Kembara untuk Perkongsian

Selagi Masih Di Perjalanan

Tuesday, September 18, 2012

PENGURUSAN INTEGRITI Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan. Nyatakan takrifan suapan.


PENGURUSAN INTEGRITI

Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima suapan.

Nyatakan takrifan suapan.

Jawapan :

            Takrifan suapan bermaksud

a.                 wang,derma,alang,pinjaman,fee,hadiah,cagaran berharga harta atau kepentingan mengenai harta,iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
b.                 Apa-apa jawatan ,kebesaran,pekerjaan,kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat
c.                 Apa-apa bayaran,pelepasan,penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman,obligasi atau liability lain,sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya

Perintah AM a) Jelaskan tiga (3) keadaan yang menyebabkan seseorang pegawai awam tidak dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin


PERINTAH AM

1.                   Cik Ariana seorang Ketua Penolong Pengarah di Jabatan Perdana Menteri ingin meminjam wang berjumlah RM50,000.00 daripada Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga telah menjadi penjamin kepada rakannya yang membeli rumah:

a)     Jelaskan tiga (3) keadaan yang menyebabkan seseorang pegawai awam tidak dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin
b)     Nyatakan dua (2) syarat  yang membolehkan seseorang pegawai awam dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin.

Jawapan:

a)                 Seseorang pegawai awam tidak dibolehkan menjadi peminjam atau penjamin atau dengan apa-apa cara meletakkan dirinya di bawah suatu obligasi kewangan kepada mana-mana orang:
i.                     yang secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada kuasa rasminya
ii.                   yang dengannya pegawai itu ada atau mungkin ada urusan rasmi
iii.                  yang tinggal atau memiliki tanah atau menjalankan perniagaan di dalam kawasan tempatan yang dia mempunyai kuasa rasmi.
iv.                 Yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang
v.                  Jika agregat hutang dan liability tidak melebihi 10 kali emolumennya
vi.                 Penghutang penghakiman
vii.               Muflis / bangkrap

SISTEM PENTADBIRAN NEGARA 1. Kerajaan Tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas a) kuasa-kuasa yang diberikan pada Kerajaan Tempatan b) apakah kuasa-kuasa kerajaan negeri ke atas kerajaan tempatan.


SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

1.                  Kerajaan Tempatan diwujudkan bagi memberi peluang kepada penduduk-penduduk tempatan mengambil bahagian di dalam pengurusan kawasan mereka. Nyatakan secara ringkas

a)                kuasa-kuasa yang diberikan pada Kerajaan Tempatan
b)                apakah kuasa-kuasa kerajaan negeri ke atas kerajaan tempatan.

Jawapan:

a)                Kuasa-kuasa kerajaan Tempatan

i.                     mengadakan undang-undang kecil ‘by-laws’
ii.                   mengutip cukai,kadar sewa dan lain-lain
iii.                  berautonomi kewangan
iv.                melantik kakitangannya sendiri

b)                Kuasa-kuasa Kerajaan Negeri ke atas Kerajaan Tempatan

i.                     menerima atau tidak segala akta tentang kerajaan tempatan yang digubal oleh Parlimen,sama ada secara penuh atau sebahagian sahaja

CARA SEMAK SAMAN TRAFIK ONLINE SMS DAN EMAIL MALAYSIA


Sekadar nak kongsi info yang mungkin berguna kepada korang semua. Sekarang ni penggunaan kereta sudah meningkat di Malaysia dan sudah semestinya ramai yang tertanya-tanya akan saman trafik yang mereka ada semasa pemanduan kereta di jalan raya. Cara Semak Saman Trafik boleh dibuat secara Online, SMS ataupun Email.

Sekarang penggunaan internet memang memudahkan lagi Cara untuk Semak Saman Trafikini. Kalau kita ada account dalam MyEG lagi mudah. Daftar dan semuanya dihujung jari. Tapi saya masih tak puas hati, MyEG sekarang ni asik ada problem je nak register. Pengalaman saya nak renew roadtax, saya terpaksa call mereka untuk renew roadtax dan nasib baik customer service dorang tip top. Senang je berurusan dengan mereka. Tak payah nak beratur panjang dekat Polis Trafik atau JPJ untuk bayar saman kan?

