Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Wednesday, September 12, 2012

akidah tingkatan 4

BAB 1 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. Pengertian Iman
Bahasa : Percaya
Istilah : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. Kepentingan Iman Dalam Kehidupan
a. Membentuk muslim sejati
b. Istiqamah dalam beribadah
c. Bertanggung jawab dan amanah
d. Berakhlak mulia
e. Sabar dan redha menghadapi kesusahan
3. Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman:
a. Syirik
Aspek
Huraian
Takrif
Menyengutukan Allah dengan sesuatu pada Zat, Sifat danAf’alNya
Bahagian
Syirik Jali
- Takrif : Perlakuan syirik secara jelas
- Contoh : menyembah berhala, mengaku Nabi Isaanak tuhan
- Akibat : rosak akidah, berdosa besar dan mendapat azab
Syirik Khafi
- Takrif : Tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutamanya ibadah
- Contoh: riak (menunjuk-nunjuk),ujub (mengkagumi diri sendiri) dan takbur (bangga diri)
- Akibat:dibenci, hilang kawan dan sukar menerima pandangan orang lain
Sebab diharamkan
i. membatalkan iman
ii. menafikan kekuasaan Allah
iii. mencemarkan kesucian Islam
Caramengelakkan diri
i. Teguhkan keyakinan kepada Allah
ii. Pendidikan agama secara menyeluruh
iii. Menyebarkan tentang bahayanya syirik
Implikasi syirik
Individu :
i. membatalkan iman
ii. menafikan kekuasaan Allah
iii. dimurkai dan diazab oleh Allah
iv. dibenci oleh orang lain
Masyarakat :
i. masyarakat lemah
ii. menjatuhkan maruah masyarakat Islam
iii. permusuhan dan pergaduhan
b. Kufur
Aspek
Huraian
Definisi
Tidak percaya kepada Allah SWT serta mengengkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammadsaw
Pelaku digelar kafir
Bahagian
Kufur Hakikat
- Takrif: engkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw.
- Contoh : tidak yakin dengan rukun iman, mempersendakan hokum,menyatakan solat merugikan masa, berpuasa melemahkan ekonomi.
Kufur nikmat
- Takrif : mengengkari Khalik atau Allah sebagai pemberi nikmat
- Contoh :boros berbelanja, atau untuk maksiat, tidak bersyukur, enggan berzakat /sedekah
Faktor
i. Pegangan agama lemah
ii. Terpengaruh dengan hawa nafsu
iii. Kesempitan hidup
iv. Terpengaruh dengan kesenangan dunia
CaraMengatasi
i. Menggiatkan usaha dakwah
ii. Menyebarluaskan tentang keburukan kufur
iii. Jauhi golongan kufur
iv. Hukuman yang berat terhadap pelaku.
ImplikasiKufur
Individu:
i. Batal iman/ amalan sia-sia
ii. Menimbulkan kebencian orang lain
iii. Menjatuhkan maruah diri
iv. Tidak mendapat keberkatan
Masyarakat:
i. Dipandang hina
ii. Mencemarkan kesucian umat Islam
iii. Hidup dalam kemaksiatan
iv. Ditimpa bala/bencana
c. Riddah
Aspek
Huraian
Definisi
Berpaling atau keluar daripada agama Islam
Pelaku digelar murtad
RiddahBerlakuMelalui
Iktikad – Berniat hendak meninggalkan agama Islam
Perkataan – Mengishtiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
Perbuatan – menganut agama selain daripada agama Islam
FaktorBerlakuRiddah
i. Lemah pegangan agama / Jahil tentang agama
ii. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan / agama lain
iii. Tiada bimbingan untuk memahami agama selepas memeluk Islam
Kesan Murtad
i. Hubungan suami isteri terfasakh
ii. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
iii. Hartanya haram dipusakai oleh waris beragama Islam
iv. Haram dikebumikan di perkuburan Islam
v. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya
CaraMenanganiMurtad
i. Memberi nasihat untuk kembali kepada Islam
ii. memberi perlindungan/bantuan bagi muallaf
iii. penguatkuasaan undang-undang
HikmahHukumanBunuhTerhadapMurtad
