayu secara khususnya dan disokong oleh bangsa dan agama2 lain secara amnya.. Bantahan serentak seluruh Negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan seperti Larian 1 Murid 1 Sukan , sambutan kemerdekaan dan sambutan Maulidur Rasul. Wallahualam.. Sekadar pendapat dan renungan.
Berikut gambar-gambar yang dikumpul melalui saluran internet...




shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama
Akaun Nuffnang Jadi Glitterati ( Kuning )
Akaun nuffnang beta dah jadi Glitterati .. apa maksud perkataan tersebut dan apakah kelebihan nya..tertanya2...dan apakah tindakan yang perlu di buat oleh setiap akaun yg dapat jadi Glitterati yang warna kuning... bukannya Non-Glitterati ...Mesti ada pakar2 di luar sana yang boleh berkongsikan ilmu.. Rasanya mcm tak rugi untuk berkongsi.. Mana tau ada yang sudi nak jelaskan maksud yang tersirat..Apakah kelebihan atau kekurangan..apa2 ja la...Kongsi ramai2 perkataan Glitterati ..
Pelajar Lelaki Malaysia Cedera Dtimpa Wanita
ARKIB : 25/09/2012
Pelajar Malaysia cedera ditimpa wanita dilapor stabil
NEW DELHI 25 Sept. - Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini berada dalam keadaan stabil, kata Konsul Pelajaran dan Latihan di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.Beliau berkata pelajar tersebut berkeadaan stabil tetapi kata doktor beliau perlu menjalani satu pembedahan.
Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, Isnin lepas.
Wanita itu jatuh ke atas pelajar tersebut bersama tiga orang kawannya, Mohammed Shafik Shaffaee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah.
Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka sedang berjalan menuju ke asrama mereka dari arah gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lepas dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka.
Mushain, yang baru tiba di Mangalore beberapa bulan yang lalu untuk melanjutkan pengajian di bidang perubatan di Kolej Perubatan Kasturba (KMC), mengalami cedera teruk di leher, manakala kawan-kawannya tidak cedera.
"Tulang lehernya patah tetapi dia berkeadaan stabil sementara kedua-dua ibu bapanya berada di sisinya," kata Annie kepada Bernama ketika dihubungi.
Beliau berkata rawatan ke atas Mushain ditanggung di bawah perlindungan insurans pelajar sehingga Rs100,000 (RM5,760), selebih dari itu pelajar berkenaan perlu membiayai kosnya.
Bagaimanapun oleh kerana ia suatu kemalangan, kerajaan Malaysia akan turut menanggung kos rawatan, kata Annie.
KMC dan pelajar lain di kolej itu juga menyumbangkan bantuan mereka.
"Kolej menanggung perbelanjaan tempat tinggal kedua-dua ibu bapa pelajar berkenaan serta kos pengangkutan mereka di Mangalore. Kedua-dua ibu bapa pelajar itu kini ditempatkan di rumah tetamu kolej," katanya. - BERNAMA
Sumber : ://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120925/dn_37/Pelajar-Malaysia-cedera-ditimpa-wanita-dilapor-stabil
Tuesday, September 25, 2012
Tips Agar Dicintai
Untuk menjadikan diri kita dicintai orang , Islam menganjurkan kita supaya memberi hadiah , bersalaman dan bermanis muka ketika bertemu, memberitahunya bahawa kita mencintainya kerana Allah dan sebagainya. Hal ini sebagaimana sebuah hadis riwayat Muslim , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : ``Jangan kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun bertemu dengan temanmu dengan muka yang ceria.``
Dalam hadis yang lain riwayat al-Tabarani , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : ``Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang."
Manakala hadis riwayat Abu Daud menyebut :`` Jika seseorang kasih keapda seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya.
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.
Dalam hadis yang lain riwayat al-Tabarani , Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : ``Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang."
Manakala hadis riwayat Abu Daud menyebut :`` Jika seseorang kasih keapda seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya.
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.
Cinta dan Islam
Cinta ialan kebebasan yang tidak satu pun hukum alam boleh menghalangnya. Ia seperti air yang mengalir deras memburu muara dan laut ialah destinasi terakhir setelah melalui perjalanan panjang. Cinta ialah tarikan hati dan kepuasan dengan yang dicintai.
Antara tanda-tandanya ialah hati selalu terkenang , bersedia berkorban , perhatian yang melimpah , selalu bersemangat , dan menyenangi segala yang datang dari yang dicintainya. Cinta bersifat timbal balik . Allah memerintahkan supaya mencintai alam , sesama manusia , Rasul-Nya dan zat-Nya sendiri.