CARA SEMAK SAMAN TRAFIK ONLINE MELALUI LAMAN WEB JPJ

saman trafik
Korang perlu masukkan No. Kad Pengenalan dan No Plat Kereta atau No Pen

Monday, September 17, 2012

SERUAN SECARA TERANG – TERANGAN


Ibnu Hisham menceritakan; Seruan Islam telah mendapat sambutan yang tidak putus-putus dan orang
ramai lelaki mahu pun perempuan sehingga menjadi buah mulut dan perbualan umum di kota Makkah.
Kemudian Allah Subhanahu Wata’ala pun meminta NabiNya supaya menjalankan tugas secara terangFiqh
Al-Sirah 1
48
terangan dengan membentangkan perkara ini kepada orang ramai serta menyeru mereka beriman
denganNyá. RasuluLlah telah menjalankan tugas da’wahnya secara sulit lebih kurang tiga tahun sehingga
turunnya ayat Qur’an yang ber bunyi:
( فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِآِينَ ( 94
Yang bermaksud:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang—terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dan orang-orang yang musyrik.”
(Surah Al-Hijr 15:94)
Dan firman Allah lagi yang berbunyi:
Yang bermaksud:
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap orang orang yang mengikutmu iaitu orang-orang yang beriman.”
Dan firman Allah yang berbunyi:
( وَقُلْ إِنِّي أَنَا النَّذِيرُ الْمُبِينُ ( 89
(Surah Al-Hijr 15:89)
Yang bermaksud:
( فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِآِينَ ( 94
“Dan katakanlah; Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan.”
(Surah Al-Hijr 15:94)
Di ketika itulah RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam melaksanakan perintah-perintah
Tuhannya sebagai mematuhi seruan Allah yang berbunyi:
( فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِآِينَ ( 94

Friday, September 14, 2012

PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH ISLAMIYYAH SEMASA HIDUP RASULULLAH SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM


Fiqh Al-Sirah 1
44
Seruan Islam semasa hidup RasuluLlah telah menempuhi empat peringkat yang berlainan iaitu:
Peringkat pertama:
Seruan secara sulit memakan masa selama tiga tahun.
Peringkat kedua:
Seruan secara terang—terangan tanpa kekerasan, berjalan hingga berlakunya Hijrah.
Peringkat ketiga:
Da’wah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga
pembukaan Makkah mukarramah.
Peringkat keempat:
Da’wah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang
perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syari’at-syari’at Islam dan perintah berjihad pun
diturunkan.

SERUAN SECARA SULIT
Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun telah memulakan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan ke atas baginda iaitu berda’wah secara sulit, menyeru manusia ‘Arab supaya
menyembah Tuhan yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan secara
sulit agar kafir Quraisy tidak terperanjat dengan seruannya ini kerana mereka semua terlalu fanatik
dengan penyembahan berhala. Sebagai langkah yang pertama diajaknya mereka yang karib dengan
baginda sahaja atau mereka yang kenal dan rapat dengan baginda.
Di antara mereka yang muh-mula menyabut seruan baginda ialah Sayyidatina Khadijah
RadiyaLlahu ‘anha, ‘Au bin Abi Talib, Zaid bin Harithah (orang suruhan dan anak angkatnya), Abu
Bakar bin Quhafah, “Uthman bin ‘Allan, Al Zubair bin ‘Awwam, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’ad bin
Abi Waqqas dan mereka yang lain RadiyaLlahu ‘anhum.
Semua mereka ini telah bertemü dengan RasuluLlah secara sulit. Bila mereka hendak melakukan
‘ibadat mereka akan pergi ke lorong-lorong Makkah yang jauh dan pandangan orang orang Quraisy maka
di sanalah mereka akan mengerjakan ‘iba dat.
Ketika pemeluk agama Islam meningkat tiga puluh orang lelaki dan perempuan maka RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam pun telah memilih satu tempat yang agak terpencil sedikit iaitu di rumah
A1-Arqam bin Abi A1-Arqam dan di rumah itulah RasuluLlah menyampaikan segala ta’limat tunjuk ajar
dan nasihat. Seruan ini telah berjaya memberi hasil yang memuaskan di mana hampir empat puluh orang
telah menyahut seruan Islam. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dan golongan fakir miskin dan hamba
sahaya yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.[ Untuk keterangan lanjut, rujuk Tahzib Sirah
Ibnu Hisyam vol. 1 halaman 75]
PENGAJARAN DAN RENUNGAN
1. Rahsia berda’wah secara sulit di peringkat permulaan.
RasuluLlah telah menjalankan tugasnya iaitu berda’wah secara rahsia bukanlah kerana takut sesuatu yang
akan menimpa ke atas dirinya kerana baginda sedar ketika mana diturunkan ayat:
( يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ ( 1) قُمْ فَأَنذِرْ ( 2
Yang bermaksud:
“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan!”. (Surah Al-
Muddaththir 74:1 — 2)

