Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Tuesday, September 18, 2012

PENGURUSAN INTEGRITI Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan. Nyatakan takrifan suapan.


PENGURUSAN INTEGRITI

Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan.

Nyatakan takrifan suapan.

Jawapan :

            Takrifan suapan bermaksud

a.                 wang,derma,alang,pinjaman,fee,hadiah,cagaran berharga harta atau kepentingan mengenai harta,iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
b.                 Apa-apa jawatan ,kebesaran,pekerjaan,kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat
c.                 Apa-apa bayaran,pelepasan,penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liability lain,sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya

d.                 Apa-apa jenis balasan berharga,apa-apa diskaun,komisen,rebat,bonus,potongan atau peratusan.
e.                 Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga
f.                    Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalty atau ketidakupayaan yang dikenakan  atau yang dikuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib , sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan  dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi
g.                 Apa-apa tawaran, akujanji atau janji sama ada bersyarat  atau tidak bersyarat, untuk memberi suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) terdahulu.

No comments:

Post a Comment