Dalam al-Quran disebutkan sebanyak 83 kali berkenaan cinta dengan beberapa perkataan Habbaba, Ahbabta , Uhibbu , Tuhibbuu , Tuhibbuuna dan lain-lain.. ( Walluahualam )
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.
Antara tanda-tandanya ialah hati selalu terkenang , bersedia berkorban , perhatian yang melimpah , selalu bersemangat , dan menyenangi segala yang datang dari yang dicintainya. Cinta bersifat timbal balik . Allah memerintahkan supaya mencintai alam , sesama manusia , Rasul-Nya dan zat-Nya sendiri.
Dalam al-Quran disebutkan sebanyak 83 kali berkenaan cinta dengan beberapa perkataan Habbaba, Ahbabta , Uhibbu , Tuhibbuu , Tuhibbuuna dan lain-lain.. ( Walluahualam )
shafwan atau pakYa atau bangcik adalah orang yang sama.Dan semua manusia adalah sama.
Lumba Lori Tengah Malam
Aku baru balik dari Sungai Besar..Mak aih..berlumba-lumba plak lori di jalanraya..seolah2 ada pertandingan lumba lori...lumba haram ka?hahahah...mentang2 aku naik keta kecik dari lori, aku dihimpit buat xtau ja..sakan diorang ni..kalau tak percaya sila lalu laluan kuala selangor - sungai besar - sabak bernam ...betul atau tak apa yang dikatakan..cuba guna laluan ni jam 11 malam ke atas...
Monday, September 24, 2012
Shahidan Kassim Kalah Dan Terus Meninggalkan Dewan Komanwel

ShahidanKassim mengangkat tangan kepada sekumpulan wartawan sebelum meninggalkan mesyuarat selepas keputusan pemilihan diumumkandi di Dewan Komanwel, Bukit Jalil, semalam.- UTUSAN/Izham Jaafar
Shahidan, Karim tumbang
Oleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian
sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Politik dan drama menyelubungi pemilihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOM) semalam dengan kemuncak pertandingan, Datuk Seri Shahidan Kassim kalah kepada pencabarnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam perebutan jawatan Presiden.
Pada masa yang sama, Datuk Karim Ibrahim gagal mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden selepas tewas kepada pencabarnya, Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.
Pucuk pimpinan badan olahraga penuh kontroversi itu kini dipegang dua muka baru manakala empat Naib Presiden pula menampilkan dua penyandang jawatan, Datuk Annamalai Ramasamy (25 undi) dan Datuk Mumtaz Jaafar (24), selain orang lama, K. Yogeswaran (32) serta muka baru, Datuk Paiman Abdul Karim dari Sabah 28 undi.
Dalam pemilihan yang cukup mencuri tumpuan itu, Shahidan hanya tewas dua undi kepada Zainal.
Bekas Menteri Besar Perlis yang telah memegang jawatan Presiden KOM selama dua penggal itu menerima 21 undi, berbanding 23 yang memihak lawannya.
Wan Hisyam pula meraih kelebihan enam undi ke atas Karim.
Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA) menerima 25 undi dan Karim, 19.
Sunday, September 23, 2012
Kantoi Lagi Kes Pelacur
Terlalu banyak kes pelacur di cekup..apakah tindakan dan apakah peranan anda?masing2 ada tugas untuk membenteras kes pelacuran ni..fikir-fikirkan lah
DBKL roboh 418 bilik jadi sarang pelacuran
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan hari ini.
Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Muhamad Irwan Abdullah berkata kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12 tengah hari tadi.
"Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini.
Katanya DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - BERNAMA
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120923/je_07/DBKL-roboh-418-bilik-jadi-sarang-pelacuran
Pelacur Kantoi
DBKL roboh 418 bilik jadi sarang pelacuran
KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sebanyak 19 premis yang dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran di sekitar Petaling Street, Jalan Brickfields dan Jalan Tun Tan Siew Sin, di sini, dirobohkan hari ini.
Operasi bersepadu itu dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis, Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Bekalan Air Selangor melibatkan 140 anggota dan pegawai.
Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL Muhamad Irwan Abdullah berkata kesemua premis yang mempunyai 418 bilik itu, dirobohkan dalam operasi bermula 12 tengah hari tadi.
"Kami juga menemui kondom dan tilam dalam beberapa premis itu, yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pelacuran di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini.
Katanya DBKL turut mengambil tindakan terhadap pemilik premis berkenaan. - BERNAMA
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120923/je_07/DBKL-roboh-418-bilik-jadi-sarang-pelacuran
Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan 2013
Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan
Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan boleh dibuat di Laman Web Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 15 September 2012
Segala kerjasama daripada pihak
tuan amat dihargai.