Bahawa Tuhan tidak akan membiarkannya keseorangan tanpa pertolongan dan perlindungan
dariNya. Sesungguhnya kalaulah Tuhan menurunkan ayat menyuruh baginda mara dengan apa yang telah
disuruh sejak mula-mula lagi nescaya RasuluLlah tidak akan berlengah sesaat untuk menjalankan da’wah
secara terang—terangan tetapi oleh kerana Tuhan telah mengilhamkan kepadanya ilham bagi RasuluLlah
SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah sejenis daripada wahyu supaya berda’wah di peringkat pertama ini
dengan secara sulit dan tidak akan mengajak sesiapapun kepada seruarmya kecuali setelah mempastikan
bahawa orang itu benar-benar cenderung dan minat kepadanya. Segala-galanya ini merupakan pengajaran
dan pengi’tibaran kepada penda’wah yang terkemudian dan sebagai pertunjuk kepada mereka supaya
berjaga-jaga dan berwaspada ketika menjalankan tugas ini serta mengkajinya dengan penuh teliti untuk
sampai kepada matlamat dan tujuan da’wah, juga sebagai pengajaran supaya tidak akan menyerah bulatbulat
kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya kerana cara ini sedikit sebanyak akan melemahkan dan
meracuni asas iman kepada Allah Subhanahu Wata’ala, lebih—lebih lagi cara ini bertentangan sekali
dengan tabi’at seruan Islam.

Dan sini nyatalah kepada kita di mana dalam menjalankan tugas da’wah mengikut polisi dan
tektik yang diharuskan ini adalah satu polisi Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang sifatnya
sebagai ketua dan imam, bukanlah sifatnya sebagai seorang Nabi yang bertugas menyampaikan suruhan
dan larangan Allah Subhanahu Wata’ala semata—mata.

Air suam untuk kesihatan


“Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerubu melanda.

Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.

Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!

Air dingin

“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.

“Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.

“Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.

Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.

Bahaya rotavirus


Oleh SITI AISHAH YUSOFF

Rotavirus, sejenis virus berbahaya yang menjadi punca cirit-birit teruk terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia bukan sahaja berjangkit di kalangan bayi, malah kanak-kanak yang berusia di bawah lima tahun juga berpotensi dijangkiti virus berbahaya ini.
Profesor Paediatrik Fakulti Perubatan dan Perunding Kanan Gastroenterologist dan Hepatologist Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Lee Way Seah berkata, rotavirus adalah penyebab utama gastroenteritis teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.
"Di negara membangun, rotavirus gastroenteritis adalah penyebab utama kematian kanak-kanak dan mengakibatkan sebanyak setengah juta kematian setiap tahun di kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

Demo bantahan di seluruh dunia



Penduduk Yemen membakar bendera AS semasa mengadakan tunjuk perasaan di luar Kedutaan Amerika di Sanaa, semalam sebagai bantahan terhadap penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad di Amerika. - AFP

