Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Wednesday, September 12, 2012

CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
(SURAH AL-MUKMINUN : AYAT 1 – 11)




1. Ciri-ciri mukmin yang berjaya:
a. Beriman kepada Allah
b. Menunaikan solat dengan khusyuk

c. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji dan sia-sia
d. Mengeluarkan zakat
e. Menjaga kehormatan diri
f. Menunaikan amanah dan janji
g. Menjaga waktu-waktu solat

2. Khusyuk dalam solat:

a. Cara-cara untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat:
i. Memahami bacaan dalam solat
ii. Menumpukan pandangan ke tempat sujud
iii. Ditunaikan secara ikhlas
iv. Menyempurnakan segala rukun dan syarat
v. Memastikan suasana dan tempat tenang dan aman

b. Kesan solat yang khusyuk:
i. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan
ii. Merasai nikmat ibadah solat
iii. Menjadi benteng daripada perlakuan maksiat
iv. Solat lebih sempurna dan diberi pahala oleh Allah
v. Mendapat keampunan dari Allah

c. Cara-cara menjaga waktu solat:
i. Mengerjakan solat tepat pada waktu
ii. Tidak melengah-lengahkan solat
iii. Menjaga syarat-syarat dan rukun solat dengan sempurna
iv. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat
v. Tidak mengabaikan solat lima waktu.

3. Menjauhi diri daripada perkara yang keji dan sia-sia:
a. Maksud Lagha :
o perkara sia-sia dan melalaikan daripada mengingati Allah dan melaksanakan tanggung jawab.

b. Contoh-contoh perbuatan yang sia-sia
i. Melepak di pusat membeli belah
ii. Lumba haram
iii. Mengambil dadah/pil-pil khayal
iv. Berbual kosong

c. Akibat melakukan perbuatan yang sia-sia
i. Menjatuhkan maruah umat Islam
ii. Lalai daripada menunaikan tanggung jawab terhadap Allah, diri, keluarga dan Negara.
iii. Umat Islam akan mundur
iv. Terdorong kepada perlakuan maksiat
v. Umat Islam menjadi lemah dan tidak bersemangat.

d. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara sia-sia
i. Menyertai aktiviti perkhemahan / motivasi
ii. Menghadiri majlis-majlis ilmu
iii. Menyertai badan-badan dakwah
iv. Menyertai sukan/riadah

4. Mengeluarkan zakat:

a. Peranan zakat
i. Membangunkan ekonomi umat Islam
ii. Membantu golongan miskin
iii. Membina kemudahan asas untuk kegunaan umat Islam
iv. Membuat pelaburan dalam bidang-bidang tertentu yang menguntungkan umat Islam
v. Memberi biasiswa kepada pelajar yang berkelayakan.





5. Menunaikan amanah dan janji:

a. Cara menunaikan amanah dan janji:
Aspek
Cara

Terhadap Allah
- mengerjakan perintah Allah dengan ikhlas
- menjauhi laranganNya
- sentiasa mengagungkan Allah
- menjauhi perbuatan syirik

TerhadapManusia
- saling membantu dan bekerjasama
- mengamalkan akhlak mulia
- menjalinkan hubungan yang baik

TerhadapAlamSekitar
- tidak membuang sampah merata
- memelihara dan memulihara alam
- tidak mencemarkan alam
- tidak melakukan pembalakan haram

b. Tujuan menunaikan manah dan menepati janji
i. Supaya terus mendapat kepercayaan orang lain
ii. Menghasilkan kerja yang berkualiti dan tepat pada masa
iii. Disukai Allah dan orang ramai
iv. Tidak menyakitkan hati orang lain
v. Tidak menyusahkan orang lain.


c. Akibat perbuatan khianat:
Individu :
- akan dibenci oleh orang lain
- tidak akan dipercayai
- pergaduhan dan permusuhan
Masyarakat :
- berpecah belah
- mundur dan ketinggalan
- senang terpengaruh dengan unsur negatif

6. Menjaga Kehormatan Diri :
a. Cara menjaga kehormatan diri
i. Menutup aurat dengan sempurna
ii. Menjauhi pergaulan bebas
iii. Menghindari perbuatan keji
iv. Menghadiri aktiviti keagamaan.

b. Kebaikan menjaga kehormatan diri:
i. Terpelihara daripada gejala negatif.
ii. Dihormati orang sekeliling
iii. Menjaga nama baik diri, keluarga dan agama
iv. Menghindari pergaduhan dan permusuhan.

c. Akibat tidak menjaga kehormatan diri:
i. Dipandang hina
ii. Terdorong perlakuan maksiat
iii. Menjatuhkan maruah
iv. Mencetuskan pergaduhan dan permusuhan

7. Pengajaran Ayat :
a. Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia merupakan tiang agama
b. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan maruah
c. Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi muslim
d. Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

8. Soalan-soalan yang berkaitan :
a. SPM 2005
i. Senaraikan empat ciri mukmin yang berjaya selain mereka yang khusyuk dalam solat.
ii. Bagaimanakah anda mencapai tahap khusyuk dalam solat?
iii. Jelaskan maksud potongan ayat berikut : (al-Mukminun: 8)

b. Apakah faktor yang mendorong remaja terlibat dengan perbuatan sia-sia.

c. Sebagai pelajar apakah implikasinya jika anda terlibat dengan perkara sia-sia?


No comments:

Post a Comment