Ibnu Hisham menceritakan; Seruan Islam telah mendapat sambutan yang tidak putus-putus dan orang
ramai lelaki mahu pun perempuan sehingga menjadi buah mulut dan perbualan umum di kota Makkah.
Kemudian Allah Subhanahu Wata’ala pun meminta NabiNya supaya menjalankan tugas secara terangFiqh
Al-Sirah 1
48
terangan dengan membentangkan perkara ini kepada orang ramai serta menyeru mereka beriman
denganNyá. RasuluLlah telah menjalankan tugas da’wahnya secara sulit lebih kurang tiga tahun sehingga
turunnya ayat Qur’an yang ber bunyi:
( فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِآِينَ ( 94
Yang bermaksud:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang—terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dan orang-orang yang musyrik.”
(Surah Al-Hijr 15:94)
Dan firman Allah lagi yang berbunyi:
Yang bermaksud:
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap orang orang yang mengikutmu iaitu orang-orang yang beriman.”
Dan firman Allah yang berbunyi:
( وَقُلْ إِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْمُبِينُ ( 89
(Surah Al-Hijr 15:89)
Yang bermaksud:
( فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِآِينَ ( 94
“Dan katakanlah; Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan.”
(Surah Al-Hijr 15:94)
Di ketika itulah RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam melaksanakan perintah-perintah
Tuhannya sebagai mematuhi seruan Allah yang berbunyi:
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah mengumpul Bani Fihr dan Bani ‘Adi di atas bukit Safa.
Kesemua mereka turut hadir dalam perjumpaan itu. Bagi mereka yang uzur tidak dapat hadir terpaksa
menghantar wakil peribadi. Di situlah Nabi telah bangun lantas berkata: Apakah kamu sekelian akan
percaya atau tidak sekiranya aku ceritakan bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh yang akan
menyerang kamu. Jawab mereka: Sudah pasti kami akan percaya kerana kami belum pernah mendengar
lagi percakapan dusta darimu. Kemudian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menambah:
Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu di hadapanku ini suatu azab sengsara yang
paling hebat. Abu Lahab pun bangun lalu menjawab: “Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk
ini sahaja yang engkau kumpulkan kami?” Selepas itu maka turunlah ayat Al—Qur’an:
Yang bermaksud:
( تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ ( 1
Fiqh Al-Sirah 1
49
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. “
(Surah Al—Lahab 111:1)
[Dipersetujui ramai bahawa ayat ini berhubung dengan peristiwa Abi Lahab tadi.]
Sebagai menyahut kepada firman Tuhan yang berbunyi:
( وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ ( 214
(Surah Asy Syu’ara 26:2 14)
Maka Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun mengumpul kaum kerabatnya yang hampir
sambil berkata; “wahai Bani Ka’b bin Luai bebaskanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Murrah
bin Ka’b jauhkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Hisyam selamatkanlah dirimu dan api
neraka, wahai Bani Abdul Manaf jauhilah dirimu dan api neraka, wahai Barn Abdul Mutalib hindar
kanlah api neraka dan dirimu, wahai Fatimah bebaskanlah dirimu dan neraka. Sesungguhnya aku tidak
upaya hanyalah setakat menghubung tali silaturrahim yang abadi di antara kamu sekelian.” Pihak Quraisy
telah menunjuk reaksi mereka terhadap seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan
berpaling tadah dan mencemuh seruannya itu dengan alasan mereka tidak sanggup meninggalkan agama
yang diwarisi dan datuk nenek mereka yang telah sebati dan menjadi darah daging. Untuk demikian Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah menegaskan yang mereka terpaksa dibebaskan dan
direvolusikan mental dan cara pemikiran mereka daripada belenggu taqlid dan turut membabi-buta ini dan
cuba menggunakan akal fikiran dan lojik serta menerangkan kepada mereka di mana berhala yang
diperbuat daripada batu kemudian disembah itu langsung tidak memberi faedah atau membahayakan
mereka.
Penyembahan mereka terhadap berhala-hala tadi semata-mata bergantung kepada perasaan
sentimen dan ta’sub yang melulu kepada datuk nenek mereka yang terdahulu. Firman Allah yang
bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; Marilah (mengikut kepada apa yang diturunkan Allah
dan kepada Rasul. Mereka menjawab: Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa
kami mengerjakannya. Apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun
nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk.”