Wednesday, September 12, 2012

Test Tulisan Jawi Anda

Para Pelajar, para guru dan semua yang berminat untuk mencuba perkataan jawi anda.. boleh terus melawat website di sini  sayangi dan cintailah tulisan jawi . warisan melayu

http://www.ejawi.net/converterV2.php

akidah tingkatan 4

BAB 1 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. Pengertian Iman
Bahasa : Percaya
Istilah : Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. Kepentingan Iman Dalam Kehidupan
a. Membentuk muslim sejati
b. Istiqamah dalam beribadah
c. Bertanggung jawab dan amanah
d. Berakhlak mulia
e. Sabar dan redha menghadapi kesusahan

adab tingkatan 4

BAB 1 AKAL CAHAYA HIDUP

1. Keperluan akal:
  1. Membezakan antara manusia dan haiwan
  2. Berfikir, berusaha dan mereka cipta untuk meningkatkan taraf hidup
  3. Menjadikan manusia makhluk yang lebih istimewa.
2. Berfikir berlandaskan wahyu/syariat:

Nota Tamaddun Islam Tingkatan 4

BAB 1 KHULAFAK AR-RASYIDIN
1. Pengenalan
a. Merupakan kesinambungan daripada Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.
b. Khalifah :
i. Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam
ii. Gelaran ini digunakan selepas kewafatan Rasulullah s.a.w

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM
(SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19)



Luqman al-Hakim
a. Seorang hamba Allah yang soleh dan bertakwa
b. Dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi.
c. Hidup pada zaman Nabi Daud as.
d. Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah beliau dan kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia.
e. Sangat prihatin dalam mendidik anaknya supaya dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat Allah.



CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA

CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA
(SURAH AL-MUKMINUN : AYAT 1 – 11)




1. Ciri-ciri mukmin yang berjaya:
a. Beriman kepada Allah
b. Menunaikan solat dengan khusyuk

AKIDAH TERAS KEHIDUPAN

tilawah tingkatan 4

AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
(SURAH AL-AN’AM AYAT 161 – 165)




1. Matlamat Hidup Mukmin
a. Cara memelihara nikmat Iman dan Islam:
i. Berdoa supaya ditetapkan iman
ii. Melakukan ibadah dengan taat
iii. Menjauhi perkara yang merosakkan iman
iv. Meninggalkan larangan Allah

b. Matlamat hidup mukmin :
i. Menyembah Allah yang Esa
ii. Bertawakkal kepada Allah setelah berusaha
iii. Melaksanakan tanggung jawab dengan berlandaskan keimanan kepada Allah
iv. Sentiasa mengingati Allah dan menyakini bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang dilakukan.
v. Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

2. Islam Agama Yang Lurus
a. Buktinya:
i. Syariat Islam dapat memandu manusia pada jalan kebenaran
ii. Ajarannya sesuai dengan naluri/fitrah manusia - melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
iii. Semua nabi dan rasul membawa ajaran yang sama iaitu Islam
iv. Islam agama universal yang sesuai diamalkan oleh semua bangsa, tempat dan masa
v. Islam mengajar umatnya supaya berkasih sayang

3. Tugas dan Tanggung Jawab Manusia

a. Bidang tanggung jawab manusia :
Bidang
Keterangan
Al-Ibadah
- mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah umum dan ibadah khusus
Al-Khilafah
- membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah
- mentadbir dengan berteraskan prinsip mengabdikan diri kepada Allah
Al-Imarah
- membina prasarana dalam pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara yang makmur dan aman.

b. Tugas dan tanggung jawab manusia :
i. Beribadah kepada Allah
ii. Menyeru manusia melakukan kebaikan
iii. Memelihara dan memakmurkan alam ini
iv. Melaksanakan syariat Allah
c. Kenapa manusia perlu beribadah kepada Allah:
i. Menunjukkan tanda kesyukuran manusia kepada Allah
ii. Untuk menunjukkan kepatuhan dan ketaatan sebagai hamba
iii. Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
iv. Kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah.

4. Manusia Bertanggung Jawab Atas Perbuatannya.
a. Bukti manusia perlu bertanggung jawab:
i. Semua manusia mempunyai tanggung jawab yang sama iaitu melakukan perintah Allah dan menjauhi kemaksiatan.
ii. Semua manusia dianugerahkan akal fikiran untuk memilih yang terbaik
iii. Semua manusia dipimpin oleh al-Qur’an/wahyu, jadi terserahlah sama ada untuk menggunakannya atau tidak.

b. Sebab manusia perlu bertanggung jawab atas perbuatan mereka :
i. Telah diutuskan kepada mereka rasul-rasul untuk membimbing ke jalan kebenaran.
ii. Manusia diberikan akal fikiran untuk membezakan perbuatan baik atau jahat.
iii. Untuk membuktikan keadilan Allah swt.