i. Sebagai amaran Islam tidak boleh dipermainkan
ii. mengelakkan perbuatan mencemarkan Islam
iii. menghindarkan masyarakat Islam berpecah belah/huru hara
iv. menghalang perbuatan merendahkan/memburukkan Islam
d. Khurafat


Aspek
Huraian
Definisi
Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan Islam, sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan Islam
Contoh
i. mempercayai azimat
ii. mempercayai binatang membawa tuah/malang
iii. mengunjungi kubur yang dianggap keramat
Faktor
i. Iman kurang mantap
ii. Kurang didikan agama
iii.mencari jalan mudah untuk kaya
iv. terpengaruh dengan masyarakat yang mengamalkan khurafat

e. Sihir
Aspek
Huraian
Definisi
Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib/bantuan syaitan /jin
Tujuan Sihir
i. Memecahbelahkan pasangan suami isteri
ii. Mendatangkan penyakit fizikal /mental
iii. Untuk memiliki kekuatan luar biasa/cantik
Akibat Sihir
i. Merosakkan akidah
ii. memecahbelahkan/fitnah dalam masyarakat
iii. Hilang pergantungan kepada Allah
iv. Membazir harta,tenaga dan masa
v. Ahli sihir menjadi takbur dan berani melakukan kezaliman.
f. Nifaq
Aspek
Huraian
Definisi
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan pada hatinya tetap kufur kepada Allah
Ciri-ciri Nifaq
i. Berbohong apabila bercakap
ii. Khianat apabila diberi amanah
iii. Mungkir janji apabila berjanji
iv. Melampau batas apabila bertengkar
Akibat Nifaq
i. Menghilangkan sifat saling mempercayai
ii. Melemahkan perpaduanmasyarakat
iii. Menghancurkan kekuatan umat Islam
iv. Tidak mendapat ketenangan hidup di dunia dan akhirat
v. Menghalang usaha pembangunan dan memajukan masyarakat Islam.


BAB 2 DOSA-DOSA BESAR
1. Pengertian Dosa:
Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhanNya
2. Faktor Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa
a. Kurang didikan agama
b. Iman kurang mantap
c. Terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
d. Ingin hidup bebas tanpa batas agama
3. Kategori Dosa
Jenis
Pengertian
Akibat
Dosa Besar
Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat
Contoh : minum arak dan berzina
- Qisas, hudud dan takzir
- Seksa neraka jika tidak bertaubat
Dosa Kecil
Kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat.
Contoh : melihat aurat, bercakap sia-sia
- Jika dilakukan berterusan boleh menjadi dosa besar
-
Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
4. Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
a. Hukum menghina dan menderhaka:
Haram dan berdosa besar serta akan diazab dalam neraka di akhirat kelak.
b. Jasa ibu bapa yang patut dikenang
i. Mengandung dan melahirkan
ii. Menyusu dan membesarkan
iii. Menjaga dan mendidik
iv. Memberi kasih saying
c. Cara menghormati ibu bapa
i. Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar
ii. Bersopan apabila bercakap
iii. Memelihara kebajikan mereka
iv. Tidak melakukan perkara yang boleh menyakiti hati mereka
d. Perbuatan yang menderhaka kepada ibu bapa
i. Melawan percakapan ibu bapa
ii. Meninggikan suara apabila bercakap
iii. Tidak mendengar nasihat
iv. Melayan mereka dengan kasar
e. Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa yang telah tua
i. Menjaga mereka dengan sebaik2nya
ii. Sabar menghadapi karenah mereka
iii. Menjaga kebajikan mereka
iv. Tidak menyerahkan tanggung jawab kepada pihak lain
f. Tanggung jawab anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia
i. Mendoakan mereka supaya mendapat keampunan dan rahmat Allah
ii. Menyelesaikan dan menyempurnakan hutang dan wasiat yang mereka tinggalkan
iii. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat handai mereka.