Terima kasih.
PROSEDURPERMOHONAN MURID KE TINGKATANSATU (1) SBP
1. Murid memohon menggunakan
Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan
Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my.
2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3. Salinan pertama maklumat
permohonan diserahkan kepada Guru Besar
Sekolah masing-masing.
4. Salinan kedua maklumat permohonan
dihantar kepada Pengetua SBP
mengikut pilihan murid.
SYARAT PEMILIHAN MURIDTINGKATAN SATU (1) SBP
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.
1. Warganegara Malaysia
2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4. Aktif dalam kokurikulum.
1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 25 hari
setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
· Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
· Kaunter BPSBPSK
· Talian hotline BPSBPSK
· Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Warganegara Malaysia.
· Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
penyakit berjangkit.
· Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
menerima aliran yang ditetapkan.
· Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
Berasrama Penuh yang berkaitan.
setelah keputusan UPSR diumumkan.
2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
· Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
· Kaunter BPSBPSK
· Talian hotline BPSBPSK
· Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
· Warganegara Malaysia.
· Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh
badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau
penyakit berjangkit.
· Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan
menerima aliran yang ditetapkan.
· Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah
Berasrama Penuh yang berkaitan.
Jadual Waktu Peperiksaan PMR 2012
Untuk Rujukan Para Pelajar , Para Guru dan Para Ibubapa..Berikut adalah Jadual peperiksaan PMR 2012
Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari : http://www.moe.gov.my/lp/files/pmr/2012/JadualWaktu_PMR%202012.pdf

Borang Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM 2013
Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM seluruh Malaysia telah dibuka. Untuk diri anda, untuk anak anda , untuk pelajar anda, untuk saudara anda Sila ambil perhatian untuk mereka yang akan ambil PEperiksaan PMR tidak lama lagi..
Anda boleh buka laman MARA sendiri atau ke website En Shafwan
http://k1n1.blogspot.com/2012/09/borang-permohonan-mrsm-tingkatan-4-2013.html
Cuba dan usaha untuk anda.
Anda boleh buka laman MARA sendiri atau ke website En Shafwan
http://k1n1.blogspot.com/2012/09/borang-permohonan-mrsm-tingkatan-4-2013.html
Cuba dan usaha untuk anda.
Yes !!! Gaji Dah Masyukkk
e-PenyataGaji & Laporan
Ramai yang dah abis duit..Lincin.... Gara - gara gaji masuk awal bulan lepas, kebanyakkan sudah inflasi tahap maksima..hahaha. Jika anda ingin Semak gaji sila lawati website akauntan negara
Petang tadi dah ada dah penyata gaji kakitangan awam malaysia untuk bulan September.Rasanya setiap bulan, rujukan ini akan menjadi bukti untuk anda membuat loan bank atau sebagainya..:) tahniah kepada yang naik pangkat.
Saturday, September 22, 2012
Sistem Pertukaran Guru Secara Online ( EGtukar ) Pertukaran Guru Sesi Januari 2013
Sistem Pertukaran Guru Secara Online ( EGtukar )
Cepat cikgu-cikgu..guru-guru isi borang pertukaran sekiranya berhajat..tarikh tutup 30 September 2012..dah tak lama dah surat persiaran boleh rujuk di http://apps.moe.gov.my/epgo/surat_siaran/SURAT%20SIARAN%20PERTUKARAN%20JANUARI%202013.pdf
Untuk mengisi borang pertukaran atau borang EGtukar , anda boleh melawat laman web http://apps.moe.gov.my/epgo/
Selamat mencuba..Betapa sengsaranya jika berjauhan daripada yang tersayang..

Untuk mengisi borang pertukaran atau borang EGtukar , anda boleh melawat laman web http://apps.moe.gov.my/epgo/
Selamat mencuba..Betapa sengsaranya jika berjauhan daripada yang tersayang..

Thursday, September 20, 2012
Ancaman Soros . Melayu Jangan Boros
Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros seorang yang kejam lagi penyagak. Apakah pandangan umat Islam terhadap george soros ? sensetifkah umat Islam terhadap apa yang dilakukan nya? Siapa dia ? Siapa geoge soros ?
Soros Foundations adalah sebuah yayasan yang mengklaim diri bertujuan untuk mendukung aktivitas-aktivitas sosial di berbagai penjuru dunia. Soros Foundation banyak mendapat perhatian dunia setelah terjadinya krisis moneter tahun 1997 di Asia Tenggara dan setelah transformasi politik di Georgia pada tahun 2003.