5. Implikasi Mengingkari Perintah Allah SWT
a. Mendapat kemurkaan Allah / azab
b. Berlaku perpecahan dalam masyarakat
c. Alam ini akan binasa.
d. Umat Islam tidak akan maju
e. Umat islam sentiasa ditindas

6. Pengajaran Ayat
a. Islam sahaja agama yang benar dan diredhai Allah
b. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
c. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.
d. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambaNya
e. Allah bersifat Maha Adil kepada semua hamba dan makhlukNya.

7. Soalan-soalan Yang Berkaitan :
a. SPM 2004
i. Jelaskan tiga tanggung jawab manusia sebagai khalifah Allah
ii. Terangkan dua hikmah Allah menguji manusia dengan penderitaan
b. SPM 2007
i. Senaraikan empat tugas manusia sebagai hamba Allah swt di muka bumi
ii. Nyatakan hikmah Allah swt menjadikan manusia berbeza taraf dan kedudukan.
iii. Ayat bergaris di atas bermaksud ” Setiap manusia tidak boleh menanggung dosa orang lain”. Apakah yang anda faham tentang maksud ayat tersebut.
c. SPM 2009
i. Nyatakan maksud ................... (jalan yang lurus)dalam ayat di atas(2m)
ii. Jelaskan hikmah berada pada jalan yang lurus(2m)
iii. Jelaskan dua usaha anda untuk mewujudkan penghayatan Islam (4m)

d. Jelaskan cara orang beriman diuji oleh Allah swt.
e. Terangkan sifat orang beriman apabila menerima ujian Allah swt
f. Nyatakan tanggung jawab manusia terhadap diri sendiri, alam sekitar dan negara.


Melayu Kini

‘Perpecahan Melayu teruk’

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Jom bayar Zakat

Semua mukmin wajib mengeluarkan zakat..Zakat adalah salah satu rukun Islam yang wajib dilaksanakan..Berdosalah kita jika mengabaikan tanggungjawab zakat.:) terdiri nya islam atas lima perkara..Zakat salah satu daripada lima tersebut. Marilah membayar zakat
http://www.izakat.com/index.php?option=com_content&view=article&id=20&Itemid=46&lang=bm

"... Dan mereka yang membelanjakan rezeki yang Allah kurniakan pada jalan-jalan baik (berkebajikan) iaitu untuk kegunaan diri,keluarga berzakat, bersedekah, menderma dan seumpamanya. "

(Surah Al-Baqarah : 3)


Tuesday, September 11, 2012

Bersatu

Kenapa ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’?

“Islam Berdaulat” merujuk kepada kedudukan Islam sebagai yang tertinggi di segi pemerintahan, pengaruh dan pembuat keputusan. Saya melihat di dalam kitab-kitab fekah, kedudukan Islam yang tertinggi sering merujuk kepada firman Allah swt bermaksud, “Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan untuk orang-orang kafir di atas orang-orang beriman”(An-Nisak: 141). Dari nas yang sama para ulamak tidak membenarkan hakim kafir mengadili orang Islam di kamar mahkamah. Sebahagian ulamak mengkhususkan larangan tersebut kepada perbicaraan yang berkait dengan hukuman mati. Dari nas yang sama, para ulamak menegah wanita Islam dikahwini oleh lelaki dari Ahlul Kitab, sedang Syarak membenarkan sebaliknya.

Oleh itu apabila kita mengumandangkan slogan Islam Berdaulat ia adalah suatu matlamat murni yang sememangnya dianjurkan oleh Syarak melalui berbagai nas Al-Quran dan Al-Hadis serta ditunjukkan Seerah Perjuangan Rasulullah saw serta jihad dan futuhaat (pembukaan negara-negara baru) yang diperjuangkan oleh para Sahabat selepas ketiadaan Baginda saw dan ramai mereka yang syahid di jalanNya.