g. Akibat anak derhaka:
i. Mendapat azab di akhirat
ii. Tidak mendapat rahmat Allah
iii. Terputus rezeki daripada Allah
iv. Dibenci oleh orang sekeliling
Terhadap Individu
Terhadap Masyarakat
- Menanggung kesusahan di dunia berpanjangan
- Tidak mendapat rahmat Allah
- Dibenci oleh orang lain
- Akan mendapat azab di akhirat
2. menimbulkan pergaduhan dan permusuhan
3. wujud masyarakat yang berakhlak buruk
4. mewujudkan suasana yang tidak aman
h. Implikasi menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua:
i. Mereka mungkin akan hilang kasih sayang anak dan cucu
ii. Menimbulkan tekanan perasaan kerana merasa diri tidak diperlukan lagi.
iii. Dipandang serong oleh masyarakat kerana menyalahicara hidup Islam
5. Menipu dan Berbohong
    1. Pengertian : Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain
    1. Hukum menipu dan berbohong :
Haram dan berdosa besar
    1. Contoh :
i. Menipu: mengurangkan sukatan/timbangan, menjual barang yang rosak dan meniru dalam peperiksaan
ii. Berbohong: menyatakan barang yang dijual berkualiti tetapi sebaliknya, memalsukan fakta/maklumat
    1. Kesan perbuatan menipu dan berbohong
Terhadap Individu
Terhadap masyarakat
- Melahirkan individu yang bersifat mementingkan diri
- Menjatuhkan maruah
- Tidak dipercayai oleh orang lain
- Hasil kerja yang tidak bermutu
- menimbulkan permusuhan dan pergaduhan
- masyarakat mundur dan ketinggalan
- tidak wujud sifat jujur dan amanah
- masyarakat bermoral rendah
6. Mencuri dan Merompak
a. Pengertian :
i. Mencuri : Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
ii. Merompak : Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin.
b. Hukuman terhadap pencuri
i. Berdosa besar dan jika sabit kesalahan akan dipotong tangan.
ii. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman potong tangan :
Aspek
Syarat
Pencuri
cukup umur dan berakal kemahuan sendiri
Niat
Untuk melakukan jenayah bukan kerana terlalu lapar atau miskin
Barang/ harta
- kepunyaan orang yang tertentu
- mencukupi nisab
- disimpan di tempat yang sewajarnya.
c. Implikasi perbuatan mencuri
Terhadap individu
Terhadap masyarakat
- dipandang hina
- tidak dipercayai
- dipulau dan disisihkan
- masyarakat tidak tenteram
- menimbulkan pergaduhan dan permusuhan
- masyarakat hidup dalam kebimbangan
d. Langkah-langkah untuk menangani perbuatan mencuri
i. Kerjasama antara ahli masyarakat-mengadakan rondaan .
ii. Memberi kesedaran tentang keburukan mencuri serta hukumannya.
iii. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat
iv. Menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.
7. Riba
a. Definisi:
Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, dan pertukaran makanan yang sejenis
b. Hukum riba:
Haram dan berdosa besar serta akan menerima azab di akhirat.
c. Jenis-jenis Riba:
i. Riba al-Fadhl : pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran barang yang sama.
ii. Riba an-Nasi’ah : pertambahan yang diperoleh melalui penangguhan tempoh bayaran.
d. Faktor berlaku perbuatan riba
i. Terpengaruh dengan kemewahan dunia
ii. Kemiskinan dan kesusahan hidup mendorong seseorang itu terlibat dengan riba.
iii. Tamak dan ingin mengaut keuntungan semata-mata.
e. Langkah menangani perbuatan riba
i. Melaksanakan system ekonomi Islam yang berlandaskan Islam
ii. Memberi penjelasan kepada masyarakat tentang kesan buruk amalan riba dan kebaikan system ekonomi Islam
iii. Menghapuskan sistem lama dan menggantikan dengan sistem Islam
f. Hikmat pengharaman perbuatan riba
i. Membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
ii. Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat
iii. Menggalakkan semangat tolong menolong sesama manusia
iv. Mengecilkan jurang kehidupan antara golongan kaya dan miskin
v. Mencegah sifat mementingkan diri sendiri
8. Makan Harta Anak Yatim
a. Anak yatim : Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
b. Harta anak yatim : diperoleh melalui pusaka, wasiat dan hadiah
c. Hukum: haram dan berdosa besar
d. Sebab-sebab dilarang memakan harta anak yatim :
i. Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
ii. Mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan melarat
iii. Mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus silaturrahim
iv. Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta pusaka.