Bila Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengecam berhala dan penyembahannya,
memperhinakan cara mereka berfikir dan cara pemikiran datuk moyang mereka lantas kecaman Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tadi di tentang habis-habisan. Kecualilah mereka yang telah
memeluk agama Islam dan terkecuali juga bapa saudaranya Abu Talib yang telah mempertahankan Nabi
Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan serangan-serangan orang-orang Quraisy.[ Tahzib Sirah Ibm
Hisyam Vol. I halaman 68.]
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
Dalam perenggan ini dapai kita bahagikan tiga kenyataan petanda seperti berikut:
1. Seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terhadap puak Quraisy terang-terangan telah
memeranjatkan bangsa Quraisy dan umat ‘Arab umumnya. Ini dapat dilihat dengan nyata sekali iaitu
penentangan Abu Lahab semasa baginda menyeru mereka di Bukit Safa dan penyertaan puak Quraisy
seluruhnya dalam usaha menentang baginda.
Segala-galanya ini adalah jawapan yang tajam kepada mereka-mereka yang mengatakan yang
agama Islam ini adalah karya ilham tempatan ataupun saranan faham kebangsaan yang dianjurkan oleh
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam demi untuk mencapai cita-cita bangsa ‘Arab.
Tidak perlu lagi mengkaji dan berpenat lelah mencari jawapan dan alasan yang tegas sebagai
jawapan kepada segala tipu-helah yang mengetawakan yang sering disuarakan oleh seteru-seteru Islam
dan oleh mereka yang cuba melariskan tipu-helah kotor terhadap Islam tetapi untuk tujuan busuk dan
Fiqh Al-Sirah 1
50
muslihat mereka maka terpaksalah mereka lakukan walaupun segala-galanya ini langsung tidak
menjejaskan hakikat dan kebenaran yang begitu nyata sekali.
2. Seharusnya tidak perlu lagi diturunkan suatu ayat yang khusus untuk menyeru dengan terang-terangan
akan keluarga RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah untuk berda’wah kepada mereka memadai
dirangkumkan sekali maksudnya ke dalam sahaja tanpa dikhususkan dengan suatu ayat dan serua yang
lain. Maka apakah rahsia yang terkandung di dalam pengkhususan ini?
Sebagai jawapannya maka ini telah memberi suatu gambaran yang terang mengenai peringkat
tanggungjawab yang dibebankan ke atas tiap Muslim dan para penda’wah secara khusus.
Peringkat pertama ialah tanggungjawab seseorang terhadap dirinya yang demikian maka masa
penurunan wahyu yang pertama merupakan suatu masa yang dilalui oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam yang memberi ketenangan dan keyakinan bahawa ianya Rasul yang benar telah diutuskan oleh
Allah dan segala apa yang diwahyukan kepadanya adalah dari Allah Subhanahu Wata’ala. Segala-galanya
ini memberi keyakinan yank penuh ke arah mempercayakan apa yang telah diturunkan itu serta
menanamkan kepercayaan ke dalam diri sendiri terhadap apa yang diturunkan oleh Allah adalah peringkat
pertama dari senarai tanggungjawab.
Peringkat kedua ialah tanggungjawab setiap Muslim terhadap kaum keluarganya kerana tiap
Muslim adalah bertanggungjawab menyampaikan seruan da’wah kepada kaum keluarganya. Untuk yang
demikianlah maka Tuhan telah meminta RasulNya supaya menyampaikan seruan da’wah ini kepada
kaum keluarganya secara khusus. Ini bukanlah suatu tanggungjawab yang khusus kepada RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam malah kepada setiap Muslim.
Peringkat ketiga ialah tanggungjawab ‘alim ‘ulama’ terhadap kawasan daerahnya dan
tanggungjawab pemerintah terhadap negara dan rakyat jelatanya. Kedua-dua mereka ini mengambil
tempat selepas RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kerana kedua—duanya adalah warisan yang
sebenar dalam Islam seperti mana yang telah ditegaskan oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam:
“AIim ‘ulama’ adalah warisan para Anbiya”.
Pemerintah atau kepala negara adalah Khalifah. Adapun khalifah yang dimaksudkan di sini ialah
Khalifah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang bererti “pengganti bagi RasuluLlah SallaLlahu
‘alaihi Wasallam”.