Soros dikenal memiliki kemampuan tinggi dalam berspekulasi di bidang perdagangan mata wang. Pada tahun 1982, dalam waktu singkat Soros berhasil meraup keuntungan 1,2 milion dolar dalam perdagangan mata wang Poundsterling. (The Man Who Broke the Pound).
Wednesday, September 19, 2012
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Islam
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Islam Tingkatan 1. Semua guru masih terkial2 untuk menyelesaikan nya.segala bermula tahun 2012. PBS Pendidikan Islam tidak terkecuali.Sedikit bahan untuk dikongsi :
Kedudukan Sekolah Berasrama Penuh berdasarkan PMR 2011
PMR 2012 akan menjelma tidak lama lagi. Semuanya menantikan kejayaan. Semuanya mengharapkan kejayaan. Usaha, doa dan tawakkal senjata bagi setiap guru dan pelajar. Semoga kejayaan milik semua.
Rangking SBP PMR 2011
1. SM SAINS HULU SELANGOR (1.0054)
2. SM SAINS TENGKU MUHD FARIS PETRA (1.0139)
3. SM SAINS TELUK INTAN (1.0191)
4. KOLEJ TUNKU KURSHIAH (1.0196)
5. SM SAINS KUALA SELANGOR (1.02)
6. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK (1.0203)
7. SM SAINS JOHOR (1.0233)
8. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN (1.0241)
9. SEKOLAH TUN FATIMAH (1.0252)
10. SM SAINS SELANGOR (1.0263)
11. THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR (1.0264)
12. SM SAINS MUZAFFAR SYAH (1.0273)
13. SEKOLAH SERI PUTERI (1.0279)
14. SM SAINS POKOK SENA (1.0279)
15. SM SULTAN ABDUL HALIM (1.0325)
16. SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA (1.0327)
17. SM SAINS TUANKU SYED PUTRA (1.0331)
18. SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH (1.0334)
19. SM SAINS SULTAN MAHMUD (1.0336)
20. SM SAINS TENGKU ABDULLAH (1.0373)
21. SM SAINS MACHANG (1.0411)
22. SM SAINS MIRI (1.0439)
23. SBP INTEGRASI GOMBAK (1.0499)
24. SM SAINS PASIR PUTEH (1.054)
25. SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN (1.0549)
26. SM SAINS BAGAN DATOH (1.0582)
Kedudukan sekolah berasrama penuh berdasarkan keputusan SPM 2011
Semua guru mengharapkan kejayaan pelajarnya..Semua guru berdoa agar pelajarnya beroleh kejayaan.Baik atau buruk, guru tetap guru dan pelajar tetap pelajar.
Senarai sekolah berasrama penuh terbaik (SBP) 2012 berdasarkan keputusan SPM 2011.
1 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 0.923
2 SEKOLAH TUN FATIMAH 0.939
3 SEKOLAH SERI PUTERI 0.9842
4 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.1183
5 SEKOLAH MENENGAH SAINS TUANKU MUNAWIR 1.18
6 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.226
7 SM SAINS REMBAU 1.3006
8 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1.3553
9 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.3725
10 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.3793
11 SM SAINS ALAM SHAH 1.44
12 SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU 1.4508
13 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.4579
14 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.4724
15 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.5109
16 SBP INTEGRASI RAWANG 1.5281
17 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA 1.5287
18 SM SAINS JOHOR 1.5491
19 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.569
20 SM SAINS SELANGOR 1.5927
21 SM SAINS BAGAN DATOH 1.6082
Tuesday, September 18, 2012
PENGURUSAN AM 1. Faktor dorongan adalah merupakan salah satu factor yang boleh mempengaruhi kecekapan dan mutu perkhidmatan awam. Huraikan tiga (3) factor galakan (motivator factor) dan tiga (3) factor penyelenggaraan(hygiene factor) sebagaimana yang dimaksudkan di bawah factor dorongan tersebut.
PENGURUSAN AM
1. Faktor dorongan adalah merupakan salah satu factor yang boleh mempengaruhi kecekapan dan mutu perkhidmatan awam. Huraikan tiga (3) factor galakan (motivator factor) dan tiga (3) factor penyelenggaraan(hygiene factor) sebagaimana yang dimaksudkan di bawah factor dorongan tersebut.