Batu penghalang utama dari kesepakatan dalam kepentingan-kepentingan bersama dalam negara adalah pengaruh Kuasa Asing yang memaksa agendanya melalui parti-parti yang berbagai ke dalam sesebuah negara lemah. Tanpa pengaruh asing, kepentingan umat dan negara sendiri dimaklumi oleh kesemua pihak walaupun mereka dari badan-badan yang berbagai. Kepentingan agama, bangsa, tanahair, ekonomi, budaya, ilmu pengetahuan, kesihatan sebenarnya tidak banyak berbeza. Apa yang Kuasa Barat dan Timur paksakan adalah tidak berlakunya perlaksanaan sepenuhnya Syariat Islam yang merupakan rahsia kekuatan dan tamaddun umat Islam itu sendiri.

Dalam banyak perkara, matlamat tidak boleh dicapai melalui sebelah pihak tanpa kesepakatan pihak yang lain. Samada ikhlas, lalu kerjasama akhirnya menjayakan cita-cita untuk mencapai matlamat, walaupun secara bergilir. Atau tidak ikhlas, lalu kerjasama yang diharapkan memberi keuntungan sebelah pihak dengan memijak pihak yang lain. “Dan orang-orang beriman, lelaki dan wanita, mereka menolong antara satu sama lain” (Al-Quran) . “Dan orang-orang kafir, mereka membantu antara satu sama lain. Sekiranya kamu tidak berbuat sedemikian, berlaku huru-hara di muka bumi dan kerosakan yang besar” (Al-Quran). Perlaksanaan sepenuhnya Syariat Islam di Malaysia boleh dilaksanakan melalui kesepakatan parti-parti utama umat Islam di Malaysia. Tanpa kesepakatan tersebut, setiap pihak terpaksa meminta kerjasama dari parti-parti kafir yang rata-rata menolak perlaksanaan sepenuhnya Syariat Islam di Semenanjung Tanah Melayu seperti yang pernah dilaksanakan sebelum penjajahan Tentera Salib di Rantau Melayu. Dengan ini, parti-parti kafir adalah di antara penerus agenda Tentera Salib di era selepas Kemerdekaan pada hari ini.

“Melayu Sepakat”, ia bererti umat Melayu yang bersepakat dan bermuafakat dalam perkara-perkara yang berkait dengan kepentingan bersama, apatah lagi yang berkait dengan mendaulatkan Islam di tanahair. Ia bertitik tolak dari firman Allah swt bermaksud, “Bertolong-tolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa. Jangan kamu bertolong-tolong dalam dosa dan permusuhan” (Al-Maidah). Lawan kepada “Bersepakat” adalah bertelingkah yang membawa kepada hilangnya kekuatan. FirmanNya bermaksud,“Dan jangan kamu bertelingkah, nanti kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang sabar” (Al-Anfaal).

Sebenarnya, kesatuan atau kesepakatan dalam perkara kebaikan adalah satu nilai positif yang universal, samada di kalangan orang-orang Islam mahupun orang-orang kafir. Di kalangan umat Islam ia adalah jelas. Adapun di kalangan orang kafir, ia juga jelas disebut di dalam Hadis Rasulullah saw tentang Half Fudhul yang berlaku di Mekah sebelum perutusan Rasulullah saw di mana kaum kafir Quraisy bersepakat untuk tidak membiarkan, bahkan membantu orang yang dizalimi di Mekah, sekaligus mengubah pepatah mereka yang masyhur turun temurun “Unsur akhaka dzaaliman au mazluman” (Menangkan saudara / puak kamu samada dia zalim atau dizalimi). Kalau begitu kesepakatan umat Melayu dalam mendaulatkan Islam adalah sangat mulia, apatah lagi mereka sendiri rumpun yang beragama Islam dan telah mempertahankan Aqidah ini berhadapan dengan Tentera Salib selama 6 kurun (dari kurun ke-15 hingga di zaman kemerdekaan di kurun ke-20).

Berkuasa tidak semestinya berdaulat. Ramai pemimpin-pemimpin Arab berkuasa terhadap rakyatnya tetapi mereka dan negara tidak berdaulat kerana terpaksa tunduk kepada agenda asing. Ketundukan ini akan terus berterusan sehingga umat bersatu dan mampu menunjukkan mereka boleh memaksa agenda dan kepentingan mereka sendiri.