Mempelajari ilmu pengetahuan dan hukum-hakam Islam adalah suatu yang wajib dilengkapkan
oleh tiap pemimpin, penganjur dan pemerintah masyarakat Islam sebab tidak ada perbezaan antara
kewajipan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan kewajipan yang dipertanggung jawabkan kepada
mereka ini. Perbedaannya sekadar RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menerima wahyu dan langit
sedangkan mereka ini pula menjalankan mengikut apa yang telah diturunkan itu dan dan sunnah
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sendiri.
Ringkasnya RasuluLlah bertanggunggjawab terhadap dirinya sebagai seorang mukallaf,
bertanggungjawab terhadap keluarganya sebagai kepala keluarga dan bertanggungjawab ‘terhadap
manusia umum sebagai seorang Rasul yang diutuskan Allah Subhanahu Wata’ala.
3. RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah memperolok-olokkan kaumnya yang telah
membelenggukan segala tenaga fikiran kepada adat tradisi datuk nenek moyang mereka iaitu menyembah
berhala dan melakukan perkara munkar yang lain tanpa memikirkan apakah berhala itu boleh memberi
sesuatu kebaikan atau membahayakan kalau tidak disembahnya. Seterusnya RasuluLlah SallaLlahu
‘alaibi Wasallam rnenyeru mereka agar membebaskan diri dan pemikiran perhambaan dan cengkaman
tradisi yang lapuk yang sedikit pun tidak berbau dengan logis dan mantiq. Dari sini dapatlah kita
simpulkan iaitu agama ini dan segala ahkamnya adalah sejajar suluhan fikiran dan mantiq. Oleh yang
demikian maka di antara syarat-syarat yang terpenting untuk menentukan sah iman dengan Allah
Fiqh Al-Sirah 151
Subhanahu Wata’ala ialah keyakinan dan fikiran bebas tanpa bertaut dengan sebarang adat resam atau
‘tradisi’ yang lain. Penyusun ilmu tauhid menyatakan dalam puisi tauhidnya yang berbunyi:
“Tiap orang yang beriman secara taqlid imannya tidak dapat tidak dikuasai oleh was—was dan syak
wasangka”.
Dari sini terang sekali kepada kita bahawa agama Islam menentang habis-habisan taqlid dan
meniru buta tuli ataupun dipengaruhi oleh adat lapuk seperti yang ditegaskan tadi kerana prinsip dan
ajaran agama Islam semuanya berdasarkan akal fikiran yang sihat dan logik. Sebaliknya Islam melarang
mengikuti tradisi lapuk yang langsung tidak berbau unsur-unsur fikiran yang bebas dan logik. Perkataan
‘Tradisi’ (1) mengikut apa yang diertikan oleh ahli sosiologi ialah sekumpulan adat resam yang
diwariskan dan datuk nenek yang terdahulu ataupun hasil pergeseran di dalam sesuatu bi’ah suasana dan
segala apa yang dilakukan oleh manusia mengikut tatasusila penghidupan dalam masyarakat, seperti
upacara—upacara keramaian dan perkabungan ataupun penyedutan secara spontan di kala pergeseran
antara satu sama lain. Segala—galanya ini dikenal dengan ‘adat tradisi’ mengikut istilah bahasa dan ilmu
kemasyarakatan.
[‘Tradisi’ — Kalimat tradisi yang digunakan dalam terjemahan ini bukanjah merujuk kepada pengertian
yang asal sebagaimana yang biasa digunakan iaitu yang bermaksud satu warisan agama yang bersifat
samawi. Sebaliknya penggunaan kalimat ‘tradisi’ dalam teijemahan ini adalah mengikut makna yang
biasa digunakan dalam bahasa moden yang membawa maksud warisan lapuk, karut dan kepercayaan
yang melulu.]
Sekiranya kita faham segala—galanya ini, justeru itu dapatlah kita pastikan yang Islam itu tidak
mungkin diertikan sebagai suatu ‘tradisi’ samada yang bersangkut—paut dengan ‘aqidah kepercayaan
mahupun peraturan-peraturan dan hukum-hakam kerana ‘aqidah berasaskan akal fikiran dan logik
sedangkan hukum-hukum pula berasaskan muslihat dan kepentingan dumawi dan ukhrawi. Untuk
mencapai dua kepentingan ini akal fikiran dan perhitungan diri sendiri merupakan perantaraan yang
penting walaupun pada setengah-setengahnya otak biasa manusia tidak boleh mengetahui sebab-sebab
dan hikmatnya.