Jawapan:
Faktor-faktor galakan:
i. pencapaian tugas
ii. pengiktirafan
iii. kemajuan kerjaya
iv. tanggungjawab
v. status kerja
vi. kerja itu sendiri
Faktor-faktor penyelenggaraan:
i. penyeliaan rakan sejawat dan orang bawahan
ii. dasar organisasi
iii. jaminan kerja
iv. keadaan pejabat
v. upah atau gaji
vi. komunikasi dua hala
vii. personel life
2. Pihak pengurusan boleh mengambil tindakan untuk meningkatkan persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman. Huraikan secara ringkas bagaimana meningkatkan mutu persekitaran tersebut. ( Atau soalan yang membawa jawapan yang sama adalah seperti berikut : Pihak pengurusan boleh mengambil tindakan untuk meningkatkan produktiviti melalui gaya pengurusan, persekitaran kerja,teknologi, bahan-bahan dan kelengkapan modal. Huraikan secara ringkas tindakan-tindakan tersebut )
NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM 1. Jelaskan ciri-ciri atau perlakuan seseorang pegawai awam yang mencerminkan seseorang pegawai itu menghayati nilai-nilai ikhlas dan dedikasi
OBJEKTIF KURSUS:
DI AKHIR KURSUS INI PESERTA-PESERTA AKAN DAPAT:
i) Meningkatkan kefahaman mengenai nilai dan etika terutamanya berkaitan dengan Perkhidmatan Awam
ii) Menghayati Nilai dan Etika dari perspektif individu dan organisasi,
iii) Membentuk penjawat awam yang bermoral dan beretika tinggi.
KANDUNGAN KURSUS
I)DEFINISI NILAI
II)DEFINISI ETIKA
III)KONSEP ETIKA KERJA
IV)TERAS PERKHIDMATAN
V)LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
VI)NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
VII)NILAI MURNI DALAM ISLAM
VIII)TONGGAK 12
DEFINISI NILAI
Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat.
( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991 )
DI AKHIR KURSUS INI PESERTA-PESERTA AKAN DAPAT:
i) Meningkatkan kefahaman mengenai nilai dan etika terutamanya berkaitan dengan Perkhidmatan Awam
ii) Menghayati Nilai dan Etika dari perspektif individu dan organisasi,
iii) Membentuk penjawat awam yang bermoral dan beretika tinggi.
KANDUNGAN KURSUS
I)DEFINISI NILAI
II)DEFINISI ETIKA
III)KONSEP ETIKA KERJA
IV)TERAS PERKHIDMATAN
V)LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
VI)NILAI UTAMA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
VII)NILAI MURNI DALAM ISLAM
VIII)TONGGAK 12
DEFINISI NILAI
Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat.
( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991 )
PENGURUSAN KEWANGAN 1. Huraikan maksud “Pembelian Runcit” dan nyatakan apakah keslahan yang sering dilakukan oleh jabatan-jabatan yang membuat pembelian secara ini.
PENGURUSAN KEWANGAN
1. Huraikan maksud “Pembelian Runcit” dan nyatakan apakah keslahan yang sering dilakukan oleh jabatan-jabatan yang membuat pembelian secara ini.
Jawapan:
a) Pembelian runcit ialah pembelian barang-barang di luar kontrak pusat yang melibatkan perbelanjaan tahunan tidak lebih daripada RM50,000.00 bagi mana-mana satu jenis benda atau satu kelas benda yang berkaitan boleh dibuat oleh Ketua Jabatan dengan membuat pesanan terus kepada pembekal pilihan.
b) Kesalahan yang sering dilakukan dalam amalan perolehan di jabatan-jabatan kerajaan yang dapat dikesan ialah memecah kecilkan jumlah pembelian dalam setahun atau menyalah tafsirkan kelas jenis benda dan membeli secara berasingan.
2. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pegawai Pengawal apabila didapati kehilangan wang atau barang-barang awam di sesebuah jabatan dari peringkat awal hingga laporan dibuat.
Jawapan:
i. melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis tidak lewat dari dua hari dari tarikh kehilangan itu.
ii. Mendapatkan laporan penyiasatan polis
iii. Mengemukakan satu salinan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaaan atau pihak berkuasa kewangan negeri atau kedua-duanya mengikut mana yang berkenaan sesudah sahaja penyiasatan itu selesai atau 4 bulan dari tarikh kehilangan sekiranya penyiasatan belum selesai.
iv. Kenyataan dari pegawai yang terlibat hendaklah dilampirkan bersama tetapi tidak boleh dianggap sebagai pengganti laporan atau pandangan Pegawai Pengawal
v. Laporan akhir hendaklah dihantar oleh Pegawai Pengawal kepada akauntan negara, juruaudit negara dan wakil tempatan juruaudit negara dalam negeri itu.
3. Encik Alwi dan Encik Arif ialah dua orang pegawai kanan kerajaan yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa berhubung dengan pelupusan barang-barang di jabatannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)