9. Lari Daripada Medan Perang
a. Perang jihad : Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian Islam.
b. Hukum : wajib kepada rakyat yang baligh dan berakal serta berkeupayaan menyertai jihad jika kesucian Islam telah dicabuli atau dihina dan pemimpin telah mengishtiharkan perang.
c. Hukum lari dari medan perang : haram dan berdosa besar serta dilaknat oleh Allah.
d. Faktor lari dari medan perang :
i. Takut berhadapan dengan risiko dalam peperangan serti tercedera,terkorban atau cacat.
ii. Tidak yakin dengan pertolongan Allah.
iii. Mencintai dunia melebihi cinta akhirat.
e. Implikasi lari dari medan perang :
i. Dipandang hina
ii. Umat Islam akan ditindas
iii. Memberi peluang kepada musuh Islam menghancurkan Islam
iv. Merendahkan martabat agama dan umat Islam
10. Mengumpat dan Memfitnah
a. Definisi:
Mengumpat
Memfitnah
mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya.
melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti.
b. Hukum mengumpat dan memfitnah ; haram dan berdosa besar.
c. Sebab mengumpat dan memfitnah :
i. Ingin melihat orang lain menderita
ii. Takut persaingan hidup
iii. Iri hati atau hasad dengki terhadap kelebihan orang lain
iv. Suka bermegah dan merasa bangga dengan kelebihan yang ada pada diri sendiri.
d. Akibat mengumpat dan memfitnah :
i. Berlaku permusuhan dan pergaduhan
ii. Masyarakat Islam akan ketinggalan dan mundur
iii. Putus silaturrahim dan menghalang perpaduan
iv. Akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh orang sekeliling.
e. Cara mengatasi perbuatan mengumpat dan memfitnah :
i. Reda dengan ketentuan Allah.
ii. Menyemai sifat kasih sayang sesama manusia
iii. Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan amalan soleh
iv. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
f. Cara untuk mengelakkan daripada perbuatan mengumpat dan memfitnah:
i. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
ii. Jangan percaya dengan berita-berita yang belum tentu kesahihannya
iii. Tidak menyebarkan berita-berita yang tidak benar kepada orang lain.
iv. Jangan mendengar berita tentang keburukan orang lain.
Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
11. Minum Arak dan Menagih Dadah
a. Definisi :
Arak
Dadah
minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam
sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir
b. Hukuman bagi peminum arak:
i. Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman sebat 40 kali sebatan.
ii. Syarat-syarat dikenakan hukuman:
1. peminum arak sempurna akal
2. dilakukan dengan kemahuan sendiri
3. peminum mengetahui bahawa apa yang diminum adalah arak.
c. Akibat minum arak dan penagihan dadah:
Terhadap individu
Terhadap masyarakat
- membazir harta, masa dan tenaga
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
- mendorong kepada kegiatan jenayah lain dan maksiat.
- menjadi mundur kerana tidak mempunyai daya maju
- tidak tenteram kerana berlaku pergaduhan dan perkelahian
- banyak wang negara dihabiskan untuk menyediakan pusat pemulihan
d. Hikmah pengharaman meminum arak dan penagihan dadah
i. Memelihara kewarasan akal fikiran
ii. Mengelakkan kesihatan fizikal dan mental
iii. Mengelakkan penyakit yang berbahaya
iv. Membendung kegiatan jenayah social dalam masyarakat.
v. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat.
e. Langkah pencegahan :
Meminum arak
Menagih dadah
- kempen dan penerangan secara meluas
- mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan
- mengenakan cukai yang tinggi terhadap minuman keras.
- Melaksanakan undang-undang Islam terhadap peminum arak.
- sikap mengambil berat/prihatin terhadap ahli keluarga dan masyarakat
- Tindakan yang tegas terhadap penagih dan pengedar
- Memberikan didikan agama yang secukupnya kepada masyarakat.
- Kerjasama dengan pihak polis atau antinarkotik
12. Zina, Liwat dan Musahaqah
a. Definisi :
Zina
persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.