Di sini nyata sekali kepada kita betapa salahnya mereka yang menganggapkan ‘ibadat, hukumhakam
syari’at dan susila itu adalah ‘tradisi Islam’, ini adalah satu pengertian yang salah. Menyebarkan
anggapan seumpama ini Semata—mata untuk memburukkan agama Islam kerana akan dicap dan dituduh
bahawa tatasusila, akhlak yang luhur yang memberikan kesenangan kepada manusia ini bukannya
daripada Tuhan Rabbil ‘alamin tetapi hasil ciptaan manusia yang diwariskan daripada manusia yang
silam. Hasil daripada anjuran yang salah ini menyebabkan sebilangan besar manusia terasa tidak senang
dengan tradisi yang lama ini untuk dipraktikkan di dalam sesuatu masya rakat yang lebih maju dan
progressif.
Sebenamya usaha menyebarkan slogan-slogan yang seumpama ini adalah sebahagian daripada siri
penentangan terhadap Islam.
Tujuan utama daripada penyebaran slogan yang salah ini ‘tradisi Islam’ ialah supaya di suatu
masa yang akan datang manusia seluruhnya akan terlupa bahawa peraturan dan perundangan Islam itu
sebenarnya dan Tuhan sebaliknya apa yang akan terbayang di otak kepala mereka ialah segala—galanya
adalah tradisi manusia. Dengan demikian mudahlah bagi seteru—seteru Islam memasukkan segala jarum
dan kuman-kuman yang merbahaya demi merobohkan keagungan Islam.
Tidak syak lagi apabila umat Islam terjaga dan sedar dan tidurnya yang nyenyak mereka akan
melihat sebahagian besar daripada prinsip-prinsip dan hukum-hakam Islam seperti soal nikah cerai, soal
hijab dan kesusilaan Islam telahpun dirombak dan ditukar dengan definasi dan pengertian ‘tradisi’ maka
dan sinilah akan timbul segolongan manusia (Islam) menganjur dan menyeru agar membebaskan diri dan
apa yang dikatakan ‘tradisi’, terutamanya di zaman ini di mana terdapat suara—suara melaung-laung ke
arah pembebasan fikiran dan revolusi mental.
Fiqh Al-Sirah 1
52
Sebenarnya di dalam Islam tidak ada apa yang dimaksudkan dengan ‘tradisi’ ini.
Sesungguhnya agama Islam ini diturunkan demi untuk membebaskan otak manusia dan
cengkaman ‘tradisi’ seperti mana yang dapat kita lihat dalam da’wah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi
Wasallam di peringkat pertama.
Segala apa yang telah dibawa oleh Islam dan peraturan dan perundangan yang kesemuanya
merupakan prinsip prinsip dan usul-usul. Adapun prinsip dan usul adalah berasaskan fikiran yang logik
untuk mencapaikan suatu tujuan yang tertentu. Sekiranya prinsip dan rukun-rukun yang diciptakan oleh
manusia selalunya mengalami kesalahan kerana ketumpulan otak pencipta dan penggubalnya maka
prinsip dan usul Islam langsung tidak berbau dengan kesalahan dan kekurangan sebab prinsip ini adalah
daripada Allah pencipta alam sejagat termasuk otak manusia yang serba lemah dan tumpul.
Apa yang dikatakan ‘tradisi’ pula hanyalah sekadar arus kecenderungan manusia yang terbawabawa
oleh segolongan manusia kerana ingin meniru dan mengikuti manusia lain.
Adapun prinsip dan usul itu ialah landasan di mana keadaan dan perubahan zaman mesti
mengikutinya dan bukan sebaliknya.
Apa yang dikatakan ‘tradisi’ itu diibaratkan sebagai tumbuhan-tumbuhan liar yang tumbuh di
tengah-tengah pemikiran masyarakat yang merupakan rumput-rumput yang merbahaya yang mesti
dicabut dan dikikis sebersihnya dan kepala pemikiran manusia.
No comments:
Post a Comment