Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Friday, September 14, 2012

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH ISLAMIYYAH SEMASA HIDUP RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM


Fiqh Al-Sirah 1
44
Seruan Islam semasa hidup RasuluLlah telah menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu:
Peringkat pertama:
Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.
Peringkat kedua:
Seruan secara terang—terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.
Peringkat ketiga:
Da’wah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga
pembukaan Makkah mukarramah.
Peringkat keempat:
Da’wah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang
perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun
diturunkan.

SERUAN SECARA SULIT
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun telah memulakan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan ke atas baginda iaitu berda’wah secara sulit, menyeru manusia ‘Arab supaya
menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara
sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik
dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib dengan
baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda.
Di antara mereka yang muh-mula menyabut seruan baginda ialah Sayyidatina Khadijah
RadiyaLlahu ‘anha, ‘Au bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan anak angkatnya), Abu
Bakar bin Quhafah, “Uthman bin ‘Allan, Al Zubair bin ‘Awwam, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin
Abi Waqqas dan mereka yang lain RadiyaLlahu ‘anhum.
Semua mereka ini telah bertemü dengan RasuluLlah secara sulit. Bila mereka hendak melakukan
‘ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh dan pandangan orang orang Quraisy maka
di sanalah mereka akan mengerjakan ‘iba dat.
Ketika pemeluk agama Islam meningkat tiga puluh orang lelaki dan perempuan maka RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam pun telah memilih satu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu di rumah
A1-Arqam bin Abi A1-Arqam dan di rumah itulah RasuluLlah menyampaikan segala ta’limat tunjuk ajar
dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan di mana hampir empat puluh orang
telah menyahut seruan Islam. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dan golongan fakir miskin dan hamba
sahaya yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.[ Untuk keterangan lanjut, rujuk Tahzib Sirah
Ibnu Hisyam vol. 1 halaman 75]
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
1. Rahsia berda’wah secara sulit di peringkat permulaan.
RasuluLlah telah menjalankan tugasnya iaitu berda’wah secara rahsia bukanlah kerana takut sesuatu yang
akan menimpa ke atas dirinya kerana baginda sedar ketika mana diturunkan ayat:
( يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ ( 1) قُمْ فَأَنذِرْ ( 2
Yang bermaksud:
“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!”. (Surah Al-
Muddaththir 74:1 — 2)

Bahawa Tuhan tidak akan membiarkannya keseorangan tanpa pertolongan dan perlindungan
dariNya. Sesungguhnya kalaulah Tuhan menurunkan ayat menyuruh baginda mara dengan apa yang telah
disuruh sejak mula-mula lagi nescaya RasuluLlah tidak akan berlengah sesaat untuk menjalankan da’wah
secara terang—terangan tetapi oleh kerana Tuhan telah mengilhamkan kepadanya ilham bagi RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah sejenis daripada wahyu supaya berda’wah di peringkat pertama ini
dengan secara sulit dan tidak akan mengajak sesiapapun kepada seruarmya kecuali setelah mempastikan
bahawa orang itu benar-benar cenderung dan minat kepadanya. Segala-galanya ini merupakan pengajaran
dan pengi’tibaran kepada penda’wah yang terkemudian dan sebagai pertunjuk kepada mereka supaya
berjaga-jaga dan berwaspada ketika menjalankan tugas ini serta mengkajinya dengan penuh teliti untuk
sampai kepada matlamat dan tujuan da’wah, juga sebagai pengajaran supaya tidak akan menyerah bulatbulat
kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya kerana cara ini sedikit sebanyak akan melemahkan dan
meracuni asas iman kepada Allah Subhanahu Wata’ala, lebih—lebih lagi cara ini bertentangan sekali
dengan tabi’at seruan Islam.

Dan sini nyatalah kepada kita di mana dalam menjalankan tugas da’wah mengikut polisi dan
tektik yang diharuskan ini adalah satu polisi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang sifatnya
sebagai ketua dan imam, bukanlah sifatnya sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan suruhan
dan larangan Allah Subhanahu Wata’ala semata—mata.


Oleh yang demikian adalah wajar sekali kepada para penda’wah di setiap zaman menjalankan
polisi dan tektik yang sesuai secara rahsia atau berterus—terang menggunakan kekuatan atau berlemahlembut
mengikut keadaan dan suasana. Inilah polisi dan kesesuaian (fleksibiliti) yang telah digariskan
oleh syari’at iaitu empat garis dan corak dan perjalanan RasuluLlah. Tidak boleh berda’wah
bersembunyi-bunyian dalam keadaan yang memerlukan terus-terang, tidak boleh bentolak ansur dengan
seteru yang dipandang boleh menggunakan kekerasan dan tidak boleh berdiam diri untuk menentang
orang kafir bila keadaan dan suasana membenarkan.
Kerana itu juga para jumhur fuqaha’ dengan ijma’ memutuskan; bahawa apabila muslimin berada
dalam keadaan lemah kerana bilangan anggotanya masih sedikit, dan berkeyakinan bahawa mereka akan
dibunuh tanpa dapat bertindak balas sesuatu terhadap musuh, maka dalam keadaan begitu hendaklah
diutamakan muslihah menjaga di kerana tipu muslihah dalam penjuangan merupakan muslihah menjaga
kepentingan agama, sama ada yang diijtihad itu tepat atau tidak tepat.
A1-Izz Bin ‘Abd alSalam telah menetapkan bahawa mencebur diri ke dalam jihad seperti ini
adalah haram, katanya:
“Kalau sudah pasti kehancuran, pasti tidak dapat bertindak balas, pasti kehilangan nyawa
muslimin, dan dengan itu pihak kuffar akan merasa senang hati, sebaliknya pihak muslimin akan
berdukacita, maka sudah tentu di situ kerosakan semata—mata, ia tidak mengandungi sebarang muslihah
atau polosi langsung.”


Moralnya...“Mengutamakan muslihah diri dalam keadaan begitu, hanya pada zahir
saja, tetapi pada hakikat dan matlamat jangka panjang ia sebenarnya merupakan muslihah atau polisi
agama, di mana muslihah agama diperlukan dalam keadaan seperti itu, supaya nyawa muslimin kekal
selamat untuk menghadapi masa depan dengan jihad dalam medan perjuangan yang terbuka di masa akan
datang, jika tidak maka kemusnahan mereka dikira sebagai memudharatkan agama Islam itu sendiri, dan
ia dikira sebagai membuka jalan di hadapan pihak kafir untuk membolehkan mereka merempuh halanganhalangan yang ada di hadapan mereka.

Ringkasnya: Adalah wajib berdamai atau merahsiakan da’wah, sekiranya da’wah cara terbuka
atau berperang, boleh membawa kemudharatan atau kerugian. Tetapi tidak harus pula merahsiakan
da’wah jika keadaan membenarkan dan memberi faedah. Tidak harus juga berdamai dengan orang orang
zalim dan orang-orang yang menunggu peluang untuk melakukan kezaliman, kalau sudah berkemampuan
dan sudah lengkap kemudahan kekuatan dan pertahanan, di saat itu tidak harus mengundur diri dan
berjihad (perang) terhadap kafirin bila sudah cukup segala persiapannya.

No comments:

Post a Comment