Liwat
Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks)
Musahaqah
Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
b. Hukum dan hukuman :
Zina
Jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hudud:
Penzina Muhsan/ yang telah berkahwin
Penzina GhairuMuhsan /belum pernah berkahwin
Direjam sampai mati
Sebat 100 sebatan
Syarat-syarat perlaksanaan hukuman :
- Yakin melakukan zina
- Disaksikan 4 lelaki yang adil
- Keempat-empat saksi melihat perbuatan zina
Liwat
Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman takzir: dipisahkan pasangan tersebut dan ditahan dalam rumah sehingga bertaubat atau meninggal dunia
Musahaqah
c. Faktor berlaku :
Zina
Liwat dan Musahaqah
- Kurang didikan agama
- Iman kurang mantap
- Terpengaruh dengan bahan bacaan/tontonan yang berunsur lucah
- Pergaulan bebas
- Kurang didikan agama
- Iman kurang mantap
- Terpengaruh dengan budaya barat/liar
- Tidak sanggup memikul tanggung jawab suami isteri
13. Menuduh Zina (Qazaf)
a. Definisi : menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil.
b. Hukuman bagi penuduh : 80 kali sebatan dan segala penyaksian mereka tidak boleh diterima selama-lamanya kecuali setelah benar-benar bertaubat
c. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman:
Pihak Yang Menuduh
i. berakal
ii. cukup umur
iii. kemahuan sendiri
Pihak YangKena Tuduh
i. berakal
ii. cukup umur
iii. Islam
iv. merdeka
v. belum pernah
berzina dan sentiasa
menjauhi zina
14. Membunuh Diri
a. Definisi : Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri.
b. Hukum : haram dan berdosa besar
c. Faktor berlaku perbuatan membunuh diri ;
i. Putus asa dengan rahmat Allah
ii. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat
iii. Menganggap dengan membunuh diri menamatkan penderitaan
iv. Tidak sanggup menghadapi kegagalan atau penderitaan.
d. Cara mengatasi :
i. Hendaklah yakin dengan rahmat Allah
ii. Berusaha memajukan diri dengan mengikut lunas-lunas yang betul
iii. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Qur’an, as-Sunnah dan akal yang waras.
iv. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat
e. Membunuh diri adalah satu pencabulan hak Allah, kerana :
i. Penetapan ajal maut adalah hak Allah. Oleh itu jika membunuh diri kita seolah-olah kita membuat penetapan sendiri ajal maut.
ii. Mengambil nyawa adalah hak Allah. Jika kita membunuh diri kita telah mengambil alih tugas tersebut.
BAB 3 TUNTUTAN BERTAUBAT
1. Pengertian Taubat
Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau laranganNya
2. Hukum
Wajib bagi mereka yang telah melakukan dosa.
3. Syarat-syarat taubat:
a. Menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
b. Berhenti melakukan maksiat dengan segera
c. Berazam tidak akan mengulanginya lagi
d. Berterus terang/memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain
4. Hikmah Taubat
a. Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
b. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat
c. Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
d. Mendekatkan diri kepada Allah
e. Meningkatkan keimanan
f. Mengembalikan ikatan silaturrahim
5. Halangan penerimaan taubat:
a. Taubat secara main-main
b. Taubat ketika hampir mati
c. Taubat yang tidak menepati syarat-syarat taubat
d. Melambat-lambatkan taubat
e. Berterusan melakukan maksiat
6. Kenapa taubat perlu disegerakan:
a. Seseorang itu tidak mengetahui bilakah ajalnya sampai
b. Taubat orang yang hamper mati tidak akan diterima oleh Allah
c. Supaya diri suci daripada segala dosa
d. Supaya taubatnya diterima oleh Allah
7. Tanda-tanda orang yang diterima taubatnya :
a. Memperoleh ketenangan jiwa
b. Sentiasa mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya
c. Dapat menyempurnakan ibadah dengan penuh khusyuk
d. Mengamalkan akhlak mahmudah(yang terpuji) dan meninggalkan akhlak yang mazmumah (buruk)

No comments:

Post a Comment