Tiada guna kekuasaan tanpa kedaulatan. Majlis Syura Ikhwan Muslimin memperakui dan mewartakan keputusan Maktab Irsyad (JKP) untuk tidak bertanding jawatan Presiden Mesir dalam Pilihanraya Umum Mesir selepas Revolusi. Sebaliknya, walaupun dianggap dunia, kawan dan lawan, sebagai satu-satunya organisasi tunggal berpengaruh di Mesir selepas parti kerajaan diharamkan, Ikhwan mengumumkan akan bertanding hanya 40-50% kerusi Parlimen dan bakinya untuk memberi peluang dan mengajak semua parti, badan dan pihak di Mesir, Islam dan Kristian, untuk bersepakat dan berganding bahu membina kedaulatan negara dalam berdepan dengan ancaman dan pengaruh asing. Majlis Syura juga bertegas dan memecat bekas pimpinan Ikhwan, Dr Abdul Mun’im Abul Futuh, kerana engkar dan mengumumkan akan bertanding sebagai calon Presiden. Fasa ini adalah fasa membina Kesepakatan, bukan fasa merampas Kekuasaan.

Perkataan “Bersatu” mungkin dilihat ramai orang sebagai berada di bawah satu organisasi dan di bawah satu pimpinan dan AJK. Hal sedemikian jika boleh berlaku adalah satu yang terpuji dan ideal. Namun sebelum mencapai ke arahnya, “Kesepakatan” di antara perkumpulan, badan, organisasi dan individu di kalangan umat Islam adalah satu perkara praktikal yang boleh dicapai. Negara-negara Barat seperti Amerika, Britian, Perancis dan lain-lain berbeza di segi organisasi dan kepimpinan, bahkan budaya dan bahasa, adakalanya sengit dalam perbezaan yang menyentuh kepentingan masing-masing, namun mereka dalam banyak hal bersepakat dalam memusuhi Islam dan sebarang usaha dan pencapaian ke arah mendaulatkan Islam dalam mana-mana negara di dunia. Serangan, kepungan dan pembunuhan beramai-ramai Nngara-negara Barat terhadap umat Islam di Bosnia yang terletak di tengah-tengah benua Eropah sepatutnya menjadi iktibar sepanjang zaman.

Imam Hasan Al-Banna menyebut, “Banyak fikiran orang ramai berbeza-beza dalam 3 aspek ini iaitu Kesatuan Kaum, Kesatuan Arab dan Kesatuan Islam. Ada juga yang menambah satu lagi iaitu Kesatuan Timur (berbanding Kesatuan Umat Barat – pent). Kemudian banyak kata-kata dan idea yang membuat pertimbangan di antara kesatuan-kesatuan tersebut, boleh atau tidak ianya tercapai, sejauh mana manfaat atau mudharat darinya dan berpada dengan sebahagian dari kesatuan-kesatuan tersebut sahaja tanpa perlu kepada kesatuan yang lain. Kita tidak berkecuali dari prinsip dan kaedah yang telah kita letakkan sebagai asas kepada Fikrah kita, iaitu berjalan di atas petunjuk Islam, di bawah ajaran-ajarannya yang tinggi dan suci. Oleh itu apakah pendirian Islam mengenai aspek-aspek ini ?

Pulau Batu Putih, tanahair Islam jatuh ke tangan Singapura. Kehilangan sebahagian wilayah dari sesebuah negara menunjukkan kelemahan negara tersebut secara umumnya. Kelemahan sesebuah negara boleh diukur dengan kekukuhan dan kesatuan jiwa penduduk di dalam negara berkenaan. Begitu juga kekuatan Islam dan umatnya di dalam sesebuah negara diukur dengan kekuatan iman dan akidah, kekuatan kesatuan dan ukhuwwah kemudian kekuatan bantuan dan persenjataan.

Pengasas Singapura, Lee Kuan Yiew, berjaya memisahkan tanahair Islam Temasik dari tanah besar Malaya pada tahun 1965. Sejak itu lahir jasad asing Singapura di tengah-tengah Rantau Melayu Islam, seperti Israel di tengah-tengah Rantau Arab Islam.

