NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
(SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19)
(SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19)
Luqman al-Hakim
a. Seorang hamba Allah yang soleh dan bertakwa
b. Dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi.
c. Hidup pada zaman Nabi Daud as.
d. Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah beliau dan kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia.
e. Sangat prihatin dalam mendidik anaknya supaya dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat Allah.
Nasihat Luqman al-Hakim
Huraian | |
Tidak mensyirikkan Allah | 1. Perbuatan menyengutukan Allah dengan sesuatu sama ada pada Zat, Sifat atau 2. Jenis-jenis Syirik a. Jali (syirik secara terangan, contohnya : menyembah berhala) b. Khafi (tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak niat (ibadah), contohnya ria’) 3. a. Terbatal iman dan keluar dari Islam b. Dosa tidak diampunkan c. Akan mendapat azab yang pedih di akhirat 4. a. Mendalami agama Islam/akidah b. Menyebarkan risalah-risalah mengenai keburukan syirik c. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat |
Berbuat baik kepada ibu bapa | 1. Jasa Ibu Bapa Yang Patut Dikenang: a. Mengandung dan melahirkan b. Mengasuh dan membesarkan anak c. Menyediakan semua keperluan hidup supaya hidup selesa d. Memberi kasih sayang dan perhatian 2. Cara-Cara Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa a. Mentaati ibu bapa walaupun berlainan agama b. Bersopan dan merendahkan suara ketika bercakap c. Mendengar nasihat d. Melayan dan menggembirakan ibu bapa e. Sabar dengan karenah ibu bapa terutamanya yang telah lanjut usia. f. Menziarahi sekiranya tinggal berjauhan 3. Cara berbakti kepada ibu bapa : a. Melayani mereka dengan penuh kasih sayang b. Merawat mereka ketika sakit c. Menjaga segala keperluan mereka d. Sentiasa menziarahi mereka jika tinggal berjauhan 4. Tanggung jawab anak-anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia : a. Menjelaskan hutang-hutang mereka b. Sentiasa mendoakan agar Allah merahmati c. Melakukan amal kebajikan untuk mereka d. Melaksanakan wasiat dengan penuh amanah 5. Akibat Anak Derhaka : a. Tidak memperoleh kesenangan hidup di dunia b. Dibenci oleh masyarakat c. Terputus rezeki daripada Allah d. Diazab di akhirat dalam api neraka 6. Faktor anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan : a. Kurang didikan agama b. Iman kurang mantap c. Tiada kesedaran mengenai pengorbanan ibu bapa d. Terlalu sibuk dengan urusan keduaniaan sehingga tiada masa untuk menjaga ibu bapa. |
Menunaikan Solat dan Amar Makruf Nahi Mungkar | 1. Kepentingan Solat a. membentuk peribadi Muslim b. mencegah kemungkaran dan maksiat c. menenangkan jiwa d. membentuk akhlak mulia 2. Kepentingan Amar Makruf dan nahi mungkar a. Hukum dan syariat Allah dapat ditegakkan b. Menghapuskan kemungkaran dan gejala sosial c. Pembangunan negara berjalan lancar d. Ekonomi bertambah baik e. Keselamatan terjamin f. Mengangkat martabat Islam g. Memelihara maruah, harta, keturunan dan hak individu dan awam. 3. Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar
|
Gigih dan sabar | 1. Maksud Sabar; - Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tanpa merasa penat, jemu, tidak berputus asa dan tabah menghadapi sesuatu ujian dari Allah swt 2. Jenis-jenis sabar: a. Sabar dalam melakukan ibadah kepada Allah b. Sabar dalam menjauhi larangan Allah c. Sabar menghadapi ujian Allah 3. Kelebihan orang yang sabar: a. Tidak mudah putus asa terhadap kegagalan yang menimpa a. Dapat menghasilkan kualiti kerja yang baik dan cemerlang b. Tabah menghadapi sesuatu cabaran c. Dapat mengukuh dan memantapkan iman d. Sentiasa mendapat pertolongan Allah swt e. ebagai tanda redha dengan takdir Allah swt f. Menjamin kejayaan cemerlanng dalam pekerjaan g. Mendapat kejayaan hidup di dunia dan di akhirat |
Berakhlak mulia | 1. Sikap yang dilarang oleh Allah berdasarkan ayat : a. Memalingkan muka b. Bersikap sombong c. Bercakap dengan suara yang kuat d. Berjalan dengan berlagak 2. Kebaikan berakhlak mulia : 3. Contoh komunikasi yang bagus : a. Menggunakan bahasa yang lembut dan sopan b. Memandang tepat ke muka apabila bercakap c. Menunjukkan muka yang manis d. Mendengar sepenuh perhatian |
Kepentingan Nasihat Luqman al-Hakim Kepada Umat Islam : f. Melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang tinggi g. Membentuk umat Islam yang berakhlak mulia. h. Menjadi umat yang disegani oleh umat lain i. Menjadikan umat yang labih maju dan berdaya saing | |
Pengajaran Ayat : 1. Kita hendaklah ……………………………………… agar…………………………………... 2. Umat Islam perlu ………………………………………..supaya……………………………... 3. Sikap …………………………………… perlu diamalkan/dijauhi kerana ……………........... | |
j. Orang yang beriman sentiasa berwaspada dan menjaga dirinya daripada melakukan perkara yang merosakkan iman
k. Berakhlak mulia merupakan identiti umat Islam
l. Islam memberikan penghormatan yang tinggi kepada ibu bapa
m. Kesabaran amat penting dalam kehidupan ketika melaksanakan ibadah.
Soalan SPM 2005
1. (Surah Luqman : 17) ayat di atas menerangkan tentang nasihat Luqman kepada anaknya.
i. Jelaskan dua nasihat selain’amar makruf dan nahi mungkar” (4m)
ii. Terangkan contoh ’amar makruf dan nahi mungkar” yang boleh anda laksanakan di sekolah. (2m)
iii. Huraikan dua akibat terhadap masyarakat sekiranya ”amar makruf dan nahi mungkar” tidak dilaksanakan.(4m)
SPM 2009
2. Surah Luqman : 17 – 19
i. Berdasarkan ayat di atas, nyatakan dua nasihat Luqman al-Hakim yang lain.(2m)
ii. Jelaskan dua cara mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan seharian.(4m)
iii. Terangkan dua kebaikan mengamalkan sifat sabar.(4m)
SPM 2008
3. Surah Luqman : 13
i. Apakah yang dimaksudkan dengan syirik/(2m)
ii. Senaraikan empat contoh perbuatan syirik.(4m)
iii. Terangkan tiga kesan perbuatan syirik terhadap umat Islam (6m)

No comments:
Post a Comment