Sesungguhnya Islam telah memfardhukan satu kefardhuan yang mesti dan tidak boleh lari darinya bahawa setiap insan bekerja untuk kebaikan negaranya, habis-habisan dalam menabur jasa untuknya dan menyumbang sebanyak kebaikan yang dia boleh untuk masyarakat di mana dia hidup di tengah-tengahnya. Dia mendahulukan mereka yang terhampir, kemudian yang terhampir selepas yang terhampir tadi, yang mempunyai hubungan silaturrahim dan jiran tetangga hinggakan Islam tidak mengharuskan wang dan harta zakat dipindahkan lebih jauh dari jarak musafir kecuali dalam keadaan dharurat. Ini adalah untuk memberi keutamaam kepada orang-orang yang terdekat.

Oleh itu setiap muslim difardhukan menjaga pintu kubu dari arahnya masing-masing, memberi khidmat kepada tanahair di mana dia dibesarkan. Dari hakikat ini, seorang muslim itu adalah orang yang paling mendalam perasaan wataniah (cinta tanahair) dan lebih banyak sumbangannya kepada penduduk tempatannya. Ini adalah kerana ia suatu yang difardhukan oleh Tuhan sekalian alam. Ikhwan Muslimin adalah orang yang paling mengambil berat terhadap kebaikan untuk tanahairnya dan paling bermati-matian dalam menabur khidmat untuk kaumnya … ” (Hasan Al-Banna, Risalah Muktamar V).

Setelah berjaya mengumpulkan lebih 100,000 umat dalam Perhimpunan BERSIH, Ambiga dianugerah pingat kehormatan tertinggi Perancis, the Chevalier de Legion d’Honneur (Knight of the Legion of Honour) melalui Dutanya di Kuala Lumpur. Selepas zaman Penjajahan, Perancis diberi tugas oleh Barat untuk terus mencengkam negara-negara Islam di Afrika melalui kedutaan-kedutaannya dan bahasa Perancis yang tersebar luas di Afrika. Pada sesetengah pemerhati, BERSIH berkait dengan pilihanraya yang bersih. Pada sesetengah pemerhati, selepas BERSIH, jurang kesepakatan di antara pimpinan-pimpinan dan umat Islam sesama sendiri adalah semakin menjauh.

Artikel mengenai kesepakatan, kesatuan dan seumpamanya seperti ini lebih dapat diselami dan diinsafi oleh pembaca yang berjiwa dan bertaraf rakyat kerana mereka jauh dari terbelenggu oleh kepentingan peribadi, agenda kuasa asing atau agenda tersembunyi. Harapan terletak kepada mereka kerana bilangan yang ramai dan mereka pencorak pimpinan yang sepatutnya menjalankan aspirasi ahli dan pengikut yang memilih mereka. Adapun di pihak pimpinan-pimpinan, slogan mengajak kepada kesatuan atau kesepakatan seringkali diambil peluang oleh pihak yang lebih berkuasa dengan melabelkan golongan tanpa kuasa sebagai serpihan dan tidak bersatu. Ini dialami oleh sesiapa yang terlibat dalam aktiviti kampus di universiti, mahupun di alam dewasa dan bekerja di dalam masyarakat. Hakikatnya, artikel ini dan artikel-artikel seterusnya tidak akan memberi manfaat kepada selain dari mereka yang ikhlas mahukan kekuatan dan kedaulatan bagi umat Islam dalam menhadapi cabaran dan serangan musuh-musuhnya masakini dan di hari mendatang. Ia menuntut penggembelingan seluruh tenaga dan lapisan umat Islam tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak, badan dan individu.

Demikian sedikit sinopsis ringkas mengenai kepentingan bahkan kefardhuan mendaulatkan agama dan kesepakatan umat. Persoalan adakah Kedaulatan Islam mesti melalui Kesepakatan Umat Melayu Islam atau tidak akan disentuh di dalam posting seterusnya.

Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku


http://www.ismaweb.net/v4/2011/11/kenapa-melayu-sepakat-islam-berdaulat/